Aku membuka mata ku. Terasa sakit di kepala. Aku melihat di sisi ku. Riyaz sedang lena diulit mimpi. Tak sampai hati nak kejut tapi kepala aku sakit.
"A..awak,"perlahan aku kejutkannya. Dia menggosok gosok matanya agar rasa ngantuknya hilang. Dia cepat cepat memandang ke arah aku.
"Awak nak apa? Sakit lagi ke? Ada apa yang boleh saya tolong,"wajahnya kelihatan sugguh risau.
"Sakit kepala lagi sikit. Tapi nanti kalau tidur balik,okaylah."aku ingin tenangkan hatinya. Tak nak dia risau lebih.
"Hmm,apalah nasib. Malam pertama dah kena duduk dekat hospital. Baru nak bermanja,"rengek Riyaz. Aku memalingkan wajah ke arahnya dengan reaksi yang terkejut.
"Gatal erh,"aku mencubit halus lengannya. Memang power lah aku punya cubitan. Merah terus lengan Riyaz aku kerjakan.
"Garang....lagi saya suka,"dah datang dah mood mengacau dia tu.
"Dah lah,saya nak tidur."selimut di badan,aku tarik sedikit. Riyaz masih lagi disebelah aku. Kesian pula tengok dia tidur macam tu. Alahai suami..
"Awak,marilah tidur sini. Kesian pula awak tidur macam tu,"aku menepuk-nepuk tempat di sebelah aku. Guess what? Laju betul dia baring dia atas katil aku. Memang gatal.
Aku baru sahaja mahu melelapkan mata namun,Riyaz memeluk aku dan dia menarik kepala aku ke dalam pelukan dia. Walaupun aku terkejut, tapi aku rasa selamat dan tenang. Harap kebahagiaan ini kekal,ya Allah.
"I love you,my sweetheart."aku terdengar dia membisikkan perkataan itu kepadaku. Mungkin Riyaz ingat aku dah tidur.
'I love you more,my lovely husband,' bisik hati kecil aku.
Kami pun tertidur dengan lena pada malam itu. Buat pertama kali aku tidur dalam pelukan seorang lelaki yang bergelar suami dan aku berasa selamat dan tenang.
______________________________________
Harini aku dah boleh discharge. Yeah. Setelah dua hari ditahan di hospital memang rasa bosan tahap gaban lah. Esok aku masuk universiti macam biasa tapi esok lah hari terakhir aku di sana.
"Awak,jom. Barang saya dah masukkan dalam kereta. Tapi saya tertinggal something,"aku memandang Riyaz dengan dahi yang berkerut. Tertinggal apa pula lah suami aku ni.
"Awak tertinggal apa?"
"Saya tertinggal something yang paling berharga dalam hidup saya iaitu awak!"sejak bila pula lah suami aku ni sweet talker. Penat lah aku lepas ni. Penat nak ketawa.
"Amboi,kemain sekarang erh. Dah pandai guna ayat manis. Tak peliklah saya kalau nanti rumah banyak semut sebab manis sangat,"aku pula usik dia. Bukan selalu kan bergurau dengan suami tercinta.
"Kalau banyak semut,jangan salahkan saya erh. Sebab awak buat rumah tu bersemut,"aik aku pula yang kena. Tapi kenapa aku?
"Kenapa saya pulak?"
"Sebab setiap kali saya tengok muka awak,saya akan guna ayat manis. Puncanya awaklah yang buat rumah bersemut,"mengarut betullah suami aku ni. Aku rasa dia makan ubat aku ni. Sebab tu jadi macam ni. Haishh, apa aku ni. Mengata suami,tak baik. Astaghfirullah al-Azim.
"Dahlah awak ni. Jom balik, ibu dan yang lain tunggu kita ni,"Riyaz menggenggam erat tangan aku. Tak nak aku lari betul ni. Sayang betul.
Sepanjang perjalanan kami ke rumah ibu sungguh meriah. Kalaulah kereta sebelah boleh dengar tentu dia orang cakap orang gila. Memang dia punya tahap bising tu,tak tahu nak cakap apa.
Dari keluar dari perkarangan hospital, Riyaz asyik bercerita tentang zaman sekolah menengah kami dahulu. Memang betullah dia yang aku selalu stalk. Tapi hanya dari jauhlah. Tak berani nak confess bagai. Insecure.
