Angin dingin yang menyapa kulitku membuatkan aku tersedar. Badanku terasa sengal dan lenguh. Rupa-rupanya aku tertidur di atas sofa sewaktu menunggu omma pulang. Sampul keputusan peperiksaan yang belum dibuka masih lagi berada di dalam tanganku.Hairan, ke mana omma pergi? Jika dilihat dari warna langit, sekarang sudah masuk waktu senja. Shif omma sepatutnya sudah lama habis. Dan omma sepatutnya sudah pulang ke rumah.
Dengan mamai aku bangun dan membiarkan keputusan peperiksaan aku di atas sofa. Aku bergerak ke muka pintu dan meninjau ke luar rumah yang sudah lengang.
Mana omma? Aku jadi risau. Pantas aku mencapai telefon bimbit dan menekan nombor omma.
Sekali
Dua kali
Tiga kali
Hanya gadis peti suara sahaja yang menyambut panggilanku. Mengapa omma tidak menjawab? Omma ke mana?
Hati aku dilanda pelbagai kemungkinan buruk. Entah kenapa aku benar-benar berasa tidak enak kali ini.
Tanpa berlengah aku terus keluar dari rumah dan berjalan tanpa arah. Nama omma dilaungkan sambil diriku melilau-lilau.
"Taehyung, kenapa ni?" Jungkook menegur aku dari halaman rumahnya. Namun aku tidak menghiraukannya lantaran rasa gelisah yang amat.
Semua lorong aku lalui. Semua kedai aku jenguk. Setiap tempat yang omma selalu kunjung aku pergi. Namun masih tiada kelibat omma.
"Ommaa!!" Laungan suara aku bergema membelah malam. Namun hanya kesepian yang menjawab.
Akhirnya aku terduduk di sebuah bangku. Manusia yang lalu-lalang langsung tidak dipedulikan. Di dalam fikiran aku cuma ada omma.
"Mana omma pergi?" Wajah aku ditekup dengan telapak tangan. Hati aku berkecamuk dengan pelbagai rasa. Andaian-andaian buruk menerpa tanpa henti.
Tidak! Omma okay, omma okay! Mungkin.. omma sudah pulang ke rumah? Hm.. betul juga.
Tanpa berlengah aku terus pulang ke rumah. Nama omma dilaung-laungkan sebaik sahaja aku sampai. Namun masih tiada.
Omma.. tiada..
Secara tiba-tiba telefon aku menjerit minta diangkat. Aku terus melihat nombor yang tertera. Nombor omma!
"Yeoboseyo omma! Omma pergi mana? Lama tae tunggu." Sapa aku dengan penuh teruja. Akhirnya omma muncul.
"Ini Kim Taehyung ke? Anak lelaki Kim Lieya?"
~~~~~~~~~~~~
YOU ARE READING
SHE : THE MEET | KTH°
FanfictionAn Islamic short story Fanfiction by sopeah . . . . . . Pertama kali aku melihat wajahnya, aku berasa benci. Kali kedua lihat, rasa kasihan. Dan pada kali ketiga, aku jatuh cinta. Apa ni? Aku keliru. -kth . . . Status: On-going Started: 6/6/2020 End...