Riyaz membuka kunci pintu rumah Diyana.Wajah Diyana masih lagi dibanjiri dengan air mata. Riyaz membantu Diyana berjalan ke sofa.
"Dee,kau rehat dulu. Aku balik rumah dulu tau. Kau kunci pintu. Kalau ada apa apa,kau jerit nama aku.Aku dengar je,"pesan Riyaz sebelum mengangkat kaki untuk pulang ke rumahnya.
Diyana berasa takut.Takut untuk bersendirian. Air matanya kini mengalir dengan deras. Esakannya sedikit kuat membuatkan Riyaz tersentak.
"Riyaz,jangan tinggal saya.Saya..ta... takut,"luah Diyana. Riyaz mengatur langkahnya ke arah Diyana. Dia menemani Diyana di sofa yang lain.Pintu dibiarkan terbuka.Hanya pintu pagar sahaja yang dikuncinya.
Dia melihat gadis itu yang tidak lena tidur. Selang setengah jam,gadis itu mengigau.
"Ja..jangan..kacau a..aku.. Jangan!" Riyaz yang terlelap,terus terjaga lalu menuju ke arah Diyana.
"Dee,bangun. Bangun,"kata Riyaz sedikit lembut.Tak mahu tambahkan lagi kesakitan gadis itu.
Diyana bangun mendengar suara Riyaz.Air matanya tak henti henti mengalir. Riyaz memegang bahu Diyana dengan berlapik. Haram sentuh yang bukan mahram tapi dia dah tak tahu nak tenangkan Diyana bagaimana.
"Dee,kau dengar sini please. Aku ada dengan kau.Aku tak tinggalkan kau. Kau jangan takut,aku yakin yang takkan ada yang berani sentuh kau, selagi kau ada dengan aku, faham?"Riyaz memandang Diyana dengan pandangan yang redup. Cukup membuatkan hati Diyana tenang.
"Dah,jangan nangis.Kau tidur.Esok kau tak payah pergi kolej. Kau rehat, ambil mc.Badan kau panas ni. Dah, tidur.Mimpikan aku,baru kau sihat," sempat lagi Riyaz bergurau. Gurauan Riyaz membuatkan Diyana ketawa. Riyaz kembali ke tempatnya.
Yes,Diyana mimpikan Riyaz malam tu. Riyaz hairan dengan Diyana yang tersenyum senyum ketika tidur. Tak betul dah rasanya. Tapi entah kenapa, dia berasa lain apabila berada di sisi Diyana. Perasaan yang tak pernah muncul,akhirnya muncul apabila bersama dengan Diyana.
______________________________________
Pagi yang indah.Hari yang ceria. Diyana melangkah masuk ke universiti. Seperti biasa dia memulakan kelasnya. Rina juga sudah pulang dari kampungnya.Kes seminggu yang lalu hanya dijadikan rahsia antara dia dan Riyaz.Walaupun Riyaz melayannya acuh tak acuh namun dia tetap mengusik lelaki itu.
Habis sahaja kelas,mereka pulang ke rumah. Penat lah pula. Baru sahaja Diyana mahu melangkah masuk ke dalam rumah,namanya dipanggil.
"Dee,"Riyaz kini betul betul berada di belakangnya.Jantungnya berdegup laju namun dia cuba untuk mengawalnya.
"Ya saya.Ada apa Tengku Riyaz Aydan?" Diyana memandang Riyaz dengan senyuman yang mampu mencairkan hati mana mana lelaki yang melihatnya.
"Can you help me?"Diyana memandang Riyaz dengan cuak. First time ni,Riyaz minta tolong dengan dia.Unbelievable betul.
"What?"tanya Diyana lembut. Tanpa sedia,Riyaz menarik lengan Diyana yang berlapik itu ke dalam kawasan rumah Riyaz.Terkejut Diyana dengan tindakan Riyaz.
"Awak ni kenapa,Riyaz?" tanya Diyana dengan sedikit tinggi suaranya.Bukan apa,dia cuma geram dengan Riyaz yang tarik tangannya itu.
"Listen to me,okay. I just want you to pretend be my girlfriend okay. If you help me,i will help you too,okay,"kata Riyaz lalu membawa Diyana ke dalam rumahnya.
"Mama,kenalkan this is my sweetheart,Diyana. Dee,kenalkan this is my mama,Tengku Hannah.Riyaz memperkenalkan mamanya itu kepada Diyana. Diyana bersalaman dengan wanita di hadapannya.
