Kelas senyap dan sunyi. Sekali sekala bunyi kertas diselak dan geseran pensel kedengaran. Semua pelajar fokus menjawab kertas terakhir.Aku sudah habis menjawab semua soalan. Tinggal untuk menyemak semula, kemudian selesai.
Nafas lega dilepaskan sambil otot badan diregang-regangkan. Ah, sekolah sudah hampir tamat. Pasti saja aku akan merindui semua kenangan-kenangan di sekolah ini.
Jam dinding dikerling seketika. Lagi 10 minit.
"MERDEKA!" Jungkook melaungkan laungan merdeka sebaik sahaja loceng berbunyi dengan penuh bersemangat. Terus meletus tawa seisi kelas dengan galak. Dapat dilihat riak kelegaan di wajah masing-masing. Pasti saja semua lega kerana telah selesai berjuang sehabis baik.
Apalah Jungkook ni, buat malu je. Pemadam dibaling ke kepala Jungkook sambil aku mengekek ketawa. Jungkook menepuk kepala aku kasar kemudian turut ketawa.
Ah, awal-awal lagi aku sudah berasa kehilangan...
Aku terpandangkan Hannah yang sedang tertawa halus. Comel betul wajahnya yang memerah akibat ketawa.
Seketika kemudian mata kami bertembung. Aku menghadiahkan segaris senyuman kepadanya menandakan tahniah. Dia turut membalasnya dengan ibu jari yang terangkat.
~~~~~~~~~~~~~
Aku, Jimin dan Jungkook sedang seronok berjamuan di tepi sungai. Kami beli makanan di kafe dan duduk di sini kerana di kafe sudah penuh dengan pelajar batch kami. Nampaknya semua tidak mahu melepaskan peluang untuk melepaskan tekanan selepas peperiksaan.
Tak mengapalah, di sini lebih tenang..
"Aku nak pindah." Diam. Aku dan Jungkook tercengang sebentar dengan kenyataan tiba-tiba Jimin. Jimin di hadapan aku hanya merenung air sungai tanpa melihat kami.
Daripada situasi kami yang riuh, kesunyian melanda kami bertiga secara tiba-tiba. Bagai ada tsunami melanda kami.
Aku berdehem sebentar kerana air liur tersekat. Perlahan-lahan aku membuka mulut sebelum bersuara.
"Bila?" Ada getaran pula pada suara aku.
"Esok aku pindah. Omma kata dia nak jaga halmonie sebab halmonie sakit. Jadi kami berdua tinggal sana terus." Jimin tersenyum nipis kepada kami. Aduh, rasa sebak pula. Kampung Jimin jauh.. bila lagi kami boleh berjumpa semula?
"Habis, waktu ambik result kau datang tak?" Tanya Jungkook pula yang sudah tercebik dengan pipi yang merah. Ala Jungkook, jangan lah nangis!! Nanti aku nangis sekali la..
Jimin menggeleng kepala.
"Huu bebal lah kau Jeman! Nanti aku rindu.. apahal pulak nak pindah? Kau tinggal sini duhh.." Jungkook memeluk Jimin lalu menghamburkan tangisan. Tahan tae.. kau kuat, kau kuat!
"Kalau boleh aku pun nak tinggal sini bebal! Tapi aku kena jaga halmonie.. jadi aku kena pergi juga.." Jimin turut menangis dan membalas pelukan Jungkook.
Aku dapat merasa hingus dan air mata Mula keluar. Argh..
"Ala bebal lah korang ni! Apahal nangis kan aku dah nangis sekaliii..." Aku menyumpah mereka berdua kemudian menyertai kumpulan pelukan itu. Aku sudah tidak mempedulikan orang yang lalu-lalang melihat kami.
"Esok korang jangan hantar aku! Nanti aku nangis.. malu dekat ommaaa.." Kata Jimin dengan esakan.
Dekat omma kau malu, dekat orang asing yang tengok kita ni kau tak malu pulak! Aku malu ni..
Lagi-lagi bila aku ternampak Hannah dan kawan-kawannya sedang menuju ke sini sambil memerhati hati bertiga.
~~~~~~~~~
YOU ARE READING
SHE : THE MEET | KTH°
FanfictionAn Islamic short story Fanfiction by sopeah . . . . . . Pertama kali aku melihat wajahnya, aku berasa benci. Kali kedua lihat, rasa kasihan. Dan pada kali ketiga, aku jatuh cinta. Apa ni? Aku keliru. -kth . . . Status: On-going Started: 6/6/2020 End...