Bab 9

1.1K 57 4
                                    

"Aw..."Diyana terkejut melihat keadaan Riyaz dan perempuan itu. Fasha,ya Diyana kenal Fasha kerana Fasha merupakan kawannya sewaktu sekolah menengah.

"Dee!?"wajah Riyaz bertukar serba salah. Riyaz menolak Fasha menyebabkan perempuan itu jatuh ke lantai.

"How dare you!"Fasha memandang Riyaz dan Diyana dengan tajam. Dengan pantas, Fasha menuju ke arah Diyana. Tangannya pantas mendarat di wajah Diyana.

"Kau perempuan perampas,tak sedar diri.Aku akan pastikan yang kau takkan bahagia. Itu janji aku!" kata kata Fasha cukup membuatkan Diyana sakit hati. Riyaz langsung tidak melindungi dia. Hatinya sakit.

"Terima kasih atas tamparan yang awak bagi tadi. Dan untuk pengetahuan awak,saya tak pernah rampas Riyaz dari awak sebab pilihan itu ada pada tangan Riyaz. Saya minta diri dulu,"Diyana pergi meninggalkan Riyaz dan Fasha.

Riyaz mengejar Diyana yang sudah keluar dari butik itu. Terpaksa dia batalkan niatnya. Bayangan Diyana sudah hilang dari pandangan.Dia melihat ke kiri dan kanan namun bayang Diyana sudah tiada.

Dia cuba menghubungi Diyana namun gadis itu tidak mengangkat panggilan. Hatinya kini bertaut rasa bersalah yang agak mendalam. Dia gagal melindungi tunangnya itu.

______________________________________

Air mata yang ditahan akhirnya gugur. Dia tak mampu menahan lagi. Pakcik driver teksi itu hanya melihat dia dari cermin kereta. Lelaki tua itu menghulurkan sehelai tisu kepada Diyana.

"Terima kasih,pak cik,"Diyana menahan sendunya.

"Sama sama. Kalau ada masalah, selesaikan dengan elok. Jangan pernah lari dari masalah sebab itu akan terukkan lagi keadaan,"kata kata pakcik itu amat mendalam. Diyana menarik nafas untuk menenangkan hatinya.

Teksi itu berhenti di hadapan rumahnya. Kelihatan Riyaz sedang menunggunya di hadapan rumahnya. Selesai membayar tambang,dia keluar dari teksi dengan wajah yang biasa. Seperti tiada apa apa yang berlaku.

Riyaz menuju ke arahnya. Wajah lelaki itu kelihatan sangat risau. Diyana sendiri tidak faham akan perasaan tunangnya itu terhadapnya. Kata tak cinta tapi tunjuk cara seperti cinta.

"Dee,kau pergi mana? Dee,aku minta maaf sebab buat kau macam ni. Aku tak tahu pula yang perempuan tu boleh muncul time macam tu. Tapi, percayalah aku yang aku takde sikit pun perasaan dekat dia. Aku just nakkan kau,"betapa tingginya ego lelaki itu untuk mengucapkan cintanya. Ego itu juga yang membuatkan hati seorang perempuan yang bernama Diyana Irdina terluka.

"It's okay saya tak kisah. Saya masuk dalam dulu,ya. Assalammualaikum," Diyana masuk ke dalam rumahnya tanpa mempedulikan Riyaz yang masih berdiri di situ.

Diyana masuk ke dalam biliknya tanpa bercakap dengan Rina. Rina tahu yang Diyana ada masalah. Ketara betul kelakuan sahabatnya itu. Biasanya Diyana lah yang paling ceria.

Diyana duduk di meja belajarnya. Cincin di jari manis di pegangnya. 

'Perlu ke aku teruskan semua ni. Boleh ke aku dengan Riyaz hidup bahagia tanpa gangguan siapa. Mampukah aku untuk buat Riyaz jatuh cinta dengan aku dan mampukah aku jadi isteri yang terbaik untuk dia,'

Segala persoalan bermain main di dalam fikirannya. Air matanya gugur lagi. Tanpa dia sedar,Rina memeluknya.

"Dee,hang janganlah macam ni. Hang kena kuat. Hang tak boleh biarkan orang yang hang cinta jatuh pada tangan orang lain. Hang kena berusaha," kata kata Rina masih lagi tidak meyakinkan Diyana.

