4

46 6 2
                                    


Aku menjenguk melihat gadis baru. Yes! Dia duduk sorang. Kawan-kawan dia dah tak ada. Malah di sekolah sudah kurang pelajar kerana semua sudah pulang ke rumah masing-masing.

Aku dah siasat, gadis itu memang selalu pulang lewat. Tapi selalunya ada kawan. Harini tak ada.

"Hei, kau baca apa tu?" Kami menegur si gadis yang sedang membaca sesuatu. Entah apa yang dia baca sampai terlalu asyik. Kami perlu memanggil dia berkali-kali, baru dia sedar.

Dia memandang kami dan bertanya apa yang kami mahu. Dan seperti biasa, kami meneruskan projek mengusik kami.

"Boleh awak semua berhenti ganggu saya? Saya sedang sibuk." Kata-kata dia menampakkan yang dia mula rimas dengan kedatangan kami. Amboi, dah tunjuk belang nampak? Ini yang aku suka ni.

Kami mula mengusik barang di atas mejanya. Aku baru sahaja ingin menyentuh buku yang dia baca tadi, namun pantas sahaja dia mengambil buku tersebut dan memeluk buku itu. Erat.

"Hei, bagi." Aku mula menjangkaukan tangan untuk merampas buku itu. Dia terus menepis tangan aku dengan kuat sehingga aku terundur ke belakang.

Bibir aku mula mengukir senyuman nakal. Inilah yang aku nak. Aku nak dia melawan. Kemudian barulah aku dapat mengambil langkah seterusnya.

"Amboi, garang betul kakak kita ni." Aku ketawa besar diikuti dengan ketawa Jimin dan Jungkook. Dia mula mengemas barang-barangnya dengan pantas. Baru sahaja dia ingin pergi, Jimin dan Jungkook menghadangnya.

"Tolong, saya nak balik." Kata dia dengan tegas. Aku tersenyum sinis memandang ke wajah bersihnya. Dengan pantas aku merentap buku yang dilindunginya dari tadi. Nampaknya buku ini penting untuk dirinya, jadi ia adalah medium paling sesuai untuk membuat dia sakit hati dan marah. Ataupun lagi bagus kalau...

Dia menangis?

~~~~~~~~~~~~




SHE : THE MEET | KTH°Where stories live. Discover now