Bab 8

1.1K 48 2
                                    

Diyana dan Riyaz mengambil keputusan untuk makan tengahari di Sour Restaurant(writer hentam) . Mereka memesan nasi putih berserta menu utama iaitu tom yam ala Thai gitu.

"Sedapnya,lama betul tak makan tomyam ni,"kata Diyana dengan sedikit teruja.

"This is my favourite you know," Riyaz memandang Diyana.

"Wow, favourite kita sama lah. Senanglah nanti nak ikat perut awak sekali dengan perut saya,"sempat lagi Diyana membuat lawak tak berapa lawak tu.

"Pandai lah kau ni,"perli Riyaz. Diyana hanya menjeling tunangnya itu.

"Kenapa kau balik awak harini. Siap datang pejabat aku bagai. Takde kelas ke?"tanya Riyaz.Ambil peduli juga eh dekat bakal isteri.

"Tiba tiba pensyarah ada hal. But it's okay cause final exam pun dah habis. Lagi satu,bolehlah saya lepas rindu dekat awak.Saya tahu awak pun rindukan saya kan?"sengaja Diyana mahu menyerkap jarang. Bukan selalu boleh mengusik lelaki itu. Kerek selalu.

"Takde masa aku nak rindu kau. Baik aku rindu dekat staf staf aku,"tiba tiba Diyana terasa dengan kata kata Riyaz itu walaupun hanya sekadar gurauan.

"Staf tadi erh. Kalau dia,kenapa awak tak kahwin je dengan dia. Awak dah jumpa pilihan sendiri kan," Riyaz mengangkat wajahnya memandang Diyana yang sedang makan.

"Kalau boleh,dah lama aku kahwin dengan dia,"Diyana memandang Riyaz dengan tanda tanya. Kalau boleh? Apa maksud dia?

"Tak payah buat muka macam tu lah. Kau fikir comel. Dia tu sepupu aku, memang taklah aku nak jatuh cinta dan kahwin dengan dia. Aku anggap dia macam adik aku sendiri," senyuman terukir di wajah Diyana. Riyaz menggelengkan kepalanya, perempuan kalau cemburu memang macam ni erh?

"Ok,sambung makan."baru sahaja Diyana ingin menyuap nasi ke dalam mulutnya. Tapi pantas Riyaz ingin menyuap Diyana.

"Bukalah mulut tu,nanti aku tolong bukakan nak,"cepat cepat dia membuka mulutnya. Jantung dia tak boleh nak cakap apa,memang buat konsert rasanya.

"Aku saja nak practise. Nanti lepas kahwin kena suap tiap tiap hari. Baru kasih sayang tu sentiasa ada,"kata kata Riyaz menyentuh hati Diyana. Kenapa dia paksa diri untuk mencintai aku.

"Tak nak suap aku ke?"merah padam muka Diyana dengan pertanyaan Riyaz.

Diyana perlahan mendekatkan sudunya ke mulut Riyaz. Riyaz menahan ketawa melihat Diyana yang terketar-ketar.Comel.

"Kan bagus kalau macam ni. Sweet je," Diyana hairan dengan tingkah laku tunangnya itu. Macam bukan Riyaz je.

"Saya suka awak kalau macam ni. Tak kerek,poyo,acah hensem semua tu. Tenang je hati ni,"Diyana membuat wajah tenang.

"Tapi aku tak suka kalau kau diam. Aku nak kau yang banyak cakap macam mulut murai. Even, bernanah aku dengar,"perosak mood betul Riyaz ni.

"Dahlah cakap dengan awak ni menyakitkan hati tahu tak? Cepatlah, nanti awak nak balik pejabat awak pula. Iyalah,awak dengan kerja kan tak boleh dipisahkan,"Riyaz memandang Diyana dengan tajam. Longkang pecah betul mulut.

"Tak, kerja aku dah habis. Aku nak bawa kau ke suatu tempat. Cepat makan,"Diyana menyambung makan.

Selesai sahaja makan,Riyaz membawa Diyana ke butik pakaian pengantin. Hairan Diyana. Setahu dia,baju pengantin semua diuruskan oleh mama Riyaz.

"Kenapa awak bawa saya datang sini? Bukan mama awak dah uruskan semua ke?" Riyaz membiarkan soalan Diyana tanpa jawapan.

"Cepat keluar sebelum aku dukung kau,"suka betul dia mengugut. Ambil kesempatan betullah.Diyana berjalan di belakang Riyaz.

Masuk sahaja butik,seorang perempuan yang cantik datang ke arah mereka. Senyuman terukir di wajahnya.

"Selamat datang Tengku Riyaz dan Cik Diyana. Tengku Riyaz datang sini nak try baju kan?" sejak bila dia tahu nama aku. Aunty Hannah kot yang bagi tahu.

"Ya,saya datang nak tengok baju," Diyana memandang Riyaz dengan tidak puas hati. Dengan orang lain boleh pula ber'saya awak' bagai. Dengan aku tak boleh pula.

"Sekejap yer,Tengku Riyaz dan Cik Diyana boleh duduk dahulu,ya." Riyaz menghampiri sofa lalu duduk. Diyana masih lagi berdiri. Sakit hati dengan Riyaz. Tapi,dia cuba untuk mengawalnya.Tak mahu pula Riyaz perasan.

Dia tidak duduk di sebelah Riyaz namun sebaliknya. Diyana melihat baju baju yang ada di butik itu. Senyuman terukir di wajahnya. Cantik sangat.

Riyaz hanya melihat Diyana dari jauh. Hatinya terpaut dengan tingkah laku gadis itu. Comel sangat. Tiba tiba dia merasakan di sebelahnya seperti ada seseorang.

"Hai Riyaz. How are you? I miss you so much you know,"Fasha memegang tangan Riyaz namun lelaki itu melarikan tangannya.

"Kau buat apa dekat sini perempuan? Baik kau keluar sekarang,"tegas tetapi perlahan Riyaz bersuara. Takut didengari oleh Diyana.

"I nak jumpa you lah. You tak rindu I ke?"Fasha memberanikan diri memegang pipi Riyaz.

"Apa benda ni Fasha. Aku dah nak kahwin,kau tahu tak? Dan aku langsung takde perasaan dekat engkau,"kata Riyaz kasar. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menolak perempuan itu.

Fasha masih lagi berkeras. Dia mula memeluk Riyaz. Riyaz cuba menolak namun tidak boleh.

"Aw...."



























So,how?..Ada nak bagi idea apa apa ke? Nk baik pulih ke? Tak puas hati ke?Just comment okay..Jgn lupa vote jugak..Writer cuba yg terbaik untuk complete kan cerita ni.

Writer akan cuba yg terbaik untuk puaskan hati semua readerss..Ececece..

Seperti biasalah...

<Jgn lupa VOTE>
<Jgn lupa COMMENT>
<Jgn lupa SHARE>

Kekasih Halal Mr Kerek [COMPLETED]Where stories live. Discover now