17

24 1 0
                                    


Last chapter preview<<<<

Secara tiba-tiba telefon aku menjerit minta diangkat. Aku terus melihat nombor yang tertera. Nombor omma!

"Yeoboseyo omma! Omma pergi mana? Lama tae tunggu." Sapa aku dengan penuh teruja. Akhirnya omma muncul.

"Ini Kim Taehyung ke? Anak lelaki Kim Lieya?"

Present>>>>

"N.. nae.. Ini Kim Taehyung." Suara aku bergetar. Ini bukan suara omma. Mengapa orang lain pula yang menelefon aku menggunakan nombor telefon omma?

Omma di mana?!

Mengikutkan hati aku yang sudah diserang perasaan tidak enak yang bertubi-tubi, sudah dijeritkan ayat itu kepada lelaki ini. Namun suara aku bagai tersekat di kerongkong.

"Sila hadirkan diri ke Hospital--" Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayat, aku terus menghentikan panggilan dan terus berlari keluar dari rumah. Air mata sudah bertakung di tubir mata.

Fikiran aku cuba untuk menidakkan andaian-andaian buruk yang menerpa. Omma okay... Omma baik-baik sahaja...

"T.. Taehyung?! Kenapa ni?" Jungkook kalut apabila aku menerpa kepadanya yang sedang santai di halaman rumah. Tangannya aku tarik dengan kasar ke arah motorsikalnya.

"Bawak aku pergi hospital, kook. Sekarang!" Aku menjadi terdesak. Aku sudahpun duduk di bahagian penumpang di motor itu.

"Okay aku bawak kau. Aku ambil helmet sekejap." Jungkook bergegas masuk ke dalam rumah.

"Ppalli!!" Jerit aku yang semakin terdesak. Air mata yang sudah terkeluar aku kesat dengan kasar.

Tidak.. ini bukan masanya untuk menangis. Omma baik-baik sahaja! Yakinlah, Kim Taehyung!

Sebaik sahaja kami menyarungkan helmet ke kepala, kami terus menderum ke hospital. Jungkook memecut di kelajuan maksima setelah didesak oleh diriku yang kalut dan cemas. Aku sudah tidak memikirkan tentang saman atau perkara lain. Aku nak jumpa omma!

"Doktor, omma saya macam mana?!" Aku sudah tidak sabar lagi mahu mengetahui keadaan omma. Sekarang, aku cuma mengharapkan yang doktor mengatakan yang omma selamat.

Doktor itu memegang bahu aku. Mungkin dia cuba menangkan aku, namun sekarang ini aku tidak mampu menenangkan diri!

"Saya nak awak bersabar, Encik Kim. Tenangkan diri awak dahulu..." Doktor itu bersuara perlahan. Wajahnya nampak muram dan dipenuhi dengan riak bersalah. Aku menjadi semakin tidak keruan. Jantung aku sudah mengepam laju dari yang sepatutnya.

"O.. omma saya okay.. kan doktor?" Suara aku mulai kendur dan sendu. Air mata sudah melimpah-limpah mengalir deras di pipi. Tangan aku bergetar mencengkam bahu doktor itu.

"Omma saya okay... kan...?" Aku mengulang lagi soalan aku apabila doktor itu sudah tertunduk. Langsung tidak bersuara.

"Omma Encik sudah tiada. Dia kehilangan banyak darah akibat dari kes langgar lari tersebut. Maafkan saya." Aku jatuh melutut menyembah lantai dengan hati yang pilu. Dada terasa sangat pedih dan sesak. Bagaikan nyawaku sudah melayang entah kemana.

"Omma..." Aku merintih sayu dengan penuh kepiluan. Bagaimana kehidupanku selepas ini jika sudah tiada omma?

"Taehyung.." Aku dapat merasakan bahu aku diusap oleh Jungkook, cuba untuk menyalurkan tenaga kepada aku. Namun aku mengendahkannya dan berterusan merintih.

Ini sakit..

Sakit sangat..

Jasad omma yang terbaring kaku di atas strecher aku peluk sekuat hati seperti tidak ingin dilepaskan. Tangan sejuk omma aku genggam. Luka-luka dari kesan kemalangan itu aku usap perlahan.

"Omma.. tae ada ni.. Omma tak nak bangun ke?.." Tersedu-sedu aku mengucapkan kata-kata itu.

"Tae dapat keputusan cemerlang... Omma tak nak tengok ke..?"

"Tae tak tengok lagi.. se.. sebab tae tunggu omma balik..."

"Omma bangunlah..."

"Taehyung, kau kena bersabar.." Jungkook masih lagi setia di sisi aku dan menyalurkan kata-kata semangat.

"Jom balik rumah aku tae...?" Jungkook masih cuba memujukku untuk pulang walaupun aku menolak berkali-kali. Nurse yang ingin menguruskan pemakaman omma aku halang sekerasnya. Dengan alasan untuk memberikan aku sedikit masa.

Aku masih belum puas lagi berbakti kepada omma. Masih banyak lagi kesalahan silam aku yang belum ditebus.

"Esok kita boleh datang lagi tae.. Kita datang ye esok?" Jungkook menyentuh tangan aku perlahan. Aku memandang Jungkook dengan mata yang sudah sembab. Lama aku merenung Jungkook sebelum akhirnya aku mengangguk lemah.

Kami berdua berjalan seiringan menuju ke lif. Sampai di selekoh, aku hampir terlanggar seorang pesakit yang sedang ditolak di atas kerusi roda.

"Hannah?" Serta-merta kepala aku terangkat apabila nama itu terpacul dari mulut Jungkook. Kami berempat terkaku untuk seketika.

Jungkook, Hannah dan seorang lelaki yang menolak kerusi roda yang diduduki oleh Hannah berbual untuk seketika. Aku hanya menyandarkan diri ke dinding tanpa mencelah.

Selesai sahaja mereka berbual, Jungkook mengajak aku pulang. Aku menolak untuk ke rumah Jungkook kerana terasa diri ini menyusahkan. Dengan berat hati Jungkook menghantar aku pulang ke rumah aku, dan dia berjanji akan membawa aku ke hospital esok.

Aku terus menyembamkan diri ke atas katil milik omma sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke dalam rumah. Air mata kembali keluar deras.

Omma.. tae seorang saja sekarang...

~~~~~~~~~~~~





SHE : THE MEET | KTH°Where stories live. Discover now