Berlari bagai tak cukup tanah, Declan dengan lekas mengejar kelibat Eden yang berada tak jauh dari kawasan lobi bangunan itu. Tidak peduli akan mata yang mengerling ke arahnya dia terus menempik.
"Eden!"panggil Declan.
Terhenti terus Eden semasa dia mahu membuka pintu kereta untuk Davina di tepi jalan depan laluan lobi itu.
Dengan serentak Davina dan Eden pun berpaling. Mereka berdua perhatikan langkah Declan yang berjalan laju mendekati mereka dengan perasaan masing-masing.
Eden dengan perasaan insecure.
Davina dengan perasaan gemuruh.
Setibanya di situ, perhatian Declan terarah pada Davina terlebih dahulu. Kemudiannya baru Declan pandang Eden.
"Can we talk? " tanya Declan pada Eden.
Eden tersentak. Dia fikirkan Declan hendak bercakap dengan Davina. Jadi dia pandang terkejut sekejap ke Declan.
Sementara Davina dah hela nafas lega sebab dia fikirkan Declan mahu menemui dia. Rupanya Eden yang dimahunya.
"Cakap la.. " aju Eden.
Declan teragak-agak sekejap lepas tu. Dia pandang ke Davina sekejap lalu menatap wajah dingin Eden dengan perasaan serba salah.
"Aku mintak maaf." ucap Declan akhirnya. "Aku tahu yang selama ni aku sentiasa tunjuk perangai tak guna pada kau walhal kau sedaya upaya jalankan tugas kau... Setiap kata-kata aku terhadap kau... Aku mintak maaf." katanya.
Davina pandang berterima kasih ke Declan sewaktu dengar luahan itu.
"Ya aku mengaku yang aku tak boleh nak asingkan hal peribadi dan kerja dengan baik sampai bagi effect pada konsentrasi aku dan jejaskan semua orang dekat sekeliling aku terutama sekali kau dan Davina.... "kata Declan lagi.
Eden yang dengar lepaskan hela nafas pendek. Dia faham. Nama pun orang muda. Fikiran masih belum matang. Bukan salah Declan. Orang kalau dah jatuh cinta dan sayangkan seseorang setengah mati, dah tak nampak apa dekat depan mata selain cinta.
"Tak ada apa yang kau perlu mintak maafkan. Kau tak salah apapun.. " ujar Eden.
Davina pandang Eden pula. Tepi muka itu di tatap dengan dalam. Entah kenapa hatinya senang bila tengok Eden. Sedih pun ada.
Yalah, Eden sentiasa mengalah dan mengalah tak kira orang itu sahabat atau kawan baik atau keluarga sendiri. Terutama sekali dengan dia. Kalau dia pilih untuk bersama Declan sekarang, Eden pasti akan patah hati dan kecewa.
Davina pandang Eden pula. Dan kalau dia tak pilih Declan, Declan takkan rugi apa-apa. Sebab Declan ada semuanya. Rakan, perhatian, kasih sayang ibubapa dan semuanya yang Eden takkan dapat. Kalau dia pilih Declan jugak, hidup Declan tiada bezanya sama sekali.
"Dan untuk awak Davina." alih Declan tiba-tiba ke Davina.
Buatkan Davina tersentak dari termenungnya sewaktu memandang Declan. "Kenapa?"
Declan tersenyum nipis. "Jaga Eden baik-baik. Dia seorang lelaki yang tiada tolok gantinya. Saya harapkan yang terbaik pada awak."ujarnya.
Eden palingkan kepala. Dia lirik akan tepi wajah Davina dengan perasaan berharap. Adakah Davina masih memilih untuk bersama dengan Declan selepas ni? Kalau ya, dia sedia undurkan diri...dan takkan kembali lagi.
"Awak pun."kata Davina. "Saya harap suatu hari nanti awak boleh jadi seorang lelaki yang berfikiran matang dan terbuka. Sebab satu hari nanti awak akan ganti tempat ayah awak. Sikap pentingkan diri tu tak boleh berada lama dalam diri awak tu." pesannya.
Declan berdengus kecil. Dia tersenyum sewaktu dengar akan pesanan itu. Pentingkan diri? Mungkin betul kata Davina. Sebab dia memang dah terbiasa sejak kecil yang apa saja dia mahukan dia pasti akan dapat. Dan sekarang dia dah belajar. Memang betul semua benda dia boleh dapatkan, tapi hati dan perasaan tu dia tak boleh paksa.
"Jumpa di lain masa. Terima kasih untuk semuanya."Declan hulur tangan mahu berjabat dengan Davina.
Davina tidak sambut. Dia malah mendepakan tangan untuk beri pelukan pada Declan. Terkilan. Itu yang dia rasakan.
Tapi inilah lumrah setiap pertemuan itu pasti akan ada perpisahan, setiap perhubungan pasti akan putus. Begitu la hidup. Ada masa tu kita dapat apa yang kita perlukan bukan apa yang kita hendakkan...
"Jumpa lagi Declan. "tepuk Davina pada belakang badan tu.
Eden yang perhatikan beri senyuman lega kerana Davina memang nekad untuk memilih dia. Rasanya dia takkan rasa menyesal dengan buat keputusan ni.
Declan balas pelukan itu seeratnya. Dia tak nak lepaskan Davina. Tapi dia tahu, berebutkan Davina bukan saja akan sakiti dirinya dan Eden, tapi Davina sekali. Kalau ini keputusan Davina. Dia rela lepaskan.
p/s : sorry hari ni lmbt update sebab tinta tgh buat decision dengan siapa Davina akan end up dengan. im so sorry if this story not end up like you want... i hope you like the final decision Davina made. please.. dont mad me.
YOU ARE READING
30. Love Without Faith
RomanceSequel UNKNOWN Rasanya dapat tak cinta yang telah terputus di sambungkan kembali? Atau perasaan suka tu bertukar ke arah yang lain seperti angin lalu? Atau teruskan saja tanpa menerima orang baru dalam hidupnya. Davina Serephina. Selepas Berjaya sel...