Bilik pemakaman sunyi. Hanya aku seorang yang tinggal seiringan dengan waktu yang sudah menginjak ke lewat petang.
Dari awal pagi aku duduk di sini. Langsung tidak berganjak. Orang-orang yang datang mengucapkan takziah hanya disambut dengan senyuman hambar dan terima kasih dariku. Tidak ramai pun yang datang. Omma hanya sebatang kara, tiada adik-beradik. Hanya jiran terdekat dan majikan omma saja yang hadir.
Keputusan peperiksaan aku yang masih belum dibuka terletak elok dihadapan gambar omma. Aku sudah tawar hati untuk membukanya.
Secara tiba-tiba, seorang manusia masuk dan meletakkan bunga di gambar omma. Aku hanya menunduk tanpa melihatnya. Tiada rasa untuk bertegur sapa.
Aku berkira-kira untuk beredar kerana tempat ini bakal melabuhkan tirai. Sebaik sahaja aku bangkit, aku bagaikan tersentap melihat susuk yang sedang berdiri di hadapan aku.
Macam mana dia tahu?
Aku hanya mendiamkan diri. Mulut aku terkunci dan tidak mahu berkata-kata. Aku hanya mampu menatap wajah itu dengan wajah aku yang muram. Waima segaris senyuman kecil pun aku tidak mampu ukirkan.
"Taehyung.." Dia mula bersuara dengan wajah yang risau. Kedua belah tangannya dia genggam.
Lama si dia diam sebelum dia mula bersuara.
"Awak dah makan?"
Aku menggeleng kecil. Sejak semalam lagi perut aku dibiarkan kosong. Selera aku sudah mati seiringan dengan berita pemergian omma.
"Kalau macamtu, jom." Secara tiba-tiba bahu aku dirangkul dari arah belakang dan aku dibawa keluar dari situ diikuti Hannah. Aku terpinga-pinga dengan situasi in seraya menoleh melihat gerangan yang merangkul bahu aku itu.
Hafiz? Apa dia buat di sini?
"N.. nak pergi mana ni?" Aku melepaskan rangkulan itu apabila kami sampai di hadapan sebuah kereta. Hannah dan Hafiz saling berpandangan sebelum masing-masing tersengih padaku.
"Kita nak pergi rumah diorang." Secara tiba-tiba Jungkook pula yang muncul entah dari mana. Eh, bukan dia dah balik ke tadi?
"Tapi--"
"No excuse."
Tanpa amaran, tubuh aku ditolak masuk ke dalam kereta dan sekelip mata kami semua sudah berada di atas highway. Aku hanya mendiamkan diri dengan otak yang masih kebingungan.
Jungkook di sebelah dijeling dengan ekor mata. Kemudian Hannah dan Hafiz di depan turut dikerling. Apa ni? Aku tak faham.
Sedar tak sedar, kami berempat sudahpun berada di meja makan dengan makanan yang sudah terhidang di atas meja. Ibu bapa Hannah menyambut mesra kedatangan aku dan Jungkook. Kami berdua dihadiahkan pelukan hangat dari ayah Hannah.
Sungguh mesra layanan mereka membuatkan aku terharu. Hati aku sedikit terubat melihat keluarga ini.
Ibu bapa Hannah banyak bertanyakan perihal diriku. Mereka sangat mengambil berat tentang diriku walaupun kami tidak pernah bersua muka. Dan akhirnya mereka menawarkan supaya aku dan Jungkook tinggal untuk semalam. Katanya kerana sudah lewat malam.
Aku ingin menolak, namun cepat sahaja Jungkook menerima tanpa menunggu persetujuan diriku.
Malam semakin lewat. Jungkook yang tidur di sebelah aku dikerling sekilas. Lena betul dia tidur. Berbeza dengan diriku yang masih tidak dapat menutup mata. Fikiran aku masih asyik memikirkan omma.
Memori-memori manis yang hanya berusia beberapa bulan kebelakang ini terlayar satu persatu di minda. Sehingga aku tidak sedar yang aku sudah mula mengalirkan air mata. Aku sekadar membiarkan air jernih itu mengelus pipi.
Secara tiba-tiba aku mendengar bunyi percakapan dari luar bilik. Tidak berapa jelas, namun cukup untuk aku tahu yang mereka sekeluarga sudah bangun.
Apa mereka buat pada waktu ini? Jam di dinding dikerling.
3:15 pagi. Awalnya.
Seketika kemudian, dengan perasaan ingin tahu aku bangkit dari pembaringan lalu pintu bilik dikuak sedikit. Bahagian ruang tamu yang diterangi lampu malap membantu aku melihat dengan lebih jelas.
Mereka semua sedang buat apa tu? Pergerakan mereka semua serentak dan bacaan ayat yang asing turut kedengaran.
Walaupun aku sedang berasa pelik, namun hati aku dijentik rasa tenang. Lebih-lebih lagi dengan bacaan merdu yang dialunkan oleh ayah Hannah.
Bacaan ini..
Bacaan yang sama aku dengar dari Hannah beberapa bulan sebelum ini. Bacaan yang membuatkan aku terbuai dengan rasa ketenangan.
Tanpa aku sedar, aku sudahpun duduk di atas sofa agak jauh dari tempat mereka. Menghayati bacaan itu.
Hati aku yang sedang perit dengan pemergian omma bagaikan terubat. Kepala aku terasa ringan.
Air mata jatuh lagi. Namun kali ini ia bukan air mata kesedihan. Aku tidak pasti mengapa aku menangis, namun aku hanya membiarkan saja ia mengalir.
"Eh, Taehyung? Kami ganggu Taehyung tidur ke? Maaf." Ayah Hannah nampak terkejut dengan kewujudan aku sebaik sahaja mereka habis. Cepat-cepat aku mengelap air mata seraya menggeleng. Senyuman kecil diberi.
"Saya yang patut minta maaf. Tiba-tiba je duduk sini. Maaf mengganggu.." Terasa malu pula kerana mengganggu aktiviti keluarga mereka. Aku menundukkan kepala.
"Umm.. Saya masuk dulu ye?" Aku bangkit selepas mereka menganggukkan kepala. Cepat-cepat aku masuk dan membaringkan diri semula ke atas katil.
Dengan kepala yang ringan dengan hati yang lapang, aku tersenyum kecil. Tenangnya...
Magis apa yang mereka sekeluarga lakukan? Jampi apa yang mereka alunkan? Sehingga aku menjadi tenang seperti ini?
Lama fikiran aku menerawang sebelum mata menjadi berat dan akhirnya aku sudah berlayar ke alam mimpi...
~~~~~~~~~~~

ANDA SEDANG MEMBACA
SHE : THE MEET | KTH°
FanfictionAn Islamic short story Fanfiction by sopeah . . . . . . Pertama kali aku melihat wajahnya, aku berasa benci. Kali kedua lihat, rasa kasihan. Dan pada kali ketiga, aku jatuh cinta. Apa ni? Aku keliru. -kth . . . Status: On-going Started: 6/6/2020 End...