Bab 21🐣

1K 50 2
                                    

Diyana menunggu di hadapan bilik kecemasan dengan resah. Ibu,ayah dan keluarga mertuanya bertolak dari Malaysia esok pagi sebab tiket kecemasan tiada.

Diyana bermundar mandir di hadapan bilik itu. Dia yakin yang Riyaz tak apa apa.

'Ya Allah kau selamatkanlah suamiku Ya Allah. Aku tak kuat untuk lalui semua ini tanpa dia. Aku perlukan dia,' rintih hati sayu Diyana.

Tiba tiba pintu bilik kecemasan terbuka. Seroang doktor,mendekati mereka. Diyana orang pertama yang bertanya.

"Doktor,macam mana dengan suami saya?"

"Buat masa sekarang,keadaan Encik Riyaz kritikal. Dia bergantung kepada mesin sepenuhnya dan..."Diyana menanti kata kata dari doktor.

"di dalam kepala Encik Riyaz,kami dapati ketulan darah beku yang tak dapat dikeluarkan dan berkemungkinan besar suami puan akan lupa ingatan,"gugur jantung Diyana mendengar kata kata dari doktor.

"Saya minta diri dulu,ya puan."

"Doktor,boleh saya tengok suami saya?" tanya Diyana

"Kami izinkan hanya seorang sahaja dalam satu masa. Dan biarkan pesakit berehat," Diyana terus memasuki bilik Riyaz ditempatkan. Dia memandang sayu Riyaz. Hancur hati seorang isteri melihat suaminya terlantar di hospital.

Diyana melabuhkan punggungnya di atas kerusi di sisi katil. Dia menggenggam tangan suaminya itu.

"Abang,sayang datang ni. Sayang bawa juga anak kita. Abang,bangunlah. Tak kesian dekat sayang ke? Baby rindu papa dia. Mama baby pun rindu sangat dekat papa dia."lama Diyana senyap kerana hanyut dalam tangisan.

"Abang,Dee minta maaf sebab tinggalkan abang seorang seorang dan tuduh abang macam macam. I'm so sorry. Sebab saya abang jadi macam ni. Maafkan sayang abang."

"Abang bangunlah. Dee rindu nak bergurau dengan abang. Dee rindu nak dengar abang nyanyi sebab suara abang sedap sangat. Dee tak tipu. Dee nak tengok muka kerek abang. Please,abang janji yang abang kuat okay,"

"Dee,jom balik. Dah lewat ni. Nanti kita datang lagi,"Abang Danish memegang bahu Diyana.

"Tapi,kalau Riyaz sedar waktu Dee takde dekat sisi dia macam mana? Dee nak jaga dia,"air mata yang gugur masih lagi laju.

"It's okay Dee. Esok kita datang lagi. I'm promise,"kata abang Danish sambil mengangkat sebelah tangan dan membuka 5 jari. Alaa,lebih kurang high five lah.

"Abang,Dee balik dulu tau. Abang jangan bangun selagi Dee tak sampai tau tapi abang janji abang kuat okay. Dee balik dulu tau. I love you abang,"Diyana mencium dahi Riyaz dengan lama. Sungguh dia rindu mahu menatap lama wajah suaminya itu.

Diyana mengikuti Abang Danish pulang ke rumah dengan longlai. Dia risaukan keadaan Riyaz. Hatinya meraung ingin menemani Riyaz. Diyana memberhentikan langkahnya. Abang Danish yang berjalan di belakangnya turut terkejut.

Tanpa membuang masa,Diyana berlari ke wad Riyaz.Rina dan abang Danish hanya mengikuti Diyana tanpa berkata apa apa. Mereka faham akan perasaan Diyana.

Mereka membuka pintu bilik wad,Diyana memeluk Riyaz dengan erat seolah olah tidak mahu berpisah walaupun sesaat. Abang Danish cuba meleraikan pelukan itu namun semakin erat Diyana memeluk Riyaz. Hati abangnya sayu melihat adik menangis.

