12

30 3 2
                                    

Tok! Tok!

Pintu bilik aku diketuk perlahan dari luar. Aku membuka mata. Bingung untuk seketika.

Buku, alat tulis dan kertas-kertas berselerak di atas meja. Kalkulator pun masih hidup.

Oh! Aku tertidur tadi sewaktu stay up! Aduhhh Taehyung! Kenapa kau tidur ni?!

Bunyi ketukan kembali kedengaran di pintu usang bilikku. Aku bingkas bangun dan membuka pintu. Sinaran lampu di ruang tamu membuatkan aku terpisat-pisat.

Dengan mata yang kabur aku nampak omma sedang berdiri di depan aku dengan secawan air di tangan.

"Taehyung dah mengantuk ke? Kalau dah mengantuk, tidurlah dulu. Jangan paksa diri sangat. Tak elok untuk kesihatan." Kata omma dengan nada risau. Aku menggeleng sambil tersenyum nipis.

"Tae okay la omma. Boleh lagi ni." Aku cuba meyakinkan omma.

Omma mengusap kepala aku kemudian secawan air coklat panas dihulurkan kepada aku. Aku menyambutnya dengan senang hati.

"Okaylah tae sayang... Belajar elok-elok ya? Tapi kalau mengantuk sangat, tidur je! Ingat tau?" Aku ketawa melihat omma yang terlebih risau. Aku hanya mengangguk-angguk saja lalu meminta diri untuk sambung belajar.

Sebaik sahaja punggungku dilabuhkan ke atas kerusi, coklat panas itu disisip perlahan. Aromanya membuatkan aku segar kembali. Cayalah omma!

Dengan penuh semangat waja, aku menyambung menelaah matapelajaran fizik yang tergendala. Rupa-rupanya, banyak juga yang aku terlepas selama ni.

Mana taknya, waktu belajar sibuk tidur, termenung, usik orang. Nampaknya aku sendiri yang terkesan pada akhirnya.

Aku sebenarnya agak pelik dengan diri aku sendiri. Pertama kali aku mempunyai niat untuk skor di dalam peperiksaan. Selama ni aku macam orang yang tiada tujuan hidup. Semuanya dibuat sambil lewa.

Markah corot bagaikan teman sejati sehidup semati. Bilik kaunseling bagaikan shopping mall. Pasti aku akan dipanggil kerana markah corotku. Namun semuanya bagai tiada kesan.

Tapi pada hari ini, aku bagai mendapat kesedaran untuk menggapai keputusan baik pada peperiksaan akhir tahun ini. Lagipula, ia adalah peperiksaan terakhir aku sebelum menjejakkan kaki ke alam dewasa.

Dan tujuannya hanya satu,

Untuk membuat omma bangga dan gembira dengan keputusan peperiksaan aku.

Sudah terbayang-bayang di hadapan mata wajah omma yang gembira dengan hadiah keputusan baik aku.

Ah, pastinya aku turut gembira melihatkan perkara itu. Mungkin air mata turut jatuh sekali kerana terharu.

Aku mengerling sebentar pada sehelai sticky note yang aku lekatkan di cermin tingkap bilikku. Senyuman kecil tersungging di bibirku.

___________________________

Semoga berjaya untuk menggapai keputusan yang awak impikan!
Saya tahu awak boleh, kerana sesiapa yang ada impian dan berusaha untuk mencapainya, pasti berjaya.
Walaupun awak merasakan ia mustahil bagai ingin mencapai bintang di langit, tidak. Awak boleh! Teruskan usaha..
Saya akan sentiasa doakan kejayaan awak.
-(^^)- 🌼
____________________________________________

Itu adalah kata-kata ucapan yang guru kelas kami arahkan untuk tulis, dan masukkan ke dalam kotak. Kemudian kami akan mengambilnya mengikut nasib.

Dan nampaknya nasib aku sangat baik, kerana aku mendapat ucapan dari Hannah.

Aku dapat merasakan keikhlasan di dalam ucapan itu walaupun aku tidak mendengar dia mengucapkannya di hadapan aku.

Terima kasih, omma...

Terima kasih, Hannah...

Terima kasih di atas segala-galanya..

~~~~~~~~~~~~~~~~













SHE : THE MEET | KTH°Where stories live. Discover now