"Awak tahu tak kenapa saya tak cam awak sekarang ni?"aku memandang dengan senyum.
"Kenapa?"tanya Riyaz.
"Sebab dulu kan awak pakai spek. Sekarang tak. Pastu dulu kan awak nerd,"memang gelak habis aku masa itu. Riyaz memandang aku dengan tajam.
"Ouh,nerd? Hello,nerd nerd ni juga yang awak stalk kan?"Aku masih lagi ketawakan dia. Aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh terminat dekat Riyaz ni.
"Awak gelak lagi,saya tak teragak-agak nak cium awak erh,"aku terus berhenti ketawa. Tapi,aku tak mampu menahan lagi. Ketawa aku terus meletus,kali ni memang kuat gila lah aku ketawa. Tiba tiba..
Cupp!
Riyaz memandang aku sambil mengangkat kedua dua keningnya. Arggh dia cium aku... Aku dapat rasakan muka aku dah panas. Malu.
"Haa,tu lah. Lain kali janga cabar saya. Kan dah dapat 'upah',"kali ni dia pula yang ketawa melihat wajah aku yang seperti tomato ni. Malu besar wei.
Lama aku mendiamkan diri sebab malu. Aku tak berani nak tengok muka dia. Tapi mata aku dapat melihat dia yang tersenyum memandang aku. What!? Pandang aku!! Huishh,boleh angau ni dengan suami sendiri.
"Ok,dah sampai. Jom sayang,"memang Riyaz buat aku angau. Tanpa sedar, aku mengukirkan satu senyuman bahagia di wajah aku. Siapa je tak bahagia bila suami mengada dengan kau kan.
"Assalamualaikum ibu ayah,"aku terus masuk ke dalam rumah mencari ibu dan ayah. Kelihatan mereka semua sedang rancak berbual di ruang tamu. Memang meriah lah.
"Dee,Riyaz,dah sampai. Duduklah join kita orang sekali,"aku terus menuju ke sofa yang kosong. Riyaz mestilah ikut aku. Takkan nak duduk atas lantai pula.
"Dee dah sihat betul betul ke?" tak hairanlah kalau ibu yang tanya sebab ibu memang macam tu. Risau sangat keadaan anak perempuan dia even aku dah kahwin.
"Sihat dah Ibu. Tadi dalam kereta siap ketawakan orang lagi,"Riyaz memotong aku nak bercakap. Spoil betullah suami aku ni.
"Ketawakan kau? Pasal apa?"sibuk betul Abang Danish ni. Semua benda nak tahu.
"Rahsia,"aku cepat cepat memotong. Aku menjeling Riyaz dengan jelingan maut.
"Ha,Riyaz. Kamu nak bawa Dee masuk rumah kamu petang nanti kan?"what?? Rumah Riyaz. Biar betul, nanti aku duduk satu rumah dengan Riyaz lah kan.
Ishh,kau ni Diyana. Cuba rilek. Biasalah,takkan nak duduk rumah orang lain pula.
"Dee,okay tak tu? Sejak bila kamu ni asyik berangan je?" adoi ayah perasan lah pula. Aku hanya senyum lalu menggelengkan kepala menafikan.
Kami berbual sampai tengahari. Memang meriah dengan suara Abang Danish yang suka menyakat orang je sebenarnya. Apalah nasib dapat abang kuat bergurau. Memang kena hadap je lah. Nanti bila bergabung dengan Rina memang meletuplah jawabnya.
Thanks sudi baca. Sorry kalau x menarik. Teruskan membaca sebab lepasni mmg banyak chapter menarik..Macam yakin jer..Hahaha,takpe. Hidup mesti ada keyakinan.Ceh
Jgn lupa VOTE
Jgn lupa COMMENT
Jgn lupa SHARE...
YOU ARE READING
Kekasih Halal Mr Kerek [COMPLETED]
Romance"Memang taklah aku nak kahwin dengan kau. Mulut dahlah macam longkang pecah nasib muka je cantik tapi perangai kalah beruk atas pokok"-Tengku Riyaz Aydan "Amboi,banyak cantik mulut awak kutuk saya. Awak ingat saya nak sangat kahwin dengan awak. Dasa...