Rintik-rintik hujan yang mengalir di cermin bas ditatap dengan mata yang kuyu. Fikiran aku melayang tanpa hala. Termenung kosong.Pun begitu, aku sedang berasa sangat berdebar.
Apalah reaksi yang akan aku dapat apabila aku sampai di sana. Tuhan, bantu aku bertenang. Aku ingin membetulkan keadaan.
Sebaik sahaja bas berhenti di stesen, aku terus turun dan duduk berteduh di bawah bumbung stesen. Sengaja aku menggunakan perkhidmatan awam yang sungguh "efisyen" ini kerana sudah terlalu lama aku tidak menaikinya.
Hmm, aku rasa itu hanyalah satu alasan untuk melambatkan perjalanan ini. Sungguh, aku belum bersedia! Namun digagahkan juga hati kerana aku sudah pun berjanji. Lagipun aku tidak mahu dianggap tidak mengenang budi kerana langsung tidak menjenguk mereka selama lima tahun. Mimpi yang aku dapat juga membuatkan aku bernekad untuk kemari.
Mungkin ini adalah petunjuk dari tuhan untuk aku meneruskan niatku.
Langkah diatur ke alamat yang tertera di skrin telefon pintar setelah hujan reda. Mata melilau ke sekitar kawasan yang aman dan hijau ini.
Hati aku diselubungi sebak apabila melihat suasana tempat tinggal asalku yang sudah lama aku tinggalkan. Memori-memori aku bersama omma menjengah ke minda satu-persatu. Mataku berkaca-kaca apabila memori manis dan pahit bersama omma diingat kembali.
Kaki aku melangkah masuk ke dalam tempat pemakaman yang menempatkan abu omma. Aku masih ingat lagi kedudukan omma; iaitu di bahagian tepi tingkap kaca yang menghadap ke arah pemandangan yang aman. Ruang yang menempatkan omma kelihatan bersih seperti diselenggara setiap hari. Terdapat juga bunga-bungaan dan wangian yang diletakkan di sekeliling bekas omma. Mungkin sahabat lama omma yang rajin kemari.
Suasana senyap sunyi di tempat pemakaman memberi aku ruang untuk menghadiahkan al-fatihah kepada omma dengan aman.
'Omma, tae dah balik dengan berjaya sekarang. Tengoklah, sekarang tae sudah menjadi seorang bussinessman yang berjaya. Omma bangga tak dengan tae?' Bisik aku perlahan. Di dalam hati, perasaan rindu yang bergelojak membuatkan air mata hampir terkeluar mengelus pipi. Namun aku tahankan kerana aku tidak mahu Omma disana bersedih melihatku.Setelah beberapa ketika berada di tempat pemakaman, aku pun bangun dengan bersedia untuk memunculkan diri di rumah umi dan abi. Rasa galau yang bertandang di hati sejak beberapa minggu kebelakang ini aku cuba tepis jauh-jauh. Ya, matlamat aku kemari hanyalah untuk menziarahi keluarga yang banyak membantu aku ketika susah dahulu. Itu sahaja. Aku juga bernekad untuk tidak berlama-lama di sana kerana aku akan menginap di mana-mana hotel bajet berdekatan.
Langkah demi langkah, aku akhirnya sampai di hadapan rumah lot yang mempunyai halaman lapang. Liur diteguk lalu loceng rumah ditekan.
Tiada jawapan.
Aku mencuba nasib lagi, namun masih sepi.
Baiklah, ini yang terakhir. Jika tiada jawapan juga, aku akan terus pulang.
"Encik siapa?"
----------------------------------------
![](https://img.wattpad.com/cover/228240612-288-k76183.jpg)
YOU ARE READING
SHE : THE MEET | KTH°
FanfictionAn Islamic short story Fanfiction by sopeah . . . . . . Pertama kali aku melihat wajahnya, aku berasa benci. Kali kedua lihat, rasa kasihan. Dan pada kali ketiga, aku jatuh cinta. Apa ni? Aku keliru. -kth . . . Status: On-going Started: 6/6/2020 End...