Bab 23🐣

1.1K 45 3
                                    

Riyaz sudah pun keluar dari hospital tiga hari yang lepas. Tidak lama lagi mereka akan pulang ke Malaysia. Walaupun tidak sampai dua bulan Diyana di Jepun,namun banyak kenangan dia di sini.

"Sayang,menungkan apa tu?"Riyaz memeluk pinggang Diyana dari belakang. Diyana memusingkan wajahnya ke arah Riyaz.

"Takde apalah. Cuma sayang nak tinggalkan tempat ni. Cantik sangat," Diyana bermain wajah Riyaz yang putih itu.

"Lepas baby lahir,kita datang sini okay. I'm promise,"Riyaz berjanji.

"Okay,promise,"

"Riyaz,Dee!! Dah siap belum? Kalau dah siap,kita gerak sekaranglah. Takut jalan sesak pula nanti,"suara abang Danish memenuhi ruang mereka. Mereka berdua saling berpandangan sebelum mengatur langkah keluar dari bilik itu.

"Done. Let's go,"kata Diyana.

"Haqeem,drive elok elok ke airport tu. Nanti sampai Malaysia telefon nenek. Kirim salam pada mummy dan daddy dekat sana," Ibu bapa Haqeem tinggal di Malaysia. Hanya dia sahaja yang tinggal di Jepun sebab menyambung pelajaran di sini.

"Insyaallah,nenek. Kami pergi dulu,ya." Diyana menyalami tangan nenek.

Sepanjang perjalanan ke lapangan terbang, Riyaz tidak lepas menggenggam tangan isterinya itu. Diyana hanya mampu menuruti. Dia turut berada di dalam dakapan suaminya itu. Haqeem yang memandu merungut melihat mereka.

"Ish,korang ni jangan sweet sangat boleh tak? Geli aku tengok,"

"Eleh,kau jealous kan? Alaa,kalau jealous cepat cepatlah hantar rombongan meminang adik aku tu. Nanti kalau orang lain dapat,kau juga yang menyesal nanti." Riyaz ketawa di hujung ayatnya. Diyana sekadar mendengar,malas masuk campur.

"Ishh,kau ni."marah Haqeem. Hanya mereka bertiga sahaja yang pulang ke Malaysia memandangkan keluarganya yang lain sudah pulang awal dari mereka.

"Betullah aku cakap. Rania dekat sana fans dia ramai tahu tak. Pernah seorang lelaki tu, masuk meminang dia tapi nasib baik dia tolak. Kalau tak,belum tentu dapat jumpa kau."

"Woi,Qeem. Kalau kau nak adik aku jadi isteri kau,kau jaga elok elok. Jangan sakitkan hati dia sebab kau lah lelaki pertama yang dia rapat. Sebelum ni, dia tak berkenan langsung dengan mana mana lelaki. So, aku rasa kau istimewa bagi dia,"Terkejut Haqeem dengan kata kata Riyaz. Orang pertama? Dia?

"Insyallah bro. Aku jaga dia,"balas Haqeem dengan yakin. Diyana teringat akan janji Riyaz pada Abang Danish,yang dia akan bahagiakan Diyana sampai bila bila.

Mereka sampai ke lapangan terbang. Sepanjang penerbangan,Diyana asyik muntah dan merungut sakit kepala. Biasalah baru 3 bulan.

"Sayang,letak kepala dekat bahu abang. Kalau sayang nak muntah lagi sayang cakap dekat abang,"Diyana hanya menganggukkan kepala. Tidak larat untuk membuka mulut. Risau betul Riyaz dengan keadaan Diyana sekarang. Pucat betul wajah isterinya itu.

"Sayang,abang tahu yang sayang kuat. Keep fighting for our baby and me okay. I always here with you. I love you,sayang." bisik Riyaz di telinga Diyana perlahan.  Diyana terlelap di dalam pelukan Riyaz.

Mereka sampai di Malaysia setelah 5 jam penerbangan. Abang Danish datang menjemput mereka pulang ke rumah manakala Haqeem dijemput oleh keluarganya sendiri.

____________________________________

"Sayang,buat apa tu?"tanya Riyaz kepada Diyana yang sedang mengambil angin malam di balkoni biliknya.

"Takde apa. Saja ambil angin malam." balas Diyana.

"Amboi,jangan lama lama sangat tau. Tak elok untuk ibu mengandung. Ibu cakap tau bukan abang."

