Bab 18🐣

1K 51 2
                                    

Diyana mengambil angin malam di beranda biliknya. Air matanya tidak berhenti megalir dari tadi lagi. Rina yang melihat keadaan Diyana sebegitu risau akan kandungannya.

"Dee,jom makan.Dah sehari hang tak jamah langsung makanan. Kalau hang  tak kesian kat diri hang, kesianlah dekat baby dalam perut hang tu,"Rina cuba memujuk Diyana. Akhirnya dia akur.

"Ni makan. Aku belikan hang tomyam. Favourite hang kan. Makan banyak banyak biaq baby sihat,"

"Thanks Rina."Diyana memandang Rina dengan pandangan sayu. Banyak jasa Rina pada dia.

"Benda kecil jah. Lagipun bukan susah sangat tolong bakal adik ipaq aku ni. Tak sabaq nak dapat anak buah pulak,"Diyana tersenyum dengan kata kata Rina.

"Dee,aku nak tanya hang. Apa plan hang lepas ni?" Diyana kembali memandang Rina di hadapannya itu.

"Aku plan nak pergi rumah nenek aku,"

"Wait. Hang nak pi Jepun?"Rina bertanya lagi. Aku hanya menganggukkan kepala.

"Kau tak payah risau lah. Lagipun nenek dengan atuk aku ada. Dia ada dengan aku sepanjang aku mengandung sampailah aku nak bersalin. Lepas anak aku besar nanti, aku bawa dia balik Malaysia. Aku janji,"Rina memandang Diyana dengan pandangan sayu.

Susah untuk seorang ibu membesarkan anaknya tanpa seorang ayah. Aku doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kau,Diyana.

"Ibu kau dah tahu?"Diyana menggelengkan kepala.

"Aku nak jumpa ibu dan ayah harini. Esok aku dah naik flight. Nenek dan atuk dah tahu."Dia tahu yang keputusan yang dia lakukan ini cepat, tapi untuk kebaikan semua. Kalau tangguhkan,nanti perutnya sarat susah pula mahu ke hulur hilir.

"Aku hantar,"

"Memanglah kau hantar.Takkan aku nak jalan kaki pula,"Senang Rina apabila mendengar Diyana berjenaka. Tenanglah juga hatinya melihat Diyana sudah sedikit pulih dari sebelum ini.

______________________________________

Diyana menarik nafas sebelum melangkah masuk ke dalam rumah ibunya. Dia memandang perutnya yang mempunyai baby di dalam.

"Baby, mama akan sentiasa dengan baby. Kita harungi semua sama sama okay,"bisik Diyan perlahan.

"Assalamualaikum,"Diyana mengetuk pintu rumah itu.

"Waalaikumsalam,eh Dee. Datang seorang je ke? Mana Riyaz?" pertanyaan ibu membuatkan Diyana mahu menangis. Dia menyeka air matanya dari terus mengalir. Ibu terkejut melihat anak perempuannya itu.

"Dee masuk dulu meh."Diyana berjalan beriringan dengan ibunya ke ruang tamu.

"Eh,adik. Datang kenapa tak cakap? Suami adik mana?" Diyana tidak memandang wajah abangnya. Danish hairan dengan sikap adik perempuannya itu.

"Dee,apa khabar?"ayah pula muncul dari bilik. Dia melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan isterinya. Danish pula duduk di sebelah adiknya.Diyana masih lagi menundukkan wajahnya.

"Dee,are you okay?"Danish bertanya dengan penuh keprihatinan. Diyana mengangkat wajah yang penuh dengan air mata. Terkejut mereka melihat Diyana yang sedang menangis itu. Danish yang berada di sebelahnya memeluk adiknya memberi kekuatan.

"Tell us what your problem,"pujuk Danish.

"Tak lama lagi ibu dan ayah akan jadi atuk dan nenek."Nada ceria kedengaran namun kecewanya masih lagi tidak dapat dibendung.

"Alhamdulillah. Riyaz tahu tak?" air mata Diyana jatuh lagi setelah mendengar nama itu keluar dari bibir ibu.

"Dee,ada masalah dengan Riyaz ke?" Diyana hanya dia seribu bahasa dengan soalan ayah.

"Ibu,ayah. Dee dah buat keputusan untuk duduk dengan atuk dan nenek dekat Jepun sampai anak Dee selamat dilahirkan,"kata kata Diyana membuatkan semua hairan.

"Dee,are you serious? Dee nak pergi dengan siapa?" tanya ayah pula.

"Dee pergi seorang ayah."

"No,biar abang teman adik. Adik tu tengah pregnant. Nanti apa apa jadi senang kalau abang ada,"ibu dan ayah setuju dengan cadangan Danish.

"It's okay. Adik tak nak susahkan abang," Danish menggelengkan kepala dengan kata kata Diyana.

"Abang cakap abang pergi,so abang akan pergi. Bila tiket flight?"

"Esok,"

"Okay,abang dah booking tiket baru. Malam ni,"terkejut Diyana dengan kata kata Danish.

"Thanks abang,"Diyana memeluk abangnya dan melepaskan tangisannya di bahu abangnya itu. Ibu melihat Diyana dengan simpati.

______________________________________

Riyaz termenung di rooftop rumahnya. Semua kenangan antara dia dan Diyana sentiasa bermain di fikirannya. Dia rindukan Diyana yang sentiasa ceria.

"Sayang,abang minta maaf. Abang tak sepatutnya buat sayang macam tu. Abang tak sepatutnya biarkan sayang pergi tinggalkan abang. I miss you so much,sayang."

"Anak papa,papa minta maaf sangat. Papa tak jadi papa yang bertanggungjawab. Papa tak ada dengan mama pada waktu sekarang. Papa minta maaf sangat. Papa akan cari anak papa dan papa akan cari mama." Riyaz meluahkan segala isi hatinya. Air mata lelakinya gugur kerana amat menyesal dengan segala perbuatannya itu.

"Riyaz,aku dapat tahu yang Dee akan pergi Jepun malam ni."Riyaz terus bangun mendapatkan Azriey.

"Dia pergi dengan siapa?"tanya Riyaz cemas.

"Rilek bro,dia pergi dengan Danish abang ipar kau."lega sedikit Riyaz mendengar.

"Aku nak kau tempah tiker flight ke Jepun esok,"Azriey hanya menganggukkan kepala menerima arahan dari sahabatnya itu.

"Kau ikut sekali tak?"

"Kalau aku ikut pun,maybe hanya seminggu. Lepas tu,aku balik sini sebab kakak aku nikah,"Azriey berkata.

"Aku turun bawah dulu lah. Don't worry bro. Doa semoga satu hari nanti Allah bukakan pintu hati dia untuk maafkan kau. Kau try pujuk dia okay,"Azriey sempat memberi nasihat sebelum turun bawah.

'Ya Allah permudahkanlah segala urusan hambaMu ini. Kau bukakanlah pintu hati isteriku untuk memaafkan segala kesalahanku Ya Allah. Sesungguhnya aku amat merindukannya. Dan kau lindungilah kandungannya Ya Allah. Kau lindungilah anak kami Ya Allah,' Riyaz berdoa di dalam hati.



Adoii,sedih pula cerita ni. Huhuhu. Apa jadi lepas ni erh?? Enjoy it? Kalau enjoy jangan lupa VOTE!!!, COMMENT!!! SHARE!!!!!


aeshhy_🍒

Kekasih Halal Mr Kerek [COMPLETED]Where stories live. Discover now