Sudah hampir dua minggu Riyaz tidak sedarkan diri. Hampir dua minggu juga Diyana menjaganya tanpa sebarang rengekan.
"Abang,bila abang nak bangun. Dua minggu dah Dee tunggu abang bangun tapi tak. Dee rindukan abang sangat-sangat. Bangunlah cepat." ujar Diyana perlahan. Air matanya mengalir lagi.
Dia menggenggam tangan Riyaz dengan erat dan mencium tangan itu bagi melepaskan rindu.
Tiba tiba genggamannya dibalas oleh Riyaz. Diyana memandang Riyaz di sebelahnya. Senyuman terukir di wajahnya.
"Abang,abang dah bangun? Alhamdulillah," Diyana memandang Riyaz dengan senyuman.
"I miss you,sayang,"ucap Riyaz lalu memeluk Diyana dengan erat. Air mata kegembiraan mengalir.
"Abang,ingat?"tanya Diyana lagi.
"Mana mungkin abang lupa cinta hati abang ni. Our kid,sihat?"tanya Riyaz.
"Alhamdulillah sihat." jawab Diyana.
"Abang,Dee minta maaf sebab tinggalkan abang haritu tau. I'm so sorry. Dee tak patut marahkan abang macam tu sekali," Riyaz memandang Diyana dan mengusap kepala isterinya dengan lembut.
"Dee tak salah,lagipun abang dah maafkan salah sayang dari awal kita nikah lagi. Abang pun nak minta maaf dengan Dee sebab tak letak kepercayaan dekat Dee. Can we start new life after this?"Diyana menganggukkan kepala seraya Riyaz bertanya.
"Dee,ibu pa..."terkejut Danish melihat adik iparnya sudah sedarkan diri.
"Riyaz,kau dah bangun wei. Alhamdulillah, Ya Allah. Akhirnya,"Danish memeluk Riyaz seketika. Diyana menahan gelak melihat gelagat abangnya itu.
"Sekejap,kau ingat tak aku?" tanya abang Danish lagi. Riyaz memandang Diyana lalu menjongketkan keningnya. Tiba tiba sahaja Riyaz mendapat idea nakal.
"Kau siapa? Sayang,siapa ni? Abang tak kenal dia."kata kata Riyaz membuatkan senyuman Danish pudar.
"Riyaz kau tak ingat aku ke? Satu pun tak ingat aku ke? Dee,ingatkan dia pasal abang please. Dee,help me,"rayuan Danish membuatkan Diyana hampir mahu ketawa namun ditahannya.
"Takpelah Dee. Abang tak nak ganggu dia lah. Bro,kau rehat okay. Aku keluar dulu," belum sempat Danish melangkah keluar, Riyaz menghamburkan tawanya dengan kuat sekali. Danish memandang adik iparnya itu dengan geram.
"Kurang asam punya adik ipar. Menyesal aku tolong kau tahu tak? Macam ni kau balas dekat aku. Siaplah kau nanti Riyaz, kalau kau dah sihat nanti aku pecah pecahkan muka kau,"ujar Danish dengan geram.
"Ya Allah,apa bising bising ni?"ibu,mama, papa dan ayah memasuki bilik itu. Mereka mengucapkan syukur melihat Riyaz sudah sedarkan diri.
"Si Riyaz ni. Boleh pula dia kenakan Nish. Cakap tak ingatlah apalah. Bukan main orang risau lagi,last last kena prank." luah Danish. Macam budak budak betullah.
"Perangai macam budak budak betullah," ujar ayah. Serentak mereka ketawa mendengar kata kata ayah.
"Haa,Riyaz macam mana? Ada sakit sakit dekat mana lagi?"tanya mama pula.
"Sakit dekat kepala ni sikit. Pastu,sakit dekat hati ni banyak,"semua pandang Riyaz dengan tanda tanya termasuklah Diyana. Setahu mereka Riyaz hanya cedera di bahagian kepala. Tiada kena mengena dengan hati.
"Doktor cakap Riyaz cedera dekat bahagian kepala sahaja.Macam mana boleh sakit dekat bahagian hati? Sekejap,papa panggilkan doktor," Diyana risau dengan keadaan Riyaz.
"Sakit dekat hati sebab sakit rindu je mama. Don't worry dah terubat dah sikit sakit ni bila tengok Dee dekat sebelah ni," mama sudah melemparkan pandangan yang tajam kepada Riyaz.
"Nak bersweet pun agak agaklah adik ipar bertuah oii,"perli Abang Danish kepada Riyaz.
"Assalamu'alaikum,"semua memandang ke arah pintu. Rania dan Rina datang ke arah mereka.
"Eh,abang dah sedar. Akhirnya,"kata Rania
"Kenapa senyuman Rania ni lain macam je abang tengok?"
