Pagi itu kelas sangat riuh. Seperti biasa.
Dan orang yang membuatkan keriuhan itu semestinya aku, dan geng-geng aku.
Almaklum, geng aku memang bising. Huhuhu...
"Kelas! Sila beri perhatian!"
Itu adalah ketua kelas aku yang skema memanjang, dan juga mangsa bulian kami, Kim Seokjin.
Malas untuk melayan si Seokjin, kami semua meneruskan aktiviti riuh berjemaah kami. Tengoklah muka Seokjin yang geram tu. Lawak lawak.
BANG! Secara tiba-tiba meja guru diketuk kuat. Terdiam kami semua. Rupa-rupanya guru kelas kami, encik Min sudah tercongok di hadapan kelas.
"Dah berapa kali saya bagi peringatan, sila hormat dengan ketua kelas kamu." Encik Min bersuara tegas. Namun kami kan cool. Lek lek sudah.
"Saya minta supaya kamu semua berkelakuan baik dan beretika sebab kita ada pelajar baru dari luar negara yang akan masuk. Jangan buat dia rasa rendah diri kerana dia mempunyai perbezaan agama dengan kita." Satu kelas terdiam dengan kata-kata Encik Min. Perbezaan agama? Agama apa? Ya, aku pasti persoalan itulah yang berlegar di dalam kepala kami semua.
"Agama apa cikgu?" Seorang pelajar perempuan bertanya. Hei, menyibuk betul lah dia ni. Jaga tepi skirt sendiri lah.
"Pelajar baru ni beragama Islam. Saya tahu yang kita tak pernah ada pelajar Islam di sekolah ini. Jadi, tolong hormati apa sahaja perkara tentang agamanya dan sila beramah mesra dengan dia. Dan ini adalah amaran keras, jangan sesekali membuli dia." Aku dapat rasakan yang amaran tu khas untuk aku dan geng aku. Ye lah, setiap kali ada pelajar baru masuk mesti kami sudah melancarkan kempen membuli.
Jangan risau cikgu. Kami akan buli dia juga.👿
Encik Min menggamit tangannya memanggil seseorang yang berada diluar kelas. Pelajar tersebut pun masuk dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.
Heh, tak lama lagi hilanglah senyuman kau.
Mata aku mula menganalisis pemakaian gadis itu. Di atas kepalanya macam pakai selendang. Bajunya pula berseragam sekolah seperti kami, namun skirtnya labuh hingga ke lutut. Di dalam skirtnya pula tersarung seluar hitam yang agak longgar. Tak nampak bentuk kakinya.
Bibir aku tersungging senyuman nakal. Hmm... menarik betul mangsa kami kali ni.
~~~~~~~~~~~
YOU ARE READING
SHE : THE MEET | KTH°
FanfictionAn Islamic short story Fanfiction by sopeah . . . . . . Pertama kali aku melihat wajahnya, aku berasa benci. Kali kedua lihat, rasa kasihan. Dan pada kali ketiga, aku jatuh cinta. Apa ni? Aku keliru. -kth . . . Status: On-going Started: 6/6/2020 End...