"Haaaa!!! Berangan!!!"tersentak Diyana dengan sergahan Riyaz lalu pisau ditangannya terhiris jarinya.
"Aargh!!"Diyana mengaduh kesakitan. Riyaz melihat cecair merah keluar dari jari Diyana.
"Dee,aku minta maaf.Aku tak sengaja cederakan kau,"kata Riyaz lalu memegang jari Diyana untuk mengelap darah yang keluar itu.
"Apa Riyaz ni. Kesian Dee tau tak. Ishh, bertuah punya anaklah kamu ni ,"marah Tengku Hannah kepada Riyaz. Lelaki itu memandang Diyana dengan wajah yang risau.
"It's okay aunty.Dee tahu yang Riyaz tak sengaja,"tak mahu pula wanita itu memarahi Riyaz hanya disebabkan hal kecil.
Riyaz menyapu ubat pada luka di jari Diyana. Tengku Hannah pula berada di dapur menyiapkan makanan.
"Dee,aku minta maaf. Sebab aku kau cedera,"kata Riyaz sambil matanya masih kekal di jari Diyana.
Diyana melihat wajah Riyaz dengan perasaan yang berdebar debar. Jantungnya tak dapat menahan lagi rasa itu. Ralit melihat wajah Riyaz,lelaki itu pun memalingkan wajahnya ke arah Diyana.
Mata mereka bertentangan. Jantung Diyana makin laju beraksi.1 saat,2 saat,3 saat mereka tetap begitu.
Riyaz dapat merasakan perasaannya terhadap Diyana. Wajah kemerahan gadis itu dilihat tanpa berkelip. Comel sangat bila dia malu.
"Riyaz,Dee jom makan. Mama dah siap masak ni!"panggilan Tengku Hannah menyedarkan mereka berdua. Wajah Diyana tidak berubah warna seperti tomato.
Riyaz berjalan dahulu di hadapan, manakala Diyana mengikuti dari belakang. Sampai sahaja di meja makan, Diyana mengambil tempat di hadapan Riyaz.Itu pun kerana terpaksa okay.
"Riyaz,baca doa makan,"Tengku Hannah mengarah anak lelakinya itu. Bacaan doa dari lelaki itu amat memukau Diyana. Doa makan je pun.
"Makanlah,Dee. Jangan segan,baru dengan aunty. Tak dengan satu family aunty nanti,"Diyana hanya tersenyum dengan usikan wanita itu. Sejujurnya, dia senang apabila berada dengan wanita itu.
Selesai sahaja makan, Diyana menolong Tengku Hannah mengemas dapur. Dia meminta diri untuk pulang memandangkan hari sudah hampir malam. Dia pun nak rehat juga. Penat habis dia harini. Nasiblah esok hari minggu. Tidurlah jawabnya.
"Assalamualaikum,"pintu rumahnya dibuka. Kelihatan Rina yang sedang menonton televisyen di hadapannya.
Dia merebahkan dirinya di situ."Macam mana jumpa bakal mak mertua hang.Best?"Diyana menjeling Rina dengan tajam.
"Kau ni memang nak kena lah." Diyana terus bangun dari perbaringan lalu duduk di sebelah Rina.
"Apasal pulak aku yang kena. Hang jumpa mak Riyaz bukan mak aku," balas Rina biasa.Dia kembali menonton televisyen.
"Dia tu memang buat aku malulah. Kau tengok ni,"dia menunjukkan jarinya yang berbalut plaster itu. Rina menarik tangan Diyana dengan laju.
"Woii,sakitlah.Kau ni kalau nak tarik, tariklah slow slow. Kau ingat tangan aku ni batang penyapu nak tarik kuat kuat,"macam longkang betul mulut.
"Lantaklah batang penyapu ke apa ke. But,now cerita dekat aku apa jadi," bersungguh-sungguh pula si Rina ni. Diyana memandang Rina dengan jelingan maut.
"Betul kau nak tahu ni?"
"Iyelah Cik Diyana Irdina oii," Rina memang tak pandai nak sabar.
"Macam ni...."panjang betul 'ni' dia tu.
"Macam ni,macam ni.Cerita tu tak. Cepatlah Dee,"kata Rina lagi.
"Macam ni.... tunggu lepas aku solat dan mandi. Nanti aku cerita dekat kau okay.Tu pun kalau aku rasa nak ceritalah. Bye,"Diyana meninggalkan Rina yang tidak puas hati itu.