"Abang,kalau baby kita boy,abang nak bagi nama apa?"tanya Diyana kepada suaminya itu. Dia memandang lama wajah suaminya sehingga menjadi merah wajah Riyaz akibat tenungan dari Diyana.

"Kalau baby boy,abang nak bagi nama Tengku Danial Rizqi. Kalau baby girl, Tengku Danisha Rafina. Macam mana?"

"Cantik nama nama tu. Pandai abang pilih," kembang terus hidung Riyaz setelah dipuji.

"Well,tengok kaki lah,"

"Kenapa dengan kaki? Ada kudis je saya nampak,"usik Diyana.

"Amboi,bukan main seronok kutuk suami sendiri. Disebabkan awak kutuk saya, awak akan dikenakan denda,"terangkat kening Diyana. Denda apa pula wahai suamiku oii?

"Denda apa?"

"Awak kena cium dekat semua tempat yang saya tunjuk. Boleh? Eh,no excuse okay," Diyana memuncungkan bibirnya tanda tidak mahu.

"Hishh,taknaklah."

"I don't care. Siapa suruh kutuk saya lagi tadi,"Riyaz tidak mempedulikan rengekan Diyana.

"Okaylah,fine."mengalah Diyana akhirnya.

Diyana mencium setiap sudut yang ditunjukkan Riyaz dengan wajah yang memerah. Walaupun suami sendiri namun inilah kali pertama dia lakukan begitu.

"Ni semakin sayang ni. Jom,masuk dalam. Tak elok lama lama dekat luar ni,"Diyana mengikuti langkah Riyaz masuk ke dalam bilik.

"Abang..."Diyana memandang Riyaz dengan membuat muka comelnya. Jantung Riyaz berdegup dengan lajunya. Cair tengok isteri sendiri takpe jangan cair tengok isteri orang lain sudah.

"Ya sayang,kenapa?"

"Saya rasa nak makan aiskrimlah. Boleh tak abang belikan aiskrim untuk saya?" tanya Diyana dengan lembut.

"Alalalala,sayang abang ni mengidam ya. Esoklah,sayang makan aiskrim. Ni dah lewat malam ni,kedai mana je yang buka," balas Riyaz. Terus masam mencuka wajah Diyana.

"Ala,abang. Dee nak sekarang juga. Esok dah tak rasa nak makan. Bolehlah abang. Kalau abang tak bagi,tak payah bercakap dengan saya sampai esok,"merajuk Diyana.

"Okaylah,abang pergi sekarang."Riyaz mengambil kunci kereta dan dompet di atas meja.

"Abang beli banyak tau,"Riyaz menganggukkan kepala dan memberikan senyuman kepada isterinya itu.

"Tunggu abang tau. Jangan tidur lagi,"Riyaz mengusap kepala Diyana dan keluar dari bilik.

Ibu,ayah dan Abang Danish yang sedang menonton televisyen terkejut melihat Riyaz hendak keluar.

"Riyaz nak pergi mana tu?"tanya ibu.

"Ouh,Riyaz nak pergi 7eleven sekejap. Dee nak makan aiskrim. Kalau tak beli, dia cakap nanti Riyaz tak boleh bercakap dengan dia. Riyaz pergi dulu,ya ayah ibu. Takut merungut pula Dee tu,"

"Hati hati bawa kereta,"pesan ibu. Riyaz melangkah keluat dari rumah.

"Macam macam Diyana ni."gumam ibu. Ayah dan abang Danish melihat ibu menggelengkan kepala sahaja.

"Alah,awak dulu pun sama je dengan Diyana. Malam malam buta duduk minta itu minta ini. Nasib sayang tau,"ayah mencelah. Ibu memandang ayah dengan tajam.

"Amboi,sedap mengungkit. Biasalah orang mengandung,"Abang Danish hanya ketawa melihat gelagat ibu dan ayahnya itu. Minggu hadapan dia bakal bertunang dengan sahabat adiknya iaitu Rina. Tak sabar pula mahu ada isteri.















Sorry lama tak update sebab tak berapa sihat..Huhuhu.. Insyaallah beberapa chapter lagi nak habis dah. Sorry kalau tersalah ejaan or bahasa.

Jgn lupa VOTE
jgn lupa SHARE
Jgn lupa COMMENT

selamat membaca🍒

Kekasih Halal Mr Kerek [COMPLETED]Where stories live. Discover now