Diyana ingin menyediakan makanan tengahari kepada Riyaz yang baru sahaja pulang dari kerjanya.
"Sayang,masak apa?"tanya Riyaz yang berada di sebelahnya.
"Saya masak tomyam untuk abang. Manalah tahu ini kali terakhir saya masak untuk abang,"ucap Diyana tenang. Namun, bagi Riyaz ianya bunyi seperti serius.
"Apa sayang merepek ni. Sayang kena masak untuk abang sampai bila bila okay. Tak mau cakap macam tu,boleh?"Riyaz memegang kedua kedua bahu isterinya. Perut isterinya sudah sarat, tinggal beberapa hari lagi due date isterinya itu.
"Okay,saya minta maaf. Ni abang dah mandi ke belum?"tanya Diyana.
"Dah,"
"Kalau dah,tolong saya bawa lauk ni dekat meja. Boleh?"tanya Diyana dengan manja.
"Anything for you,"Riyaz berlalu ke meja makan. Tiba tiba sahaja,Diyana berasa sakit perut. Semakin lama semakin sakit.
"Abang!!!!"cepat cepat Riyaz berlari ke arah isterinya itu.
"Kenapa?"tanya Riyaz yang sedanf blur itu.
"Sakit ni abang!!! Nak bersalin dah ni!! Abang cepatlah!"jerit Diyana kuat. Agak agaknya rumah sebelah pun boleh dengar jeritan Diyana.
"Haa,okay okay."Riyaz mengangkat Diyana ala ala bride style gitu. Iyalah takkan Diyana nak berjalan. Tak fasal fasal terberanak dekat situ.
Riyaz memecut laju keretanya. Meremang bulu roma Diyana melihat. Namun apakan daya,dia tidak mampu berkata apa apa kerana sedang menahan kesakitan yang amat.
"Sayang,tahan okay. I know you can,"kata Riyaz yang sedang memandu. Akhirnya mereka sampai di hospital. Diyana terus dibawa ke bilik pembedahan.
"Doktor,boleh saya teman isteri saya?"tanya Riyaz kepada doktor yang bertugas itu.
"Baiklah,"Riyaz segera mengikuti langkah doktor itu ke bilik pembedahan.
Riyaz terus berdiri di sisi Diyana dan memberikan kata kata semangat untuk isterinya itu. Walaupun dalam hati dia gusar,namun dia mesti menjauhkan perasaan itu.
"Sayang,i know you can do this. You are strong women. I know you can. Okay,"
"A..abang..k..kalau..saya tiada nanti..jaga anak kita baik..baik tau...saya izinkan abang cari pengganti saya.."luluh hati Riyaz mendengar kata kata Diyana.
"No,jangan cakap macam tu please. Sayang adalah yang pertama dan terakhir abang. Sayang kena kuat,okay,"sekali lagi Riyaz memberi semangat kepada Diyana.
"Puan,kalau saya cakap push,puan push okay."Diyana hanya menurut kata kata doktor yang bertugas itu.
Setelah hampir 2 jam berperang,akhirnya Diyana selamat melahirkan bayi lelaki.
"Puan,jangan tutup mata puan. Sabar puan,"Riyaz melihat isterinya yang mahu menutup mata.
"Sayang,please don't be like this. Buka mata please. Sayang,sayang,"Diyana tidak mampu bertahan dan dia menutup matanya.
"Doktor,isteri saya doktor!!"jerit Riyaz. Beberapa jururawat mengerumuni Diyana dan Riyaz.
"Encik,sila keluar sebentar. Insyaallah kami akan cuba sebaik mungkin,"
Riyaz keluar dari bilik itu dengan langkah yang longlai. Semua ahli keluarga mereka berada di situ melihat Riyaz dengan tanda tanya.
"Riyaz,macam mana?"tanya Abang Danish di sebelahnya.
"Baby boy,"jawab Riyaz biasa. Dia risaukan Diyana tapi dia gembira melihat anaknya.
"Diyana?"Riyaz hanya berdiam diri dengan soalan itu.
YOU ARE READING
Kekasih Halal Mr Kerek [COMPLETED]
Romance"Memang taklah aku nak kahwin dengan kau. Mulut dahlah macam longkang pecah nasib muka je cantik tapi perangai kalah beruk atas pokok"-Tengku Riyaz Aydan "Amboi,banyak cantik mulut awak kutuk saya. Awak ingat saya nak sangat kahwin dengan awak. Dasa...