"Ya Allah,bertuah punya perempuan. Wei,bangunlah!!! Matahari dah tegak atas kepala tau tak!!"Marah Rina kepada Diyana yang masih diulit mimpi itu.
"Kau ni kacau arhh..Bukannya ada kelas pun,"Diyana masih lagi tidak berganjak dari katilnya. "Haa, memang takde kelas. Tapikan, kau yang ajak aku pergi beli barang dapur kan? Jomlah,Dee. Nanti ramai pula orang dekat mall,"Rina menarik lengan Diyana dari perbaringan. Berat betul minah ni.
"Haaa,ya lah.Aku bangunlah ni. Tarik tarik orang pahal!"marah pula dia. Sepatutnya Rina yang marah dia. Adoi, hadap je lah Rina perangai bakal adik ipar kau tu. Cehh, adik ipat terr..
Diyana segera menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Nantu kena membebel dengan Rina tu pulak. Sabar, bakal kakak ipar tu.
Diyana memilih sepasang blouse sedikit labuh berwarna dusty pink itu dan sepasang seluar jeans hitam. Dia mengenakan sehelai tudung bawal berwarna soft chocolate.Matching gitew.
"Woi makcik.Cepatlah sikit. Tadi terhegeh-hegeh kejut aku.Last last dia yang lambat,"Diyana membebel dari dapur hingga ke tempat kereta di parkir.Roti bakar disuapnya dengan sikit lahap.Lapar woii..
Diyana menunggu Rina di pintu pagar. Senang sikit nanti,tak payah dahlah nak turun dari kereta bagai. Straight terus alang alang tunggu si Rina tu.
Ralit dengan memerhati sekitar kawasan rumahnya,tiba tiba dia merasakan seperti air. Dia tengok awak,tak hujan. Tapi air dari mana?
"Aik,datang dari mana pula air ni? Nak kata hujan,langit cerah cantik je. Ta....."tak sempat Diyana menghabiskan ayatnya. Bajunya kini sudah basah lecun.
Diyana memusingkan badannya ke rumah jiran sebelah. Seorang lelaki sedang membasuh kereta. Apa lagi, seranglah jawabnya.
"Excuse me. Awak ni basuh kereta ke mandikan orang haa?Tengok habis basah baju saya disebabkan oleh cara tak betul awak basuh kereta tu,"laju je Diyana membebel.
"Waalaikumsalam,"waaa sentap sekejap Diyana.
"Tak sekarang ni,punca ni datang dari awak tahu tak? Habis basah baju saya," dia benar benar geram dengn perangai lelaki itu. Dah buat salah tak reti nak minta maaf. Dasar kerek.
"Amboi,sedap mulut kau tuduh aku. Kau ingat,aku ada masa ke nak buat semua ni? Sungguh buang masa," lelaki itu membalas.Terpaku Diyana dengan wajah lelaki itu. Sungguh tampan seperti artis korea iaitu Ong Seong Wu..Waa,hensem!!
"Tahulah,aku hensem.Tak payahlah nak tengok aku macam tu. Tak layak kau tengok aku,"kata kata lelaki itu menyedarkan Diyana malah menambahkan lagi amarahnya.
"Erh,tak heran lah saya nak tengok muka awak. Baik saya tengok pakcik yang jual depan sana tu.Takde manfaat langsung tengok muka kerek awak tu."luah Diyana.Hatinya kini berbaur,marah,berdebar,sakit hati semua dia kebas.
"Ya Allah Dee!!Kau dah kenapa habis basah baju kau. Ya allah,kita nak pergi mall bukan nak pergi pesta air wahai sahabatku,"Rina menegurnya di belakang. Diyana memalingkan wajahnya ke arah Rina.
"Pakcik kerek ni punya pasallah! Basuh kereta ke mandikan orang pun aku tak tahu."rengus Diyana geram.
"Hei,cik adik. Sedap betul mulut kau erh.Apa bukti kau nak tuduh aku basahkan baju kau?Mana,mana?" lelaki itu bertanya seraya mendekatkan sedikit wajahnya dengan wajah Diyana. Dia mengundurkan diri.
"Dah buat salah tak nak mengaku pula.Mengaku je lah yang awak tu salah. Susah sangat ke?"tanya Diyana kepada lelaki itu.
