Sejarah.BOSAN..
Pensel di tangan dimain-mainkan dengan jari. Sesekali mata aku menjeling jam dinding di hadapan kelas. Lambatnya jam ni bergerak.
Cepatlah sikit woi.
Aku mengerling pula pada pelajar perempuan yang duduk di depan aku, Jihye. Dari tadi aku tengok dia ni resah semacam. Kejap-kejap pensel jatuh, lepastu pemadam pula jatuh. Dah kenapa dia ni? Kalau nak terkucil pergi jelah minta kat cikgu. Apa susah?
Serabut aku tengok.
Secara tiba-tiba seorang guru mengetuk pintu kelas dengan laju.
Oh yes!
Ada mesyuarat guru ke? Baguslah. Aku sudah bersedia menutup buku sejarah dan berura-ura untuk memasukkannya ke dalam beg.
Guru itu masuk. Wajah guru itu nampak cemas. Dia berbisik sesuatu kepada guru matapelajaran sejarah kami.
Dan secara tiba-tiba, Jihye bangun secara mengejut sehingga menyebabkan kerusinya bergeser dengan kuat. Kami semua memandangnya yang sudah mengemas barang dengan kalut. Habis berterabur semua barangnya.
Aku tak nampak muka dia, tapi aku dapat dengar isakan kecil darinya. Kenapa pula ni?
Guru yang masuk tadi terus mendekatinya dengan pandangan simpati.
"Gwenchana Jihye.." Guru itu menenangkannya dan mengemaskan barang-barangnya dibantu oleh Moona, rakan tempat duduk sebelah Jihye.
"Nampaknya omma dah pergi. Semoga omma dapat ke syurga.." Kata Jihye perlahan, namun dapat didengari aku.
Dan serta-merta aku tersentak. Jantung aku bekerja lebih dari sepatutnya. Perasaan risau dan resah mula menyerang.
Di dalam fikiran aku terus terfikirkan omma.
~~~~~~~
YOU ARE READING
SHE : THE MEET | KTH°
FanfictionAn Islamic short story Fanfiction by sopeah . . . . . . Pertama kali aku melihat wajahnya, aku berasa benci. Kali kedua lihat, rasa kasihan. Dan pada kali ketiga, aku jatuh cinta. Apa ni? Aku keliru. -kth . . . Status: On-going Started: 6/6/2020 End...