Aku merebahkan badan ke atas katil seraya melepaskan nafas dengan berat. Telapak tangan kanan dibawa ke dada kiriku. Merasakan jantung aku yang berdegup perlahan.
Mata aku dipejam erat. Seketika kemudian wajah dia terlayar di dalam minda. Pipinya yang putih kemerahan itu semakin memerah dan mata coklat cerahnya yang berkaca-kaca. Saat aku dipanah matanya dengan dalam, aku dapat merasa perasaan marah dan sedih si dia. Matanya bagaikan membawa aku ke dalam demensi perasaannya yang penuh kesedihan sehingga membuatkan hati aku rasa berat.
Dada aku terasa sesak. Baju di bahagian dada kiri aku cengkam.
"Sampai hati awak."
Itu adalah kata-kata terakhir dia sebelum dia terus berlari keluar dari situ. Suaranya kedengaran lirih dan membuatkan hati aku terusik.
Apa ni? Adakah aku sedang rasa bersalah sekarang ni?
Ataupun rasa kesian?
Namun yang pasti hati aku bergundah-gulana sejak kejadian tadi terjadi. Mulut aku yang selalu becok dan tak mau diam ini pun turut terkunci dari tadi. Makan pun tak lalu, mandi tak basah asyik teringatkan wajah si dia yang kesedihan.
Aku rasa aku dah buat salah yang besar. Salah tangan aku lah yang melepaskan buku tu ke lantai. Kaki aku pun sama, pijak buku tu pula.
Tapi aku tau, semuanya datang dari diri aku sendiri.
~~~~~~~~~~~
"YOW BERUK" Bahu aku ditampar kasar oleh Jungkook dan disambut dengan ketawa Jimin. Hanat punye kawan. Aku dahlah tengah termenung lepastu sedap je dia terkejutkan aku. Nasib baik jantung aku tak terkeluar jatuh dalam bihun sup depan aku ni. Kalau tak dah jadi sup jantung dah.
"Kau lah beruk." Balas aku dengan malas lalu menongkat dagu semula. Mata aku diarahkan kembali ke arah tempat aku termenung tadi. Huh....
"Woi kau ni kenapa dok tengok si Hannah tu? Dari tadi tau tak aku tengok kau macam ni? Takkan dah jatuh cinta kot?" Soalan Jungkook membuatkan aku menoleh kepadanya sambil menayang muka jembalang aku. Haa.. kau jangan memain dengan aku Jungkook. Aku tumbuk satgi.
"Kepala hotak kau aku nak jatuh cinta? Fikir pakai otak la dey." Kata aku lalu menjeling Jungkook yang tersengih-sengih bersalah. Hei anak Jeon ni, kasi hilang mood betul.
"Korang habiskanlah makanan tu. Jangan ikut aku." Aku bangun dan terus pergi dari kantin. Meninggalkan makanan yang aku baru sahaja beli tak berusik. Kedengaran dari jauh Jimin dan Jungkook bersorak kerana dapat makan free. Hei.. buat malu lah diorang ni.
Kaki dilangkahkan tanpa arah. Entah kemana lah nak pergi. Nak pergi tandas, banyak setan. Aku tak nak kawan dengan setan sebab selalu sangat pergi tandas. Nanti aku makin mentaetan pulak.
Sedar-sedar sahaja aku sudah sampai di rooftop. Sekujur badan aku terus disapa angin lembut yang menderu. Punggung dilabuhkan di atas salah sebuah bangku yang ada di situ. Rambut aku yang ditiup angin disebak kebelakang seraya mengeluhkan nafas berat.
Hannah.. Itulah nama si dia..
Si dia yang menangis disebabkan tindakan aku....
Si dia yang sudah beberapa hari aku tidak buli...
Si dia yang sering membuatkan aku rasa bersalah sejak kebelakangan ini...
Banyak cara yang aku fikir untuk hilangkan rasa bersalah ini. Namun fikir punya fikir, ia akhirnya akan membawa aku kepada cara yang paling mudah dan pasti dapat menenangkan hati aku.
Minta maaf.
Tapi, tak mungkin aku nak mintak maaf?! Jatuhlah muka aku yang orang kenal sebagai taiko besar kat sekolah ni! Takkanlah semata-mata nak tenangkan hati aku, aku kena mintak maaf dekat budak perempuan tu pulak? Eh, banyak lagi cara lah.
Heh, itulah yang aku fikir sebelum ni. Namun semuanya sia-sia. Hati aku masih tak tenang, dan ia membawa aku kepada situasi sekarang.
Kepala aku serabut menimbangkan kewajaran untuk aku meminta maaf darinya. Egoku terlalu tinggi untuk aku menuturkan kata-kata keramat tu.
~~~~~~~~
YOU ARE READING
SHE : THE MEET | KTH°
FanfictionAn Islamic short story Fanfiction by sopeah . . . . . . Pertama kali aku melihat wajahnya, aku berasa benci. Kali kedua lihat, rasa kasihan. Dan pada kali ketiga, aku jatuh cinta. Apa ni? Aku keliru. -kth . . . Status: On-going Started: 6/6/2020 End...