11

29 3 0
                                    


"WAAARGHH" Aku melepaskan nafas lega dengan kuat sebaik sahaja kaki aku menjejak tanah.

"Taehyung, sila jangan buat bising." Lee saem mencerlung ke arah aku memberi amaran. Aku hanya mampu tersengih sambil menggosok leher kekok. Jimin menepuk bahu aku sambil tersengih.

Akhirnya, setelah berjam-jam berada di dalam perut bas, kami sampai di destinasi. Aku terlebih lega kerana badan aku dah lenguh-lenguh dah terperuk dalam bas.

Selepas kami berkumpul di dalam kumpulan masing-masing dan mengambil kunci bilik, kami semua masuk ke dalam bilik yang sudah ditetapkan.

Malam nanti kami perlu berkumpul di dewan hotel untuk meneruskan aktiviti kem kami. Beberapa jam diberi lapang.

Dan aku mengambil keputusan untuk mengambil angin disekitar hotel. Aku nampak laut tadi. Uuu tak sabar aku nak terjun ke dalamnya nanti.

Aku berjalan di pinggir persisir pantai. Air laut menyentuh lembut kaki aku. Angin laut pula menderu-deru melalui celahan rambut aku sehingga agak serabut. Namun aku mengendahkannya.

Mata aku menjamu kecantikan pantai ini yang luar biasa. Sudah lama aku nak menjejakkan kaki ke sini, tapi tidak berkesempatan. Namun hari ini aku berkesempatan untuk merasainya.

Alangkah bagus kalau omma turut berada di sini...

Nak call pun tak boleh sebab cikgu awal-awal dah simpan telefon kami. Cikgu memang dah masak dengan perangai kami.

Secara tiba-tiba aku ternampak sesuatu yang sangat cantik dari yang lain, jauh di sana. Serta-merta senyuman terukir di bibir aku. Langkah diorak mendekatinya.

"Awak.." Aku menegurnya yang nampak ralit melihat pemandangan. Dia agak terkejut dengan teguran aku. Kemudian dia beranjak sedikit memberi ruang untuk aku duduk.

Setelah aku duduk, kebisuan melanda antara kami berdua. Mungkin dia berasa kekok, tapi sekarang jantung aku tengah berdegup laju dari biasa. Pelik.

Aku yang tegur dia tadi tapi sekarang aku pula yang bisu.

"A.. awak suka tengok laut eh?" Soalan cliche terpacul dari mulut aku. Aduh, aku rasa macam nak sumbat kepala aku dalam pasir sekarang.

Dia ketawa kecil. Mungkin dia nampak yang aku tengah nak berbual kosong dengan dia.

"Ya, saya suka tengok laut. Cantik sangat.." Kata dia dengan nada penuh kekaguman. Matanya nampak ralit memerhati laut yang terbentang luas di hadapan kami. Dengan seulas bibir merahnya yang tersungging senyuman kecil serta membentuk lesung pipit.

Aku bagaikan terpana melihat keindahan ciptaan yang satu ini. Pertama kali aku melihat kecantikan sebegini rupa.

Serta-merta jantung aku berdegup semakin laju.

Aku berdehem sebentar sebelum meluruskan pandangan aku ke arah laut apabila dia mengalihkan pandangannya kepada aku semula.

Kesunyian melanda kami sekali lagi.

"Hannah!" Aku dan Hannah serentak memalingkan kepala ke belakang apabila mendengar satu laungan. Kelihatan salah seorang rakan Hannah sedang berlari anak menghampiri kami. Dahye namanya.

"Jom balik bilik Hannah. Kita nak main game!" Dahye memegang tangan Hannah dengan ceria. Aku pula dijelingnya.

Hmph!

Hannah memandang aku sambil mengangkat tangannya yang satu lagi tanda meminta diri. Di wajahnya terlukis riak bersalah.

Aku hanya tersenyum saja untuk menunjukkan yang aku okay.

~~~~~~~~

SHE : THE MEET | KTH°Where stories live. Discover now