"Abang,Dee tak nak tinggalkan Riyaz seorang diri. Dee nak teman Riyaz sampai dia sedar. Abang tolonglah faham apa yang Dee minta. Dee cuma nak ada dengan Riyaz selalu bukan susah pun. Kalau abang nak balik,abang pergilah. Dee tak nak. Dee nak jaga Riyaz sampai dia sedar,"ujar Diyana keras walaupun nada suara mendatar akibat tangisan.

"Dee bukan abang tak bagi tapi ab..."

"No,abang sukakan kalau Dee terkurung dalam bilik sebab fikirkan hal ni. Abang sukakan kalau Dee hilang Riyaz? No, abang silap,Dee takkan hilang Riyaz. Takkan," kata kata Diyana cukup menusuk ke dalam hati Danish. Dituduh sebegitu oleh adik sendiri, darah daging sendiri. Namun dia berfikiran positif,mungkin adiknya tekanan dengan apa yang terjadi.

"No,Dee salah. Abang cuma risaukan keadaan Dee. Dee kena ingat yang Dee bukan seorang,tapi Dee berbadan dua tu. Dee janganlah macam ni,kesian dekat Riyaz kalau dia bangun nanti dia tengok Dee macam ni."Abang Danish memujuk Diyana lagi.

"Tapi,Dee tak nak tinggalkan Riyaz. Dee nak duduk dekat sisi dia selalu,"rintih Diyana sayu.

"Dee,jom balik. Nanti esok kita datang lagi. Kalau hang nak teman Riyaz,hang teman esok. Malam ni kita balik dulu. Kau rehatkan diri dulu. Muka hang tu dah pucat tahu dak. Dahlah hang tak sentuh langsung makanan hari ni. Nanti hang pitam tau dak,"kali ini Rina pula yang cuba memujuk namun Diyana masih lagi sama degil.

"Dee,please. Don't be like this. Abang sayang adik abang. Abang tak sanggup tengok Dee macam ni tau. Abang tak sanggup tengok Dee selalu sedih. Dee kena kuat kalau nak tengok Riyaz bangun. Riyaz cintakan Dee." abang Danish memeluk Diyana dengan erat. Air mata yang ditahan selama ini akhirnya gugur juga. Tak salah kalau menangis sebab adik.

"Abang,adik minta maaf sebab sakitkan hati abang. Dee minta maaf sebab susahkan abang. Dee sayangkan abang dan Dee cintakan Riyaz,"Diyana membalas pelukan abangnya itu.

"Kalau Dee cintakan Riyaz dan sayangkan abang,jom kita balik eh. Dee rehatkan diri dulu. Nanti esok kita datang lagi.Okay," Diyana memandang abangnya yang mengelap air matanya.

"Okay,"senang Danish mendengar jawapan Diyana.

"Jom,"Diyana memandang Riyaz dengan senyuman berat. Berat hati dia untuk tinggalkan Riyaz namun dia mesti kuat untuk baby di dalam kandungannya ini.

"Abang,nanti sayang datang tau. Abang bangunlah esok okay. Dee sayang abang," Diyana mencium tangan suaminya sebelum pulang ke rumah. Diyana keluar dari bilik itu dengan bantuan abangnya dan Rina.

Sayu hati dia untuk tinggalkan Riyaz sekali lagi namun dia fikirkan akan anaknya. Jikalau Riyaz sedar,tentu dia juga akan marah dengan keadaan Diyana yang tidak terurus ini.

'Abang rehat,ya. Dee balik dulu. Dee janji esok Dee datang lagi,'bisik hati Diyana.






























Kesian Diyana. Rasa macam menyesal pula buat macam tu tapi nama dah cerita so, di setiap kepahitan pasti ada kemanisan di akhirnya. Tapi nanti dia orang ni happy ending ke? Curious gila nak tahu? Sabar jelah,tunggu je apa jadi.

Jgn lupa VOTE
Jgan lupa COMMENT
Jgan lupa SHARE


Enjoy your reading")

Anything just comment. Nak bantah ,nak puji, nak kritik,nak perli sama ada something negative or positive,saya terima insyaallah.

Kekasih Halal Mr Kerek [COMPLETED]Where stories live. Discover now