21

11 1 0
                                    


Solat Zohor yang damai ditamatkan dengan doa oleh imam. Aku menyapu wajah yang terasa segar kerana dibasahi dengan air wudhu'. Penat setelah bermesyuarat tadi terubat dengan solat.

Setelah bersalaman dengan jemaah, aku duduk seketika sambil berdoa. Aku mendoakan kesejahteraan kepada omma ku yang telah meninggal. Sedikit kesal timbul di dalam hatiku kerana omma pergi tanpa sempat mengenali islam.

Air mata jatuh menenangkan nasib omma aku pabila akhirat tiba nanti. Apa yang akan terjadi pada omma?

Ke syurga kah?

Atau...

"Jika seorang manusia mati di dalam keadaan kafir, dengan kehendak Allah maka ke neraka lah ia."

"Tetapi ada beberapa situasi lain pula. Jika ia tiada agama dan sangat arif dengan agama Islam, namun ia menentangnya dengan keras. Maka dengan kehendak Allah, tiadalah tempat lain daripada lembah api yang sangat dahsyat."

"Jika ia tahu tentang Islam, namun tidak terlalu mendalam tentangnya. Sebagai contoh masyarakat Korea di sini, ia menjadi tanggungjawab kita, yang beragama Islam untuk mendedahkan kepada mereka. Tempat mereka di akhirat, hanya di bawah kekuasaan-Nya."

"Namun jika seseorang itu, langsung tidak mengetahui tentang Islam. Langsung tidak diberi pendedahan tentang Islam. Sebagai contoh, orang yang tinggal di pendalaman, orang yang tiada kemudahan untuk belajar tentangnya. Maka dengan kehendak dan kekuasaan-Nya, ia tidak akan diletakkan di dalam syurga, mahupun neraka."

Aku mengerutkan kening. Kalau Tak diletakkan di mana-mana, dia orang pergi mana?

"Kalau begitu, mereka diletakkan di mana Ustaz?" Tanyaku. Ustaz tersenyum mendengar soalanku lalu menutup kitab yang kami ulangkaji bersama.

"Di hari pembalasan kelak, Kita semua akan dihimpunkan dan akan dibalas semua perbualan jahat sesama manusia. Pada waktu itulah lelaki yang mengabaikan tanggungjawab akan ditarik amalnya, orang yang mengumpat akan diberi pahalanya kepada yang diumpat, orang yang berhutang akan 'membayar' hutangnya, dan pelbagai lagi."

"Bukan sahaja manusia, malah haiwan juga akan membalas. Sama ada sesama haiwan ataupun antara haiwan Dan manusia."

"Begitu juga manusia yang non-muslim. Mereka akan membalas perbuatan jahat sesama mereka. Jika mereka juga pernah ditindas oleh orang muslim atau kafir, mereka juga akan membalasnya."

"Setelah selesai semuanya, haiwan Dan juga golongan non-muslim; orang yang tidak tahu menahu tentang Islam akan dihilangkan."

"Namun yang harus kita ingat, segala-galanya terletak di bawah kekuasaan dan kehendak Dia yang Maha mengetahui lagi Maha bijaksana. Wallahua'lam."


Aku menyapu muka setelah selesai berdoa lalu bangkit.

"Taehyung?"

Langkahku terhenti apabila namaku disebut. Lelaki yang sedang berdiri dihadapanku kini ditatap.

"Ini Kim Taehyung, kan?"

Aku meneliti wajah bersih lelaki ini yang bercahaya. Keliru sebentar.

Setelah beberapa ketika, aku tersedar akan identiti individu ini. Jantungku berdegup laju dan tanganku turut berpeluh-peluh.

"H.. Hafiz?"



~~~~~~~~~~


SHE : THE MEET | KTH°Where stories live. Discover now