Diyana menolak pintu rumah ibunya. Ibunya menyuruh dia datang sebenarnya. Katanya ada hal yang hendak dibincangkan dengan Diyana.
"Assalamualaikum ibu,ayah."Diyana memberi salam namun tiada sahutan. Tapi dia terdengar seperti ada orang tengah berbual. Dengar macam ramai je.
Diyana menyusun langkah ke ruang tamu.Jantungnya tiba tiba sahaja berdegup dengan laju. Entah kenapa dia rasakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku.
"Eh,Dee.Bila sampai?"tanya ibu kepada anak perempuannya itu.
"Baru je ibu,"kata Diyana lalu mencapai tangan ibu dan ayah untuk bersalam.
"Yati,anak perempuan kau ke ni. Diyana?"tanya wanita dia hadapan ibunya itu.
"Ya,anak aku lah ni.Dee,kenalkan ni Aunty Maria yang tu Uncle Hisham dan anak lelaki dia Fariz,"ibu memperkenalkan mereka kepada Diyana.
Diyana memandang dengan senyuman walaupun dia tidak selesa dengan pandangan lelaki yang bernama Fariz itu.Macam nak makan orang je.
"Sebenarnya,kami datang ni ada hajat,"sambung Aunty Maria dengan senyuman.
"Ibu dan ayah nak satukan Diyana dengan Fariz."kata kata ibu cukup membuatkan dia gementar. Tak,dia tak nak kahwin dengan lelaki yang dia tak cinta.
"But,why??!"tanya Diyana dengan nada yang sedikit tinggi. Ibunya sudah mengagak perkara ni akan terjadi.
"Ini untuk kebaikan Dee juga. Ibu risau nak biarkan Dee dengan Rina. Ibu nak orang yang betul betul jaga Dee iaitu suami Dee." Diyana memandang ibunya dengan mata yang berkaca.
"Ibu,if you want me to married.I've my choice. I love him and he love me," Diyana berkata dengan getaran bagi menahan air matanya dari jatuh.
"Yati,aku balik dululah. Tak nak ganggu kamu sekeluarga berbincang. Berita baik atau buruk,aku terima." Aunty Maria pulang ke rumah mereka . Tidak mahu masuk campur dalam hal ni.
"Siapa pilihan Dee? Ayah nak jumpa dia. Kalau Dee tipu,ayah tak teragak-agak nak kahwinkan Dee dengan Fariz. Ayah nak lelaki itu datang sekarang,"ayah berkata dengan sedikit tegas.
"Okay,Dee call dia sekejap,"balas Diyana lalu mencapai telefonnya untuk menghubungi Riyaz. Dia berjalan ke halaman rumah.
"Assalamualaikum Riyaz. Saya dah buntu,saya tak tahu nak buat apa. So, saya nak minta tolong awak. Awak datang rumah parents saya sekarang. Ayah saya nak jumpa awak." Diyana berkata terus terang.Malas nak berbelit-belit.
"Okay,share location kau. Nanti aku sampai lagipun aku ada dalam kereta ni,"lega Diyana dengan jawapan lelaki itu. Langsung tak membantah.
"Okay,"balas Diyana lalu memutuskan panggilan.Dia menghantar alamat rumah ibunya kepada Riyaz.Senang sikit untuk lelaki tu mencari rumah dia.
Diyana mengambil keputusan untuk mengambil angin di pondok yang berada di halaman rumahnya itu sambil menunggu Riyaz sampai.
Dia termenung seorang diri. Tanpa dia sedar air mata yang ditahannya jatuh juga. Dia tak sanggup lalui semua ni. Dia beruntung sebab masih ada Riyaz yang sudi membantunya.
"Dee,"suara yang cukup dia kenal. Riyaz berada di hadapannya.Laju laju dia menyeka air matanya yang jatuh.
"Awak dah sampai. Jomlah masuk," Diyana tidak mahu lelaki itu perasan bahawa dia menangis.
