Bab 13

1K 53 2
                                    

Tergamam aku melihat bangunan yang gah di hadapan aku. Besarnya rumah Riyaz ni. Siap dengan swimming pool lagi. Terbuntang mata aku melihat sebuah taman bunga di sebelah rumah. Banyak betul bunga bunga yang cantik.

"Tutup mulut tu,nanti lalat masuk. Saya pula yang kena jaga awak nanti," cepat cepat aku menutup mulut setelah ditegur Riyaz.

"Jom masuk,"ajak Riyaz sambil membawa beg pakaian aku ke dalam rumah. Alah,biarlah suami yang bawakan. Dia rajin nak tolong. Kita ikutkan aje lah.

"Jom saya tunjuk bilik kita,"aku hanya menganggukkan kepala dan ikut Riyaz naik atas. Tapi....bukan guna tangga tau. Kita orang naik guna lift sebab bilik aku dengan Riyaz tingkat 4 . Rumah ni,ada 5 tingkat. Tingkat kelima tu rooftop. Kalau nak ambil angin malam bolehlah naik situ.

Terkejut aku tengok bilik aku dengan Riyaz. Bukan main besar lagi,kalah ruang tamu tahu tak. Plus dengan televisyen,perabot bukan main besar lagi. Katil? Impossible bujang,of course lah king punya. Bolehlah aku tidur buas ye.

Aku berjalan ke arah almari baju. Kemain besar. Ada dua side. First side baju pejabat or event tertentu dia. Second side,baju santai atau baju kemeja pergi jalan jalan Riyaz punya. Banyak sangat baju ni. Penuh almari besar tu. Habistu,aku nak letak dekat mana baju aku.

"Aw.."tak sempat aku nak cakap,dia dah potong.

"Ada lagi satu side dekat bahagian sana.Baju awak boleh letak dekat situ."terbuntang mata aku dengar dia cakap. Aku segera pergi ke bahagian satu lagi. Alangkah terkejut beruknya aku tengok bahagian tu. Besar juga mak ai.

Akseori dia letak dalam meja kaca. Memang nampak satu satulah spek hitam yang dia ada. Sebelah aku punya almari baju,ada banyak pilihan handbag dan kasut tumit tinggi. Wait, dia ada perempuan lain ke?

Aku segera mencari dia di dapur. Ok, yang ni lawak sikit lah. Aku sesat dalam rumah tu. Aku cari juga jalan keluar tapi tak jumpa. Aku cari tangga pun tak jumpa. Aku give up,last last aku duduk atas lantai tu. Guess what? Aku menangis.

"Hey,kenapa awak menangis ni?" tanya Riyaz hairan. Aku terus peluk dia. Terkejut lah dia dengan aku punya tindakan.

"Kenapa awak tinggal saya. Saya takut duduk seorang diri. Awak tahukan rumah ni besar.Saya cari awak pun tak jumpa,"aku mengadu dekat dia. Bukan manja tapi mengada.

"Awak sesat dalam rumah ni ke?" tanya dia dengan menahan daripada ketawa. Aku menganggukkan kepala.

"Hahahahahaha,"memang gelak sakanlah Riyaz melihat anggukan aku. Tapi memang lawak pun,sesat dalam rumah sendiri.

Eh,sorry sikit erh. Bukan sengaja pun aku nak sesat. Rumah ni besar sangat. Memang logiklah sesat.

"Awak ni,boleh pula gelakkan saya. Merajuk arh camni,"aku merajuk dengan dia. Pastu aku bangun nak balik bilik,bila aku jalan aku tengok sekeliling. Aku nak jalan ikut mana ni.

Aku memusingkan badan aku ke arah Riyaz.Dia memandang aku sambil ketawa lagi. Kali ni,aku biarkan dia ketawakan aku. Aku tarik tangan dia untuk bawa aku ke bilik tadi.

