22

8 1 0
                                    

"H.. hafiz?" tanyaku gagap setelah aku dapat mengecam wajah itu. Pelbagai soalan muncul difikiranku kini.

" Kau ingat aku? Alhamdulillah!" Hafiz tertawa kecil lalu memelukku dengan mesra. Aku berasa sedikit kekok dengan tindakan Hafiz yang mesra. Namun aku masih juga menyambutnya kerana aku turut rindu untuk berjumpa dengan Hafiz. Teman lamaku yang mesra sama seperti Jungkook dan Jimin. Sudah lama kami tidak bertemu.

"Jom kita makan tengahari sama-sama. Aku dah lama tak berbual dengan kau." Ajak Hafiz dengan mesra. Aku tidak sanggup untuk menolak pelawaannya lalu aku hanya mengagguk.

"Taehyung, bila kau nak balik rumah kami? Umi dengan Abi dah lama tertanya-tanya tentang kau. Yelah, kau tiba-tiba saja menghilang tanpa khabar. Nak contact pun tak dapat." Tanya Hafiz sambil mengelap bibirnya yang sedikit comot.

"Insyaallah aku balik. Sekarang pun aku tengah sibuk dengan urusan pejabat aku." Jawab aku sekadar memberi alasan. Sejujurnya, aku tidak tega untuk pulang ke sana. Bukannya aku tidak merindui umi dan abi Hafiz yang sudah banyak membantuku seperti anak mereka sendiri. Aku cuma tidak sanggup dan berasa malu untuk menunjukkan muka setelah kejadian hitam itu.

Aku tahu ada kemungkinan yang mereka langsung tidak tahu tentang kejadian itu, namun aku rasa tidak layak untuk berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

"Aku harap kau betul-betul maksudkannya Taehyung. Umi dengan abi betul-betul rindu dekat kau. Dia orang pun mesti gembira bila dapat tahu tentang status agama kau, Taehyung. Tapi aku tak gesa kau. Tidak mengapa, ambillah sebanyak masa yang kau perlu untuk selesaikan urusan kau. Yang penting, kau wajib balik." Ujar Hafiz sambil tersenyum. Namun masih terselit sedikit desakan dari nada suaranya.

"Insyaallah." Itu sahaja yang mampu aku katakan kepada Hafiz ketika ini. Aku akan berusaha untuk pergi, namun biar Allah sahaja yang menentukan. Ya, itu yang sebaiknya.

Suasana sunyi melanda kami berdua. Masing-masing seorang melayan fikiran sendiri walaupun suasana restoran ini sedikit riuh.

"Hannah.. " Soalan aku yang terkeluar perlahan itu terhenti lalu aku mengalih topik. "Umi dengan abi sihat ke?"

Hafiz yang sempat mendengar soalan awal aku tadi tersenyum senget lalu tertawa kecil. "Umi dan abi alhamdulillah sihat..."

"Hannah pun sihat juga. Alhamdulillah kami semua okay." Hafiz menyambung sambil tersenyum mengusik. Aku hanya mampu berdehem kecil untuk menutup malu.

Kami berdua terus sahaja mengalih topik apabila aku sudah senyap dengan janggal. Setelah beberapa minit, kami berdua berpisah dengan janji untuk bertemu lagi di lain hari. Mungkin di Seoul, ataupun di Daegu; rumah keluarga Hafiz.


SHE : THE MEET | KTH°Where stories live. Discover now