"Kalau kau nak nangis,dipersilakan. Aku ada dengan kau,jangan risau," kata kata Riyaz cukup membuatkan hati Diyana tersentuh.
"Thanks sebab tolong saya.Saya tak nak kahwin dengan lelaki tu. Saya tak sanggup lepaskan orang yang saya cinta dan kahwin dengan orang yang saya tak cinta,"
"Saya dah buat keputusan untuk terima pinangan awak."kata kata Diyana tanpa sedar membuatkan Riyaz tersenyum.
"Okaylah,jom masuk.Teruskan misi kita jom.Aku yakin kau boleh buat. Fighting!"Diyana tersenyum dengan kata kata semangat yang diberikan oleh Riyaz. Sungguh dia tenang apabila berada dengan Riyaz.
Ya Allah permudahkanlah urusanku. Jika benar dia jodohku maka dekatkanlah hati kami dan KAU satukanlah hati kami. Dan jika dia bukan untukku,maka KAU hilangkan rasa yang ada dalam hatiku ini.
Doa itu yang selalu Diyana titipkan dalam solatnya.Sejak pertama kali dia bertemu dengan Riyaz,perasaannya pada lelaki itu telah berputik. Tenang melihat lelaki itu walaupun selalu bergaduh.
"Are you ready?"soalan Riyaz membuatkan lamunannya terhenti. Dia memandang lelaki itu lalu menganggukkan kepala.
"Ibu,ayah kenalkan ni Tengku Riyaz Aydan,bakal menantu ibu dan ayah," Riyaz mempamerkan wajah yang penuh dengan senyuman. Tiada sebarang keterpaksaan.
"Duduklah,"tiba tiba sahaja ayah jadi peramah.Tadi bukan main lagi mood tak baik.
"Terima kasih uncle,"Riyaz duduk di sebelah Diyana.(Ada jarak okay)
"Riyaz betul betul nak jadikan Diyana sebagai isteri Riyaz?"soalan ayah betul betul soalan menempah maut. Debaran di dada Diyana tak henti henti.
"Ya uncle,aunty. Saya betul betul nak jadikan Diyana sebagai isteri saya. Hujung minggu ni rombongan meminang datang rumah uncle," Diyana masih lagi mendiamkan diri.
"Dee,ayah tak sangka pula yang Dee ada calon sendiri.Ingatkan single je," terdengar tawa di akhir kata ayahnya itu. Ayah dah terima Riyaz ke?
"Dee,dah cakap yang Dee akan cari and then i found him,"balas Diyana dengan yakin..
"Okaylah,kalau dua dua dah suka antara satu sama lain,ayah izinkan hubungan kamu berdua. Ayah cuma nakkan yang terbaik untuk anak anak ayah. Lagi lagi anak perempuan manja ayah ni,"kata kata ayah cukup membuatkan nya sebak. Baru bagi izin,belum lagi serahkan tanggungjawab.
"Thanks ayah,ibu."balas Diyana pendek.
"Sudahlah,jom makan. Kak Siti dah siapkan makanan tengahari dah. Nanti sejuk pula lauk,"kata Puan Hayati kepada mereka semua.
Diyana berjalan beriringan dengan ibunya ke dapur untuk membantu Kak Siti menghidangkan makanan. Riyaz pula berjalan dengan ayah sambil berbual bual.Nampak macam mesra je. Nasiblah ayah dan ibu terima Riyaz. Tenang juga aku.
Have a good day okay...Macam biase arhh.Jangan lupa VOTE.Jangan lupa COMMENT.Jangan lupa SHARE!!!..
Thanks sebab sudi baca citer ni..Korangla semangat saya.. Ecececece...
YOU ARE READING
Kekasih Halal Mr Kerek [COMPLETED]
Romance"Memang taklah aku nak kahwin dengan kau. Mulut dahlah macam longkang pecah nasib muka je cantik tapi perangai kalah beruk atas pokok"-Tengku Riyaz Aydan "Amboi,banyak cantik mulut awak kutuk saya. Awak ingat saya nak sangat kahwin dengan awak. Dasa...