"Tengku sihat?"tanya Diyana lembut. Malu apabila berhadapan dengan wanita itu.
"Yes,sihat.I think you don't have a girlfriend but you have,"kata Tengku Hannah sambil ketawa.
"It's me lah,Tengku Riyaz Aydan." Diyana memandang Riyaz dengan senyuman yang mempunyai seribu satu makna.
"Erh,duduklah Dee.Jangan malu malu. Buat rumah ni macam rumah Dee sendiri,"Diyana mengambil tempat duduk di sebelah Riyaz.Jarak okay
"Dee dah kenal Riyaz berapa lama?" soalan Tengku Hannah betul betul mendebarkan Diyana. Dia memandang Riyaz agar dapat menolongnya.
'Riyaz,help me please. Tolonglah.. kalau tak mati saya.Bukan saya seorang je,dengan awak sekali mati nanti,'bisik hati Diyana.
Riyaz yang perasan akan pandangan Diyana terus membuka mulut.
"Kita orang kenal dah dua tahun. Riyaz jumpa dia dekat mall. Tak tahu pula yang Dee ni jiran Riyaz. So,Riyaz and Dee pun mulalah bercintan,"kata Riyaz sambil tergelak. Diyana yang mendengar Riyaz bercakap itu rasa macam nak pukul pukul je Riyaz dengan bantal ni.
"Tengku,Dee minta maaf sangat sebab tak bawa apa apa untuk Tengku. Lagipun,Riyaz tak bagitahu apa pun," kata Diyana sambil memandang Tengku Hannah dengan rasa bersalah.
"Apa Tengku,Tengku ni. Panggil aunty ataupun mama.Iya lah tak lama lagi, Dee akan jadi anak aunty juga,"kata kata Tengku Hannah membuatkan wajahnya kemerahan.
Riyaz melihat wajah Diyana merah. Malu lah tu kena usik dengan mama aku. Mama pun satu,tak habis habis cakap hal kahwin.Adoii..
"Sorry aunty sebab tak bawa apa apa,"Kata Diyana lagi kepada Tengku Hannah.
"Takpelah Dee. Aunty faham. Lagipun nanti aunty nak masak. Kita makan sama sama. Aunty pergi dapur dulu erh,"Tengku Hannah bangun dari tempat duduknya.
"Dee tolong erh aunty,"kata Diyana lalu mengekori Tengku Hannah. Riyaz hanya memerhati mamanya dengan Diyana. Entah mengapa hatinya tenang melihat Diyana.
"Aunty,Dee nak tanya something boleh?"Diyana bertanya sambil memotong sayur sayuran.
"Tanyalah Dee. Aunty sedia menjawab,"balas Tengku Hannah dengan ramah sekali.Sungguh cocok perangai mereka berdua.
"Riyaz tu anak ke berapa,aunty?" Tengku Hannah mengukirkan senyuman di wajahnya.
"Riyaz tu anak pertama.Dia ada adik perempuan seorang. Nama anak perempuan aunty tu,Riana Afiya. Umur di 19 tahun. Riyaz dengan Riana memang rapat. Riyaz tu sayang sangat dengan adik dia. Even dia orang selalu bergaduh tapi aunty tahu yang Riyaz tu sayangkan adik dia," Diyana tersenyum mendengar kata kata Tengku Hannah. Mesti comelkan dia manja dengan adik dia.
"Haaaa!!berangan!!"gertak Riyaz lalu pisau yang dipegang Diyana untuk memotong sayur terhiris jarinya.
"Aargh!!"jerit Diyana mengaduh kesakitan.
Sowry kalau citer ni ntah apa apa. But,i'm tried to make a best story. Pedulikan ejaan salah or bahasa kelentong..Busy ii..hahaha..apa apa don't forget to vote and comment okeyhh..Thanks support..Tak suka bgi tau jer..Teruskan baca insyaallah nnti jtuh centaaaa..
YOU ARE READING
Kekasih Halal Mr Kerek [COMPLETED]
Romance"Memang taklah aku nak kahwin dengan kau. Mulut dahlah macam longkang pecah nasib muka je cantik tapi perangai kalah beruk atas pokok"-Tengku Riyaz Aydan "Amboi,banyak cantik mulut awak kutuk saya. Awak ingat saya nak sangat kahwin dengan awak. Dasa...