"Jahat punya sahabat!!Hang tengoklah nanti Diyana Irdina!!Esok hang masak sendiri!Jangan minta tolong aku!!" jerit Rina kepada Diyana.
Di dalam bilik,Diyana sudah ketawa terbahak-bahak dengan wajah tidak puas hati sahabatnya itu.
Diyana mencapai tualanya di tempat sidai lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Solat maghrib ditunaikan setelah selesai mandi.
Dia merebahkan badannya di atas katil kesayangannya itu. Tiba tiba notifikasi telefonnya berbunyi menandakan seseorang mesejnya.
Tertera nama Si Mr.Kerek iaitu Riyaz.
Si Mr Kerek
Dee,thanks tolong aku.Kalau kau takde memang kena kahwin paksa lah aku jawabnya.
Well,this is Diyana Irdina lah.But
wait,kau cakap kau kena kahwin paksa?but kenapa kau libatkan aku dalam hal kau?Si Mr Kerek
Perempuan yang mama aku nak kahwinkan dengan aku tu gedik gila nak mampus.So, daripada aku kahwin dengan dia baik aku pilih kau. And...And what?Kau ni boleh tak cakap sampai habis.
Si Mr Kerek
Mama aku suruh kahwin dengan engkau.Bagai gugur jantung Diyana dengan ayat Riyaz yang terakhir tu.
Riyaz,depan pintu pagar saya SEKARANG!!!!
Garang betul Diyana malam tu. Rina melihat Diyana yang keluar rumah hanya memerhati di sebalik langsir.
Lelaki itu sudah menunggunya di hadapan pagar. Nasib baik Tengku Hannah sudah pulang ke rumahnya. Bolehlah aku tumbuk tumbuk je muka lelaki ni.
"Perlu ke?,"Diyana bersuara dengan getaran. Entah kenapa dia berasa marah sangat pada Riyaz.
"Yes,"dengan tenang lelaki itu menjawab persoalan Diyana. Dia tidak memandang wajah Riyaz namun hanya menundukkan wajahnya.
"Tapi kenapa saya?"tanya Diyana lagi.
"Sebab aku tak cintakan perempuan tu,"masih sama nada lelaki itu. Tenang dan selamba.
"Tapi awak pun tak cintakan saya, Riyaz,"nada suara Diyana sudah kendur.
"Tapi aku rasa kau yang layak dari perempuan tu,"
"Riyaz,saya tahu yang awak tahu masalah saya. But,jangan paksa diri awak sebab nanti awak akan terluka," Riyaz tahu bahawa Diyana juga mempunyai masalah seperti dia. Ibu dan ayah Diyana ingin tunangkan Diyana dengan pilihan mereka disebabkan Diyana masih tidak mempunyai calon.
"Dee,kau dengar sini. Kau rela hidup dengan seseorang yang kau tak cinta and kau lepaskan seseorang yang kau cinta?"pertanyaan Riyaz cukup membuatkan Diyana mahu mengalirkan air mata. Tak,dia tak sanggup.
"Dee,aku tak suka tengok kau sedih sebab benda ni. Aku tahu hati kau sakit. Tapi aku nak kau tahu juga yang hati aku lagi sakit tengok kau macam ni.Kau buat aku betul betul rasa bersalah,"kata kata terakhir Riyaz cukup membuatkan dia terkesima. Seolah-olah bukan Riyaz yang berada di hadapannya itu.
"Please,kau terima pinangan aku. Mama aku dah bagi pilihan sama ada aku pilih kau atau Fasha.Dan jawapan aku adalah kau,"walaupun jawapan Riyaz bukan disebabkan cinta tapi dia berasa sungguh gembira. Adakah crushnya bakal menjadi suaminya?
Apasal awal sangat aku rasa...HAHAHAH.. Sorry kalau tak suka.Uhukkss..Buat nikah awal sebab ada banyak rintangan diaorang nanti.Nantikan je lah okayyyhh..
Jangan lupa VOTE
Jangn lupa COMMENT
Jangn lupa SHARE kat kawan kawan hangpa semua.Selamat membaca!!!😊
YOU ARE READING
Kekasih Halal Mr Kerek [COMPLETED]
Romance"Memang taklah aku nak kahwin dengan kau. Mulut dahlah macam longkang pecah nasib muka je cantik tapi perangai kalah beruk atas pokok"-Tengku Riyaz Aydan "Amboi,banyak cantik mulut awak kutuk saya. Awak ingat saya nak sangat kahwin dengan awak. Dasa...