Kurang asam punya suami. Sampai hati gelakkan aku. Ingatkan nak pujuk tapi makin lama makin kuat dia ketawakan aku. Apalah nasib dapat suami yang mudah terhibur walaupun kerek.

______________________________________

Aku dengan Riyaz sedang lepak di ruang keluarga sambil menonton televisyen. Lampu semua dah tutup memandangkan jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Tapi,masing masing tak mengantuk lagi.

Tiba tiba aku teringat yang aku nak tanya Riyaz tentang handbag dan kasut kasut tadi. Siapa punya erh?

"Awak,"dia terus berpaling arah aku.

"Nak tanya,sebelum awak kahwin dengan saya,awak ada kahwin dengan orang lain ke?" reaksi wajah dia terkejut dengan pertanyaan aku.

"Tak. Kenapa awak tanya macam tu?" dia pula yang bertanya aku.

"Tak tadi saya masuk dekat bahagian barang barang saya. Pastu saya nampa handbag dan kasut perempuan. Saya ingatkan yang awak ada orang lain sebelum saya,"aku menceritakan kepada Riyaz.

"Ouh,kasut dan beg tu saya beli untuk awaklah sayang. Mana mungkin saya ada orang lain selain awak,"Riyaz mengusap rambut aku perlahan. Habis barai rambut aku dibuatnya.

"Tak sangka awak ni pandai juga pilih barang tu semua. And one more thing, kenapa awak bazirkan duit awak untuk barang barang tu. Membazirlah," Sejujurnya aku suka dengan pemberian Riyaz kepada aku tapi aku tak suka kalau dia gunakan duit dengan cara ini. Aku dapat rumah ni pun dah kira bersyukur sangat.

"Bukan selalu,saya belikakan awak semua tu. Tu semua bukti saya cin.." dia berhenti dari meghabiskan ayatnya.

"Apa?"tanya aku teruja.

"Takde apa. Jom lah naik tidur. Dah lewat ni,"Riyaz terus naik ke atas meninggalkan aku sendirian di sofa. Keluhan kecil keluar dari bibir aku. Sungguh sukar untuk Riyaz melafazkan kata cintanya pada aku.

'It's okay Dee. Kau kena kuat,kau kena buat dia jatuh cinta dekat engkau dan dia confess dekat engkau. Ingat Dee,dia suami kau,'aku bangun dari sofa lalu naik ke atas.

Aku masuk sahaja bilik,tengok Riyaz tidak ada. Hairan. Mana pula dia pergi. Tadi cakap nak tidur dah. Aku menuju ke tandas untuk gosok gigi dan mencuci muka sebelum tidur. Itulah rutin aku setiap malam.

Keluar sahaja dari tandas. Aku duduk di birai katil. Mata aku dah mengantuk. Nak tunggu Riyaz tapi,takpelah. Baik tidur.

Baru sahaja mahu lelapkan mata, pinggang aku diraih seseorang. Jantung aku berdegup kencang. Siapakah di belakang aku ni.

"Sayang,saya tahu yanv awak belum tidur sebab tu saya buat macam ni." nasib baik Riyaz yang berada di belakang aku.

"Sayang,I love you. Saya cintakan awak sepenuh hati saya,"ucap Riyaz sambil memalingkan wajahku ke arahnya. Dia tersenyum melihat wajah aku. Ubun ubun kepala aku dia cium.

"I love you more,"aku pula membalas. Dan malam itu kami hanyut dalam dunia kami sendiri. Aku bahagian kerana ungkapan cinta yang selama ini aku nantikan,akhirnya terlafaz juga. Awaklah suami saya yang paling saya cinta,Tengku Riyaz Aidan. Terima kasih kerana sudi menjadikan saya sebagai isteri awak.




















Sorry kalau bosan..
Huhuhuhu..kekeringan idea dah ni..

Jgn lupa VOTE!
Jgn lupa COMMENT!
Jgn lupa SHARE!

Kekasih Halal Mr Kerek [COMPLETED]Where stories live. Discover now