8

38 5 9
                                    


Matahari yang membahang pada tengahari itu membakar kulit kami. Sorakan demi sorakan dari setiap rumah sukan bergema dengan semangat sekali. Aku memandang semua saingan aku yang berada di garisan mula. Masing-masing sudah mula fokus dengan matlamat untuk menjadi juara di dalam lumba lari 800 meter ini. Dan aku juga tak mahu melepaskan peluang untuk menjuarai pertandingan ini.

Aku mencuri pandang pada Hannah yang berada di bahagian rumah biru. Dia seorang saja yang memakai pakaian yang menutupi seluruh badannya. Tak panas ke? Kami semua yang pakai baju pendek dan seluar pendek ni pun menggelupur, dia tu?

Tapi kawan-kawannya sangat prihatin dengan Hannah. Masing-masing bergilir-gilir mengipaskan Hannah walaupun dia berkali-kali menolak. Hmm.. mesti korang tertanya-tanya macam mana aku tau semua tu kan?

Ehem.. ehem.. aku tengok ehem... Hannah banyak kali ehemm... Uhuk uhuk..

Okey, korang tak dengar apa yang aku cakap.

AKU TAK JATUH CINTA KAT HANNAH OKAY?

"Baiklah, semua bersedia?" Pengadil berdiri di tepi litar dengan tangan kanan yang terangkat di udara. Kami semua menyahut dengan suara jantan yang bersemangat dan ia membuatkan semua gadis fangirling.

"3,

2,

1! Go!" Kami semua memulakan larian. Memecut di atas litar melawan angin. Sorakan dari rumah sukan aku masuk ke dalam telinga membuatkan aku bersemangat.

"TAEHYUNG BIRUUUUU
TAEHYUNG BIRUUUUU
OYEYEHHH"

Biru pun biru lah..

~~~~~~~~~

Peluh didahi diseka dengan tuala. Angin yang dikipas oleh Jungkook dan Jimin langsung tak membantu. Dok kipas aku macam sotong kering, aku karate leher sekor-sekor.

"Woy, kipas la kuat sikit. Juara tengah panas ni." Kata aku dengan angkuh. Jimin dan Jungkook mencebik menyampah dengan kata-kata aku.

Secara tiba-tiba..

"KYAAA TAEHYUNGG COOLNYA AWUCKS SAYE FANS AWUCKS TAHUEE" Ramai perempuan menyerbu aku dan mula menghulur air, tuala, kipas, dan macam-macam lagi. Kembang kempis hidung aku menahan rasa bangga yang menggunung. Aku membiarkan mereka mengelap peluh dan mengipaskan diri aku.

Korang boleh bayang tak perasaan aku sekarang ni? Perasaan seorang lelaki yang dikerumuni ramai budak perempuan?

Mungkin korang tak faham kot sebab aku tau ramai yang baca ni perempuan. HAHAHA.

Sedang aku dilayan mereka semua,
Aku terperasankan Hannah dan rakan-rakan melintasi kami.

Wajah Hannah nampak sedikit pucat. Aku tak tau kenapa. Ikutkan hati aku, aku nak bangun dan bertanya pada Hannah. Tapi aku terlalu segan untuk bertanya memandangkan ramai manusia sedang berada di sini.

Secara tiba-tiba Hannah berhenti sambil memegang kepala. Kawan-kawan Hannah mula bereaksi cemas.

Hannah rebah ke tanah.. Ramai orang berkerumun... Hannah tak sedarkan diri..

Tanpa menunggu lama, aku terus menerpa ke tempat kejadian. Rasa risau menikam-nikam hati aku.

Baru sahaja aku ingin mendekati gadis itu, seorang lelaki sudahpun menggendong Hannah di belakang badannya. Wajah lelaki itu langsung tidak dikenali. Tapi yang aku tahu, wajah dia lebih cemas dari orang lain di sini.

Dengan pantas dia membawa Hannah ke bilik guru disusuli rakan-rakan Hannah. Guru-guru menenangkan kami semua dan menyuruh kami semua duduk di tempat masing-masing.

Aku masih berdiri kaku. Bagaikan orang bingung yang tidak tahu apa yang terjadi.

Bahu aku ditepuk perlahan membuatkan aku menoleh.

"Apa jadi tadi?" Tanya Jimin terpinga-pinga. Sewaktu aku dikerumuni gadis tadi Jimin dan Jungkook terus pergi entah ke mana.

Mulut aku terus terkunci.

~~~~~~~~~

SHE : THE MEET | KTH°Where stories live. Discover now