"Dee,kalau hang nakkan rumah tangga yang bahagia,hang kena selitkan kepercayaan dekat pasangan. Kalau tiada kepercayaan,semuanya macam habuk. Kosong,"Rina berusaha lagi memujuk sahabatnya itu.

"Dee,mungkin hang tak nampak yang Riyaz dah mula cintakan hang. Tapi percayalah cakap aku,dia ikhlas cintakan hang. Kalau tak,takkan dia nak duduk macam tu semata mata nak pujuk hang. Dari tadi dia tunggu hang balik sampailah sekarang."

Alangkah terkejutnya Diyana melihat Riyaz yang berdiri di luar rumah itu. Tambah tambah lagi tengah hujan. Habis basah baju lelaki itu. Ada juga yang sakit nanti.

"Dee,hang fikir logik. Kalau betullah Riyaz tu tak cintakan hang,takkan dia nak pujuk hang terima pinangan dia. Aku yakin dia cintakan hang tapi dia ego. Bagilah dia peluang. Hang baru nak rasa bahagia,takkan nak rasa derita dah,"pandai betul susunan ayat Rina. Pandai ambil hati Diyana.

"Hang pergilah dekat dia. Kesian dia berdiri dalam hujan tu."Diyana menolak Rina erat.Rina adalah sahabatnya yang amat memahami diri dia.

"Terima kasih Rina sebab bagi aku semangat,"Diyana memandang Rina dengan senyuman.

"Dah pergi dekat tunang hang tu." Rina menolak Diyana lalu memberikan sekaki payung kepada Diyana.

Diyana keluar dari rumah. Riyaz tidak perasan akan kehadiran Diyana berbicara seorang diri.

"Aku salah Dee. Aku cintakan kau tapi aku ego. Aku pendam perasaan aku sedangkan kau tunjuk perasaan kau dekat aku. Aku sayang kau Dee," wajah kecewa Riyaz sangat jelas di mata Diyana.

Gadis itu mendekatkan dirinya dengan Riyaz. Riyaz memandang Diyana dengan senyuman. Gembira gadis yang dia cintai kembali pada dia.

"Riyaz,i'm sorry."Diyana menundukkan wajahnya.

"No,ni salah aku. Aku tak defend kau time Fasha tampar kau. Aku minta maaf sangat-sangat."sungguh ikhlas maaf yang diucapkan.

"It's okay,benda dah jadi. Now,kita buka cerita baru. Lupakan semua yang pahit,"Diyana mengukirkan senyuman kepada Riyaz. Lelaki itu menganggukkan kepala.

"Kita kahwin cepat nak?" dahi Diyana berkerut.Dah kenapa nak kahwin cepat.

"Kenapa?"

"Aku tak sanggup tengok kau menangis tanpa ada orang yang peluk kau. Nanti bila dah kahwin senanglah aku nak peluk kau kalau kau nangis," tanpa sedar Diyana mengukirkan senyuman. Dia benar benar jatuh cinta pada Riyaz yang sekarang.

"Tapi mama awak dan ibu dah tetap tarikh,"kecewa.

"Kau jangan risau,nanti aku handle sendiri.Yang penting aku nak kahwin dengan kau hujung minggu ni," cepatnya mamat ni.

"Mak aii,cepat sangat tu," Diyana membalas.

"Biarlah,aku tak tahan tengok muka kau yanh comel ni. Geram je tau tak," bertukar warna merah wajah Diyana mendengar pujian dari Riyaz. First time, tahu tak dapat pujian dari tunang. Happy? Of course.

"Eh,dahlah awak.Hujan ni,takkan nak duduk sini je. Nanti demam pula awak,"Diyana mematikan perbualan mereka.

"Caring juga awak pasal saya,"seolah olah tidak percaya.Riyaz bercakap menggunakan saya awak. Malu.

"Eleh,blushing je awak ni kan. Ambik ni," Riyaz menjatuhkan payung yang dipegangnya. Habis basah baju mereka akibat hujan yang lebat itu.

"Awak!!"Diyana mengejar Riyaz di dalam hujan itu. Romantik sangat. Sedang seronok berkejar kejar, beberapa orang budak turut menyertai mereka. Nampak Diyana dan Riyaz tu macam mak ayah budaklah pula.


Ok,so how?? Best ke tidakk.. kalau xbest nnti saya smbung.

jgn lupa VOTE
Jgn lupa COMMENT
jgn lupa SHARE

Kekasih Halal Mr Kerek [COMPLETED]Where stories live. Discover now