15

25 2 1
                                    

Ini adalah harinya. Hari untuk mengambil keputusan peperiksaan. 

Awal-awal pagi lagi aku sudah terbangun dan mandi. Hm.. aku rasa aku terlalu awal. Jam baru menunjukkan pukul 6:00 pagi. Masa mengambil keputusan ialah pada pukul 8:00 pagi.

"Bersemangat betul anak kesayangan omma ni." Omma mencubit pipi aku apabila omma bangun dari tidur pada pukul 6:30 dan bertanyakan mengapa aku sudah termenung di sofa. Habis ditertawakan. Malu!

"Mestilah! Tae nak pastikan Tae orang pertama sampai sekolah." Itu adalah alasan untuk mengcover rasa malu. Cliche Taehyung, cliche!

"Iyalah tae sayang.. Ha, tae nak makan apa? Omma nak masak ni. Lepastu omma nak gerak dah pergi kerja." Omma mula bangkit dari sofa. Aku turut bangun dan mengekori langkah omma ke dapur.

"Omma pergi je mandi. Harini, biar chef tae yang masak!" Aku mendabik dada sambil tayang wajah berkarisma. Sempat aku jeling pada cermin, hm.. hensem juga buat muka begini.

Omma tertawa riang melihat telatah aku lalu menepuk dada aku.

"Omma nak makan nasi goreng ayam special! Haa.. amacam? Boleh kee.." Kening omma diangkat berkali-kali. Sengaja lah tu nak usik aku! Omma tahu yang aku tidak pandai-pandai memasak hidangan yang satu itu. Hmm..

"Nasi ayam special? Ceh, tarak hal maa.. Ini chef tae. Mampu masak apa sahaja!" Aku mula bergerak ke tampat menyimpan bahan-bahan masakan. Otak aku ligat mengingati semula semua bahan-bahan dan langkah-langkah yang telah diajarkan omma. 

Setelah beberapa ketika aku memasak, siap juga hidangan itu. Tepat selepas omma bersiap.

"Nasi ayam special, siap!" Aku menghidangkan nasi goreng yang aku buat itu di hadapan omma. Omma memandang nasi itu dengan serius. Okey, sekarang semua bayangkan yang kami sedang berada di dalam rancangan masakan. Aku adalah pesertanya, dan omma adalah Master Chefnya. Rasa gementar pula menunggu reaksi omma. Omma menyuap makanan itu pun bagaikan slow mo.

"Sedapnya sayang omma buat." Omma hadiahkan thumbs up kepada aku dan serentak aku tersenyum lega. Akhirnya, aku berjaya memasaknya!

Pagi itu, omma menyuapkan aku makan seperti bayi. Sampai licin semangkuk nasi itu dihabiskan. Berkat tangan ibu memang sedap dan penuh dengan kasih sayang. 

Selesai bersarapan, omma bergerak ke tempat kerja sementara aku mengemaskan semuanya. Sempat kami berpelukan dan aku dihadiahkan kucupan di kedua belah pipi dan dahi. Entah kenapa rasa sebak pula. Hmm..

Sedar tak sedar, jam sudah menunjukkan pukul 7:30. Aku terus bersiap dan keluar dari rumah.

"Taehyung!" Aku menoleh kepada suara yang aku sangat kenali itu. Siapa lagi kalau bukan si Jungkook. Dia sudah melambai-lambai sambil tayang sengih. Aku cepuk nanti baru tau.

Sampai di sekolah, kami berdua terkejut bukan kepalang kerana barisan untuk mengambil keputusan sudah panjang. Nampaknya mereka sudah sampai lebih awal dari kami. Sampai ke luar sekolah panjangnya!

"Kook kalau kau rajin kau pergi beratur. Aku tak nak." Aku terus melangkah ke kantin. Bab bab beratur memang aku tak boleh. Aku bukannya terlalu rajin nak berdiri lama-lama. Membazir tenaga saja.

"Aku ikut!" Jungkook berjalan seiringan dengan aku. Lama kami melepak di kantin. Sampai jam menunjukkan pukul 9:00, barulah kami bangun dan mengambil keputusan kami. Kami adalah orang terakhir mengambil keputusan.

"Tahniah Taehyung! Cikgu bangga dengan kamu. Kamu pun sama Jungkook." Guru-guru yang mengajar kelas kami mengucapkan tahniah kepada kami. Nampaknya keputusan aku mesti baik! Tapi aku masih tidak mahu membukanya. Aku nak buka bersama omma nanti.

"Jimin macam mana cikgu?" Jungkook membangkitkan pula soal Jimin. 

"Oh, tentang Jimin kamu jangan risau. Cikgu sudah e-mel kan awal-awal. Dia pun sama dengan kamu berdua. Nampaknya kamu bertiga tunjukkan 'belang' pada saat akhir ya?" Kami semua tertawa. 

Setelah tolong mengemaskan apa yang patut dan mengucapkan terima kasih, aku dan Jungkook pulang ke rumah.

"Tahniah, bro. We did it." Aku mengucapkan tahniah kepada Jungkook apabila kami sampai di depan rumahnya. 

"Tahniah juga. Sebab kau kita dapat kesedaran ni. Aku harap kita semua dapat capai impian sama-sama. Bila dah berjaya jangan lupa sesama kita pula." Jungkook tepuk bahu aku mesra. Senyuman kecil dihadiahkan kepada aku. Rasa terharu bertandang di hati. Aku mengangguk lalu tertawa. Bahu Jungkook dirangkul.

"Ececeh.. dah habis sekolah mulalah nak jadi gentleman." Aku dan Jungkook tertawa. 

Selepas beberapa bro fist, aku pulang ke rumah dengan rasa senang hati. Aku sudah tidak sabar untuk membuka keputusan ini bersama omma. Melihatkan respon baik guru-guru tadi, aku berasa lega. Pasti keputusan aku membanggakan.

Rasa bersyukur dan berterima kasih kepada semua guru dan insan yang banyak memberi aku petunjuk dan ilmu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SHE : THE MEET | KTH°Where stories live. Discover now