Bab 19🐣

1K 50 4
                                    

"Ibu,ayah. Danish pergi dulu okay. Ayah jaga ibu tau. Apa apa nanti call Danish."pesan Abang Danish dengan prihatin sebelum mereka memasuki zon pelepasan.

"Iya,Danish jaga adik baik baik. Jangan bagi dia buat kerja berat. Dia tu berbadan dua. Jaga anak dara orang ni. Bakal isteri kamu juga."sempat lagi ibu membahan Danish. Diyana hany ketawa melihat wajah abangnya telah bertukar warna merah.

"Dee,jaga anak ni baik baik. Kalau ada apa apa,call ibu dan ayah terus. Nanti, Dee tenangkan fikiran baik baik. Jangan sampai kesihatan tu terjejas. Kesian cucu ibu nanti,"Diyana memeluk ibu dengan erat.

"Dee!!"mereka semua serentak berpaling ke arah pemanggil. Mama.

"Dee,mama nak minta maaf atas apa Riyaz dah buat dekat Dee. Mama minta maaf atas kesalah anak mama. Dee,jaga cucu mama baik baik okay. Don't worry,mama takkan bagitau Riyaz yang Dee pergi sana." Diyana memeluk Tengku Hannah pula.

"Mama,maafkan Dee kalau Dee tak mampu jadi menantu yang baik untuk mama. Maafkan Dee sebab tak jadi isteri yang terbaik untuk suami Dee."makin erat pelukan mereka.

"It's okay. Not your fault."senyuman terukir di wajah Diyana.

"Ibu,ayah. Kami pergi dulu. Jaga ibu tau ayah. Assalamualaikum," walaupun berat hati Diyana mahu meninggalkan ibu,namun lagi berat hatinya mahu bertemu dengan suaminya itu. Ya Allah kuatkanlah hati hambaMu ini.

Diyana duduk di antara Rina dan abangnya di dalam flight. Hampir setengah jam perjalanan,Diyana berasa mual. Dia melihat sebelahnya, dua dua sedang nyenyak tidur.Tidak sampai hati pula mahu kejutkan.

Tanpa membuang masa,dia terus menuju ke tandas. Habis segala isi terkeluar dari perutnya. Tiba tiba sahaja kepalanya sakit sebaik sahaja keluar dari tandas. Dia cuba berjalan untuk ke tempatnya. Namun pandangnnya mula menjadi hitam.

Debukk

Diyana pengsan di atas lantai flight. Pramugari yang berada di situ terkejut melihat Diyana yang terbaring di atas lantai. Satu flight menjadi kecoh dengan kejadian itu.

Danish terpisat pisat bangun apabila mendengar kekecohan yang berlaku. Dia memandang sebelahnya,Diyana tiada. Hatinya mula berombak laju. Risau akan keadaan adiknya.

Dia melihat seorang pramugari berjalan dengan laju. Dia menahan pramugari itu.

"Cik,maaf. Boleh saya tahu apa yang jadi sebenarnya,"

"Ouh,ada seorang perempuan pengsan di hadapan tandas."dada Danish berombak lagi.

"Dia pakai baju warna apa dan tudung warna apa?"

"Baju warna hitam dan tudung bawal berwarna peach,"Danish terus menuju ke tandas.

"Ya Allah Diyana."Danish terus mendapatkan adiknya yang berada di atas pangkuan seorang pramugari.

"Adik,adik. Bangun.Jangan buat abang risau,"perlahan lahan mata Diyana terbuka. Kepalanya dipicit picit perlahan kerana berdenyut.

"Adik,adik okay? Pening lagi ke? Takpe jom bangu pergi sit balik. Nanti rehat je,"Danish memapah adiknya ke tempat mereka. Rina membantu Diyana duduk.

"Dee,kau rest dulu. Kalau kau nak muntah bagi tahu aku. Kalau aku tidur,kejut je aku."Diyana hanya menganggukkan kepala sebelum memejamkan mata. Kepalanya sangat berat.

Hampir 5 jam penerbangan,mereka bertiga sampai ke destinasi. Danish mencari orang yang diupah atuknya untuk mengambil mereka.

"Assalamualaikum,encik ni cucu Dato' Fahzeri ke?"tanya seorang pemuda lelaki.

"Waalaikumsalam,ya. Aku cucu dia. Kau ni nak jemput kami ke?"tanya Danish pula. Lelaki itu menganggukkan kepala sambil tersenyum.

"Jom,biar aku bawa beg ni,"kata pemuda itu.

Kekasih Halal Mr Kerek [COMPLETED]Where stories live. Discover now