•~~~~~~~~~~•
Suasana kawasan perumahan sejuk dan sunyi lantaran malam yang semakin lewat. Aku berjalan terhuyung-hayang seorang diri dengan kepala yang berpinar di dalam kepekatan malam itu. Sesekali kedengaran sedu keluar dari mulut.
Semua ini kerana Jungkook dan kawan universiti ku yang lain membelanjaku makan sempena berita aku diterima bekerja di satu syarikat. Makanan semua mewah belaka.
Memandangkan kami semua sudah mencecah 21 tahun, sudah pastilah ada soju turut terhidang. Itu adalah pertama kali aku meneguknya.
Pada awalnya aku menolak kerana melihat orang lain yang minum di situ mabuk belaka. Namun setelah dipujuk, aku pun bersetuju untuk minum segelasss saja.
Heh, segelas..?
Selepas segelas, mereka menuang lagi. Dan lagi, dan lagi. Sehingga kami semua benar-benar mabuk setelah berbotol-botol habis.
Dan akhirnya, aku di di sini. Di rumah Hannah.
Entah mengapa, aku terasa ingin sekali bertemu dengan Hannah malam ini. Selepas beberapa ketukan, wajah Hannah terpacul dari pintu sliding biliknya.
"Taehyung? Apa awak buat di sini? Kenapa Tak ketuk pintu depan?" Tanya Hannah dengan hairan.
Sebaik sahaja Hannah bersuara, tanganku menolak sliding door lalu terus masuk. Hannah menjadi cemas dan cuba menghalang, namun aku sudah pun masuk dan menutup pintu.
"Apa awak buat ni Taehyung?!" Tanya Hannah separa menjerit. Dia sudah mula menjauh dari aku.
"Saya rindukan awak Hannah.." kataku dengan mabuknya. Aku mula mendekati Hannah dengan langkah yang tidak teratur.
"Ini bukan masa dan tempat yang betul Taehyung. Baik awak keluar." Hannah bersuara tegas. Sedikit nada gentar kedengaran.
Namun kata-kata Hannah langsung tidak dipedulikan kerana satu rasa sedang membuak-buak di dalam diriku taktala itu.
Fikiranku kini...
Hanya dipenuhi rasa 'inginkan' Hannah.
Suara fikiranku mula membisikkan perkara terlarang. Perkara yang tidak seharusnya aku lakukan kerana ia hanya akan menyebabkan kerosakan.
"Tolong keluar, Taehyung!"
Pengaruh alkohol yang kuat menyebabkan aku tidak dapat mengawal diriki. Hannah ditolak ke atas katil dan aku menindihnya. Hannah memukul dan menolakku sehabis daya, namun aku hanya tertawa.
Telekung yang dipakainya cuba untuk aku cabut namun dihalang keras olehnya. Dia menjerit memanggil orang tuanya tetapi sia-sia sahaja,
Kerana mereka semua tiada di rumah.
"Allah.." Kedengaran satu rintihan di telingaku dan ia membuatkan aku tersentak seketika.
"Allah... Taehyung saya mohon, saya tak sukakan ini.. Tuhan saya bencikan ini.. Tolong kawal diri awak.." Hannah merintih lagi sambil masih cuba menolakku.
Pada saat itu aku bagaikan tersedar dari kawalan fikiran jahat, serta merta air mata jatuh dari tubir mata.
Terus sahaja aku melepaskan Hannah dan berdiri jauh darinya yang sedang menangis. Rasa bersalah dan marah dengan diri sendiri bercampur-baur.
Tiada apa lagi yang aku mampu ungkapkan ketika ini. Lidah aku kelu lantaran rasa bersalah di dalam diriku.
Tanpa menunggu lagi, aku terus melarikan diri dari rumah Hannah. Tanpa diminta air mata menderu-deru keluar bersama esakan. Rambutku diserabutkan sehingga menjadi tidak terurus.
Aku tidak tahu bagaimana untuk memohon maaf darinya. Aku benar-benar menyesal.
•~~~~~~~~~~•
YOU ARE READING
SHE : THE MEET | KTH°
FanfictionAn Islamic short story Fanfiction by sopeah . . . . . . Pertama kali aku melihat wajahnya, aku berasa benci. Kali kedua lihat, rasa kasihan. Dan pada kali ketiga, aku jatuh cinta. Apa ni? Aku keliru. -kth . . . Status: On-going Started: 6/6/2020 End...