"Takde apalah abang. Happy je tengok abang dah sedar."namun Riyaz rasakan ada sesuatu yang disorokkan adiknya itu.
"Tak,tak. Bukan benda tu tapi macam benda lain je,"Riyaz masih lagi tidak mahu mengalah.
"Rania,"seorang lelaki menghampiri Rania. Semua mata melihat lelaki itu dengan hairan termasuk Riyaz.
"Mama,papa kenalkan ni Haqeem kawan Rania."kata Rania.
"Haqeem? Lama uncle tak jumpa kamu?" bertambah pelik Rania.
"Papa kenal ke Haqeem?" tanya Rania.
"Haqeem lah yang tunjukkan kami semua jalan ke hospital ni. Lagipun Haqeem ni Aunty Hayati dah anggap macam anak dia sendiri,"jelas Tengku Hannah.
"Dee,lama tak jumpa."Haqeem menegur Diyana namun Riyaz memandang tajam ke arah Haqeem. Sempat menggatal dengan bini aku. Cehh.
"Haa,tu lah. Nenek suruh datang hospital tak nak."Diyana pula berkata. Makin tajam pandangan Riyaz. Danish perasan akan pandangan adik iparnya itu hanya mampu menggelengkan kepala. Jeles tak kira tempat betullah.
"Woi,Riyaz. Sudah sudahlah tu duk jeling jeling. Nak cemburu apanya. Tu,dalam perut Diyana tu hasil buatan kau jugakan. Tak payah risau,adik aku setia."perli Danish. Merah padam wajah Diyana apabila abangnya berkata 'hasil buatan'. Mana tak malu depan mertua kot.
"Apalah,abang ni. Don't worry,Haqeem Rania dah cop awal awal. Berani dia cari lain,"mama papa sudah memandang Rania dengan senyuman.
"Ma,pa. I thinklah kan,mama akan dapat menantu baru lah. Betul tak Rania?"saja Riyaz mengusik adiknya itu.Merah padam wajah adiknya itu.
"Boleh ke Haqeem?"tanya Riyaz kepada Haqeem.
"Insyaallah next week rombongan sampai," kata Haqeem sambil menggosok belakang lehernya sambil tersenyum manis. Cair Rania melihatnya.
"Baguslah macam tu. Selamat datang ke keluarga kami,"ucap papa dengan ramah. Waa,dah rasmi dah.
"Terima kasih,uncle."kata Haqeem
"Umph..umph..no more aunty uncle.Call me papa and mama,"Haqeem menganggukkan kepala dengan senyuman.
"Sayang,bila abang boleh keluar erh?" bisik Riyaz kepada Diyana.
"Tak tahu lagi. Maybe dua hari lagi," bisik Diyana pula.
"Ala,baru nak sweet sweet dengan sayang tahu tak. Tak nak duduk sini,nak duduk dengan sayang je,"bisik Riyaz lagi.
"Eleh,mengada."Diyana mencubit lengan suaminya halus. Mengaduh sakit Riyaz terkena cubitan ketam isterinya itu. Berbisa betullah.
"Ehem..nak bersweet sweet pun agaklah agaklah dekat sini. Takde privasi betullah korang ni,"semua ahli keluarganya memandang mereka berdua.
"Eleh,kalau jealous tu cakap je lah jealous. Cepat cepatlah kahwim wahai abang iparku. Nanti tak pasal pasal Rina tu lari, baru padan muka."perli Riyaz pula.
"Berani dia lari,"ujar Danish. Rina sudah memukul bahu Danish dengan kuat. Berbisa tu,Diyana pernah kena. Merah habis lengan dia kena pukulan Rina tu.
"Auch,sakit,"mereka semua di dalam bilik itu ketawa melihat gelagat dua orang itu. Comel je. Geram pula tengok.
Yeah,Riyaz dah sedar. Mesti korang ingat Riyaz mati kan. Impossible benda tu jadi. Mana mungkin hero dengan heroin tak bersama. Actually,writer pun tak boleh nak buat benda sedih sedih sangat takut nanti nyesal.
Agak agaknya apa jadi lepas ni erh? Fayyad dengan Fasha macam mana erh? Nak buat ke tak erh,part diaorang? Just wait and see okay.
Jgn lupa utk VOTE
Jgn lupa utk COMMENT
Jgn lupa utk SHAREEnjoy your reading,okay!!
Nanti writer update lagi okay. Insyaallah ASAP kalau ada idea banyak.
Ok,bubye!!🐣
YOU ARE READING
Kekasih Halal Mr Kerek [COMPLETED]
Romance"Memang taklah aku nak kahwin dengan kau. Mulut dahlah macam longkang pecah nasib muka je cantik tapi perangai kalah beruk atas pokok"-Tengku Riyaz Aydan "Amboi,banyak cantik mulut awak kutuk saya. Awak ingat saya nak sangat kahwin dengan awak. Dasa...