Langkah demi langkah, aku akhirnya sampai di hadapan rumah lot yang mempunyai halaman lapang. Liur diteguk lalu loceng rumah ditekan.
Tiada jawapan.
Aku mencuba nasib lagi, namun masih sepi.
Baiklah, ini yang terakhir. Jika tiada jawapan juga, aku akan terus pulang.
"Encik siapa?"
-------------------------
Tingkah aku terberhenti apabila mendengar suara itu. Hampir meletup jantungku apabila disapa secara tiba-tiba. Aku cuba untuk bertenang dengan mengambil nafas seketika. Wajahku yang gelisah sedari tadi aku ubah kepada senyuman lalu aku pun memusingkan badan untuk berhadapan dengan insan yang menegurku tadi.
"Taehyung??"
Belum sempat aku berkata apa-apa, insan tersebut sudahpun menyebut namaku seraya menekup mulutnya. Air mata kelihatan berlinangan di tubir matanya membuatkan aku rasa bersalah.
"Jangan nangis umi, kan Taehyung dah balik?" Aku bersuara lembut. Cuba untuk memujuknya yang sudahpun mengalirkan air mata. Aku tidak pasti sebab umi menangis. Sedihkah? Gembirakah?
Umi menampar bahuku perlahan seraya berkata; "Kenapa dah lama tak balik? Kami rindu Taehyung tahu?"
Suara umi bernada gembira apabila mengucapkan itu. Tangannya yang hangat berlapik sarung tangan bulu naik ke dua belah pipiku dan dielus.
"Dah hensem dan segak anak umi yang seorang ni." Kata umi dengan senyuman dan air mata. Aku hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata umi. Air mata yang sedari tadi ingin keluar, terkeluar juga akhirnya. Hatiku yang baru sahaja bersedih kerana rindukan omma terubat apabila melihat wajah tua umi yang penuh dengan kasih sayangnya. Sungguh, aku menganggap umi sebagai ratu hatiku yang kedua selepas omma.
Aku menekup wajahku dengan kedua belah tangan, cuba menyembunyikan air mata yang semakin banyak pula keluar. Malu.
"Dah, mari masuk. Appa pun ada tu. Dekat halaman belakang."
Sebaik sahaja aku masuk, aku terus melangkah ke halaman belakang. Mencari abi yang merupakan ayah yang tidak pernah aku ada sejak aku kecil. Terus sahaja kami berdakapan dengan kejap. Kehangatan pelukan abi memberikan aku ruang untuk merasai kasih sayang seorang ayah.
-------------------------
"Harini umi masak biasa je. Tak tahu pula Taehyung nak datang. Maaf ya?" Kata omma sambil menghidangkan lauk yang masih panas ke atas meja. Kebetulan aku sampai pada waktu tengahari. Jika diikutkan perancanganku, aku ingin terus beredar sahaja, namun aku tidak sampai hati pabila dipujuk oleh umi bersama bantuan nasihat abi.
Aku menggeleng apabila mendengar kata-kata omma.
"Tae makan je apa yang umi masak. Semua yang umi masak sedap" Ujarku ikhlas. Tanganku lincah membasuh perkakas yang digunakan omma untuk memasak.
Seketika kemudian abi masuk ke ruangan dapur.
"Tapi kita tak boleh makan lagi, kena tunggu Hannah balik kerja dulu. Tak apa kan Taehyung?" Kata-kat abi membuatkan aku tersedak air liur sendiri. Tidak bersedia untuk mendengar nama Dia disebut. Apatah lagi untuk bertemu empat mata dengannya.
Serta-merta mindaku mengimbas kembali memori hitam yang pernah berlaku. Aku menggeleng-gelengkan kepala untuk menghalang imbasan memori itu di kepalaku. Jijik dengan perlakuanku sendiri. Bagaimana aku boleh terfikir untuk berbuat begitu? Mengapa aku melakukannya? Itulah persoalan yang sering bermain di mindaku kerana rasa sebal dan marah dengan diri sendiri.
"Taehyung?" Abi menyentuh bahuku apabila aku tidak memberikan jawapan untuk soalannya tadi. Hampir terlepas pinggan di tanganku akibat terkejut. Aku terus menoleh ke arah abi.
"Ya abi? Maaf, Taehyung tak dengar abi kata apa tadi." Aku tersengih sambil menyembunyikan rasa galau di dalam hati. Abi tertawa kecil melihat tingkahku.
"Hai... kusyuk betul kamu basuh pinggan ye? Tadi, abi kata kita kena makan lambat sikit. Sebab Hannah tak balik dari kerja lagi. Tak apa kan?" Abi mengulang lagi soalannya.
"Eh, mestilah tak apa abi. Tae okey je." Jawabku sambil mengekalkan sengih. Abi mengangguk lalu menepuk bahu ku perlahan.
Selesai kerja membasuh perkakas dapur, aku mengelap tangan di kain yang sudah tersidai di tepi singki. Apron yang aku pakai untuk melindungi daripada bajuku basah aku buka dan menyidainya di tempat yang disediakan.
Dalam masa yang sama, aku mengatur nafasku agar jantungku berhenti berdegup kencang. Fikiranku masih lagi memikirkan akan nanti. Apa yang patut aku buat? Patutkah aku mminta diri sahaja dengan alasan 'ada kerja lain?'.
Ya, mungkin aku patut berbuat begitu.
Aku menampar wajahku perlahan dan menggeleng-geleng kepala. Tidak, aku tidak sepatutnya menjadi pengecut seperti ini. Sebagai lelaki, aku sepatutnya bertanggungjawab dan bersemuka dengannya. Kemudian, aku harus meminta maaf kepada Dia dengan sebetulnya.
Dahulu aku pengecut. Terus melarikan diri tanpa berkata apa-apa. Aku berasa malu dengan diriku yang dahulu.
Maka, aku akan perbetulkan semuanya hari ini. Ya, tanpa ragu!
DING DONG!
Bunyi loceng rumah berbunyi menandakan ada tetamu. Hannah kah?
Hatiku yang baru sahaja bertekad untuk bersemuka dengan Hannah terus bergemuruh kembali.
-------------------------
YOU ARE READING
SHE : THE MEET | KTH°
FanfictionAn Islamic short story Fanfiction by sopeah . . . . . . Pertama kali aku melihat wajahnya, aku berasa benci. Kali kedua lihat, rasa kasihan. Dan pada kali ketiga, aku jatuh cinta. Apa ni? Aku keliru. -kth . . . Status: On-going Started: 6/6/2020 End...