𝑭𝑰𝑹𝑺𝑻 𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 𝑶𝑭 𝑹𝑶𝒀𝑨𝑳 Kisah cinta antara seorang putera raja dan puteri raja? Ah, pastinya bukan. Ini kisah seorang kanak-kanak berdarah diraja. Prince Dyian Axel nama diberi, seorang putera raja yang berumur sembilan tahun. Dia nakal. Hobinya membuli. Memporak-perandakan istana adalah kemahiran terulungnya. Membuatkan sang raja murka adalah kekuatannya. Sampai terpaksa telan panadol setiap malam. Dyian. Rekod tertinggi memiliki bekas pengasuh teramai masih dipegang olehnya. Dyian Axel. Satu persatu pengasuh yang menjejak kawasan istana dengan senyuman pasti akan pulang dengan kekecewaan. Tidak tahan dibuli kata mereka. Dyian terlalu nakal. Luar biasa sifatnya yang satu itu. Tidak terjangka! "Nama akak Iryana. Akak akan jadi pengasuh Dyian mu--" "Akak? Hey. Kau bukan kakak aku. Jijik aku dengar." Menjadi pengasuh baru kepada Dyian adalah cabaran terbesar baginya. Menjaga Dyian bagaikan menjinakkan haiwan buas. Egonya lagi tinggi daripada lelaki dewasa. Setiap hari dirinya dibuli. Ada saja kenakalannya. Kalau ikutkan hati, dah lama dia angkat kaki daripada bangunan mewah itu. Sehingga, satu perjanjian kanak-kanak dibuat. "Kalau akak boleh bertahan dekat sini selama seminggu, Dyian kena dengar semua kata-kata akak. Deal?" "Heh. Kacang je. Deal." Dalam seminggu, Iryana perlu hadap apa saja kelakuan nakal Dyian padanya. Apakah dia mampu bertahan daripada serangan budak kecil yang berketinggian 150 cm tersebut? Apa dia akan tumpas dalam perjanjian yang dia sendiri buat? Apa reaksi Dyian jikalau dia dapat bertahan di situ? Atau, hanya perjalanan pulang mengiringinya nanti? Start : 11 Mei 2019 End : 28 Julai 2021 P/S : Saya tulis masa zaman ribena. Jangan diambil pusing dengan ayat lintang pukang.