"Eh,dahlah korang gaduh. Sampai tahun depan pun tak habis kalau korang duk bertekak macam ni. Dahlah,Dee jom balik. Encik,maafkan saya dan kawan saya ni okay." Rina menarik lengan Diyana dengan laju.
"Ingat erh,hutang awak dengan saya belum selesai,"sempat Diyana mengingatkan lelaki itu.
Tengku Riyaz's POV
Ketika asyik membasuh keretanya, dia ternampak sukujur tubuh yang pendek dan comel di pintu pagar ruma jirannya. Mulut gadis itu tidak berhenti henti bercakap.Naik rimas pula dia dibuatnya.
Tiba tiba,idea nakalnya datang. Entah kenapa dia jadi ceria melihat gadis itu. Dia mengambil paip air lalu menghalakan ke arah pintu pagar. Dia gelak perlahan apabila gadis itu terkejut apabila terkena air. Apa apalah.
Terkejut Riyaz apabila gadis itu menerpa ke arahnya.Dia berpura pura sedang mencuci keretanya dan menghadap ke arah berlawanan.
"Excuse me. Awak ni basuh kereta ke mandikan orang haa?Tengok habis basah baju saya disebabkan oleh cara tak betul awak basuh kereta tu,"laju betul dia membebel.
"Waalaikumsalam,"adoii,Riyaz pahal kau tersasul pula.Wajah gadis itu tidam dilihatnya.
"Tak sekarang ni,punca ni datang dari awak tahu tak? Habis basah baju saya,"Wuishh,marah betul.Comel lah pula.Haishh,sabar wahai hati.Sabar.
"Amboi,sedap mulut kau tuduh aku. Kau ingat,aku ada masa ke nak buat semua ni? Sungguh buang masa,"best pulak berperang mulut dengan dia ni. Memang tak nak menang betullah. Wajah dia,kini aku pandang. Terdiam dia melihat wajah aku.Tahulah aku ni hensem,dan digilai ramai.
"Tahulah,aku hensem.Tak payahlah nak tengok aku macam tu. Tak layak kau tengok aku,"sengaja dia menambahkan lagi amarah gadis itu.
"Erh,tak heran lah saya nak tengok muka awak. Baik saya tengok pakcik yang jual depan sana tu.Takde manfaat langsung tengok muka kerek awak tu."Riyaz memandang gadis itu dengan tajam.Makin dibiar,makin menjadi jadi erh budak ni.
"Ya Allah Dee!!Kau dah kenapa habis basah baju kau. Ya allah,kita nak pergi mall bukan nak pergi pesta air wahai sahabatku,"satu suara menegur dia. Aku mengangkat kepala ke arah suara tersebut.Wajahnya terkejut melihat keadaan gadis di hadapannya itu.
"Pakcik kerek ni punya pasallah! Basuh kereta ke mandikan orang pun aku tak tahu."What!?She call me pakcik Kerek.. Takpe kau tunggu ye.
"Hei,cik adik. Sedap betul mulut kau erh.Apa bukti kau nak tuduh aku basahkan baju kau?Mana,mana?"aku takkan pernah mengalah. Riyaz mendekatkan sedikit dirinya dengan gadis yang dipanggil Dee itu.
"Dah buat salah tak nak mengaku pula.Mengaku je lah yang awak tu salah. Susah sangat ke?"taknak kalah betul perempuan ni erh.Boleh tahan jugak.
"Eh,dahlah korang gaduh. Sampai tahun depan pun tak habis kalau korang duk bertekak macam ni. Dahlah,Dee jom balik. Encik,maafkan saya dan kawan saya ni okay." akhirnya,damai juga situasi.
"Ingat erh,hutang awak dengan saya belum selesai,"sempat lagi bagi peringatan.Tiba tiba,Riyaz mengukirkan sebuah senyuman yang tak pernah dia ukirkan.Lain betul rasa
End POV
Hopely you guys vote okay. InshaAllah writer akan update if i'm not busy.Sekarang ni tak pasti sebab ada banya hw nak buat. Nama je PKPB but tetap sekolah okay even dengan online class.
YOU ARE READING
Kekasih Halal Mr Kerek [COMPLETED]
Romance"Memang taklah aku nak kahwin dengan kau. Mulut dahlah macam longkang pecah nasib muka je cantik tapi perangai kalah beruk atas pokok"-Tengku Riyaz Aydan "Amboi,banyak cantik mulut awak kutuk saya. Awak ingat saya nak sangat kahwin dengan awak. Dasa...