Beberapa tahun kemudian...Aku membuka mata apabila loceng daripada telefonku berbunyi. Tanganku digagahkan untuk diangkat dan mengambil telefon yang terletak di meja lampu betul-betul di sebelah katilku.
6:00 pagi.
Aku melihat ke arah siling untuk beberapa detik. Urgh.. awalnya. Aku tak biasa bangun dari tidur pada waktu seperti ini.
Tak apa Taehyung, kau boleh!
"ARGH" Aku terus bangkit dari pembaringan dan terus bergerak ke tandas.
Pili air dibuka dan perlahan-lahan tanganku didekatkan ke arah aliran air. Sebaik sahaja tanganku menyentuh air, cepat-cepat aku menariknya kembali.
Woh, sejuknya!
Fuh.. Tak apa Taehyung, gwenchana... Kau boleh!
Setelah berfikir beberapa kali, aku pun membuat keputusan untuk redah saja.
"WARGHGHHHHHH"
~~~~~~~~
"A... Allahuakbar." Berkerut-kerut keningku ketika cuba untuk memasukkan niat Subuh sambil menyebut kalimah takbir. Sudah banyak kali aku berlatih, tapi tak masuk-masuk lagi.
Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya aku berjaya untuk masuk ke dalam solat.
Bacaan surah merdu yang dialunkan oleh imam masjid Seoul menjadi halwa telingaku saat ini.
Segala urusan duniawi aku letak ke tepi, demi mencapai tujuan sebenar ibadah solat; iaitu berbicara dengan TUHAN. Walaupun tidaklah sempurna bacaan aku, hatta pergerakan solatku juga masih lagi kekok. Namun aku mahu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi hamba yang soleh Dan taat.
Aku ingin memastikan agar setiap perkara yang aku buat hanyalah untuk Allah. Itu adalah matlamat aku ketika aku tekad membuat keputusan untuk menerima agama yang suci ini.
Selesai solat berjemaah, kami semua bersalaman. Para jemaah di masjid ini sungguh mesra dan baik. Mereka semua banyak membantu aku memahami dan mempelajari perkara tentang Islam.
Selesai semuanya, aku pulang ke rumah untuk bersiap-siap ke tempat kerja. Harini aku ada mesyuarat bersama pengara-pengarah syarikat lain yang ingin berkolaborasi dengan syarikat aku.
Sedang sibuk aku mundar-mandir, bahu aku terlanggar rak buku. Menyengat sakitnya, buku-buku yang tersimpan di situ turut berterabur di lantai.
Aku melepaskan keluhan lalu mengutip buku-buku tersebut. Secara tiba-tiba, sehelai kertas kecil berupa sticky note terluncur keluar daripada salah satu buku.
Aku meletakkan buku-buku yang telah dikutip ke atas rak lantas menunduk kembali untuk mengambil sticky note itu.
Sebaik sahaja mata aku jatuh ke atas isi sticky note tersebut, Sebuah memori terlayar semula di minda. Pantas sahaja minda aku teringat akan si 'dia', orang yang sangat aku rindu sejak dua menjak ini.
Sudah lama aku tidak mendengar khabar si 'dia'. Sejak aku menghilangkan diri dari rumah mereka beberapa tahun dahulu.
Aku...
Tidak tega untuk memunculkan diri di hadapan 'dia'.
Semuanya disebabkan oleh detik hitam yang terjadi akibat diriku.
~~~~~
YOU ARE READING
SHE : THE MEET | KTH°
FanfictionAn Islamic short story Fanfiction by sopeah . . . . . . Pertama kali aku melihat wajahnya, aku berasa benci. Kali kedua lihat, rasa kasihan. Dan pada kali ketiga, aku jatuh cinta. Apa ni? Aku keliru. -kth . . . Status: On-going Started: 6/6/2020 End...