"AKU KAN DAH CAKAP JANGAN DATANG" Aku dan Jungkook tayang sengih kepada Jimin yang menggelabah apabila nampak kami terpacak di depan pagar rumahnya pada awal pagi. Mata Jimin membulat dengan mulutnya terlopong. Mesti dia terlampau terkejut."Well, kau kenal kitorang Jimin. Infact, the three of us were stubborn as hell. So, tak perlu terkejut sangat." Kata Jungkook sambil menyilangkan tangan ke dada sambil tayang wajah angkuh. Aku sep tangan Jungkook lalu serentak kami ketawa.
Jimin merengus kecil dengan wajah masam. Baru saja dia ingin membalas, ommanya muncul.
"Eh, Taehyung dengan Jungkook pun ada? Jemputlah masuk. Ahjuma ada masak sarapan." Ajak Puan Park dengan mesra. Aku dan Jungkook menerima pelawaan Puan Park dengan senang hati. Jimin pula masih lagi dengan riak tidak puas hatinya. Namun diendahkan dan aku menariknya masuk sekali.
Banyak yang kami borakkan. Lebih banyaknya tentang Jimin sewaktu kecil. Seronok betul Puan Park bercerita kepada kami berdua.
"Omma.. apa ni cerita pasal Jimin waktu kecil? Malulah.." Ujar Jimin dengan nada berbisik. Namun masih didengari kami berdua.
"Apa salahnya sayang? Kamu pun dah nak pindah. Inilah yang nanti Taehyung dengan Jungkook akan ingat tentang kamu. Kan?" Aku dan Jungkook mengangguk laju dengan kenyataan puan park. Seronok kami berdua menyakat Jimin.
Usai makan, aku dan Jungkook membantu Jimin memasukkan barang-barang ringan seperti pakaian-pakaian, makanan, buku-buku dan pinggan mangkuk ke dalam van yang terletak di hujung jalan. Puan Park pula sedang mengahabiskan sisa-sisa kerja di rumah itu.
Sekarang ini, aku sedaya upaya menahan rasa sebak yang bertandang sejak tadi. Berlagak cool seperti tiada apa yang berlaku dan memaksa diri untuk membuat lawak bodoh. Aku tak mahu Jimin berasa yang perpindahannya sesuatu yang sia-sia.
Dia berpindah untuk membantu Puan Park, ommanya. Jadi tiada istilah sia-sia di dalam perpindahan ini.
Ada jodoh, kami pasti akan berjumpa.
Pasti!
"Jimin!" Kami bertiga menoleh ke arah punca suara. Pelik juga kerana ia suara perempuan.
Aku terkejut apabila ternampak tiga orang perempuan sedang menuju ke arah kami bertiga. Dan diantara mereka ialah Hannah. Apa mereka buat di sini?
"Betul ke awak nak pindah, Jimin?" Salah seorang dari sekumpulan perempuan itu berdiri di hadapan Jimin, Nara namanya.
"Err.. ya.. kenapa?" Tanya Jimin kekok. Dia menggosok belakang tengkuknya akibat rasa janggal.
Nara memarahi Jimin kerana tidak memberitahunya awal. Kemudian perbualan mereka berterusan dengan beberapa soalan dari Nara dan jawapan dari Jimin. Aku malas nak memperincikannya sebab nanti readers bosan pula.
Aku membuang pandang kepada Hannah yang sedang berdiri di sebelah Dahye. Mereka berdua turut memerhati Jimin dan Nara.
Seketika kemudian Hannah memandang aku. Aku mengangkat kening, menghantar isyarat 'kenapa dengan Nara tu?'. Hannah hanya tersenyum sambil angkat bahu. Tidak menjawab soalan aku.
Ish, selalu macam ni.
"Saya suka awak, Jimin." Mata aku terbuntang mendengar luahan hati Nara. Jimin dan Jungkook apatah lagi.
"A.. awak suka saya?" Jimin menyoal kembali dengan pipinya yang memerah kecil. Heh, nampaknya cinta kau dah berbalas Jimin. Aku tersengih kecil.
Drama bersambung lagi dengan Nara berharap yang mereka dapat berjumpa lagi. Jimin mengatakan yang dia tidak dapat berjanji, namun sebaliknya takdir sahaja yang dapat menemukan mereka.
"Bye bro. Jangan jumpa dengan aku selagi kau tak jadi peguam!" Gurau aku sambil menumbuk bahu Jimin. Jimin tersengih kemudian membuat gaya menabik.
"Kau tengok lah nanti. Aku pasti akan jadi peguam." Dengan penuh keazaman Jimin berkata-kata. Puan park yang berdiri di tepi pintu van tersenyum. Aku ternampak mata Puan Park bergenang dengan air mata.
"Ahjuma jangan risau. Kitorang tak akan rindu Jimin. Dia ni budak menyusahkan!" Aku melawak sambil pura-pura ketawa. Kenyataan aku membuatkan semua yang di situ ketawa. Puan Park mencubit lengan aku perlahan.
"Pandailah kamu ni Taehyung."
Selepas melambai Jimin, aku pandang Jungkook. Mata dia bergenang dengan air mata.
"Kau nangis ke kook? Ahaha! Tak gentle langsung!" Aku menepuk bahu Jungkook kasar. Sejujurnya aku pun sedang menahan air mata.
"Kau pun nangis jugak tae! Cakap orang je!" Kepala aku disekeh oleh Jungkook yang sedang berjuraian air mata. Aku ketawa dengan mata yang turut berair.
Aku akan rindu semua ini.
Semoga kita dapat bertemu lagi..
~~~~~~~~~~~
YOU ARE READING
SHE : THE MEET | KTH°
FanfictionAn Islamic short story Fanfiction by sopeah . . . . . . Pertama kali aku melihat wajahnya, aku berasa benci. Kali kedua lihat, rasa kasihan. Dan pada kali ketiga, aku jatuh cinta. Apa ni? Aku keliru. -kth . . . Status: On-going Started: 6/6/2020 End...