10

33 3 2
                                    


Pintu rumah dibuka. Kepala dijengukkan ke dalam. Kosong.

"Omma?" Sunyi. Langsung tiada sahutan. Mana omma pergi ni?

Jantung aku berdegup laju. Cemas mula menguasai diri. Pelbagai andaian buruk mula menyerang fikiran aku.

Lantas beg sekolah dicampak dan aku terus berlari ke seluruh pelusuk rumah. Semua pintu bilik dibuka. Namun hampa. Kelibat omma langsung tidak kelihatan.

"Omma?!" Mana omma ni? Aku risau tau tak?!

Seketika kemudian kedengaran pintu rumah dibuka. Dengan pantas aku terus menerpa ke pintu rumah.

"Omma!" Aku berasa lega apabila aku nampak omma di depan mata. Pantas tubuh omma dirangkul erat. Serta-merta tangisan mula terhambur keluar dengan hebat. Omma  agak terkejut dengan kelakuan aku.

"Taehyung kenapa ni?" Tanya omma yang teragak-agak membalas pelukan aku. Aku tidak menyahut dan terus mengeratkan pelukan. Muka aku disembamkan ke dada omma.

Lama-kelamaan, omma membalas pelukan aku. Rambut aku dibelainya lembut dengan penuh kasih sayang.

Serta-merta hati aku terasa hangat dan penuh. Namun semakin kuat pula tangisan aku.

"Kenapa ni sayang?" Suara lembut omma menyapa telinga aku.

"Omma sihat kan? Omma ada sakit apa-apa tak?" Tanya aku selepas aku meregangkan pelukan. Wajah omma aku pandang dengan penuh risau.

Omma nampak terpinga-pinga dengan perilaku aku. Mesti omma pelik kenapa aku tiba-tiba berubah drastik sebegini.

Dulu akulah yang langsung tidak menghargai kewujudan omma. Pada aku omma hanya manusia yang mahu memalukan aku kerana bekerja sebagai cleaner.

Aku sering menolak apabila ada event sekolah yang memerlukan ibubapa hadir. Aku tidak akan membenarkan omma berjalan dekat denganku disebabkan rasa malu. Malu dengan kenyataan bahawa aku adalah anak cleaner.

Herdikan dan makian pula sering meniti di bibir aku. Ia bagaikan zikir yang wajib aku lafazkan setiap hari kepada sang ibu.

Pasti hati omma sudah banyak terluka dengan kelakuan teruk aku. Aku ni anak yang teruk!

Tangan omma diraih dan dicium berkali-kali. Kata-kata maaf pula tak henti-henti keluar dari mulut aku bersama isakan penyesalan.

"Ampunkan Tae omma. Tae anak tak guna. Tae jahat.."

"Shh.. gwenchana sayang.. Omma dah lama maafkan anak omma." Omma kembali menarik aku ke dalam pelukan dan membelai rambut aku. Aku dapat mendengar suara sebak omma. Rasa hiba semakin menimpa-nimpa.

"Mi..Mianhaeyo.." Aku meminta maaf lagi.

"Dah dah, tak eloklah lelaki menangis macam ni. Hilang macho anak omma ni." Omma mengesat air mata aku yang sudah basah di pipi. Pipi omma yang basah juga aku lap.

Dengan sedu yang masih tersisa, aku memeluk omma sekali lagi.

Hati aku berasa sangat lapang. Bagaikan sebuah beban yang sekian lama menghinggap sudah terangkat dari bahuku.

Omma membawa aku ke dapur untuk makan malam bersama. Banyak yang kami bualkan bersama diringi gelak ketawa.

Aku rindukan suasana ini. Sudah sekian lama aku tidak bermesra dan bermanja dengan omma.

Dalam hati aku rasa bersyukur kerana aku sempat tersedar dari keegoan aku.

Aku juga bersyukur kerana aku sempat meminta ampun kepada omma sebelum terlambat.

Mulai saat ini, aku Kim Taehyung berikrar tidak akan melukai hati omma lagi. Aku berjanji akan sentiasa membahagiakan omma dan menyenangkan omma sehingga akhir hayat.

~~~~~~~







SHE : THE MEET | KTH°Where stories live. Discover now