Bab : 37

1K 104 12
                                    

Hari ini cuaca cerah, laman hospital di tingkat lima di bangunan Utama kelihatan sibuk dengan para pesakit beriadah di situ. Samaada di temani dengan ahli keluarga atau jururawat dan sendirian. Masing-masing dengan pakaian pesakit di badan duduk dan berjalan mengambil angin di sekitar tempat tersebut.

Tidak lepas juga doctor yang bertugas. Mereka turut tidak melepaskan peluang untuk mengambil angin di situ. Dan doctor itu tak lain tak bukan Kaden sendiri. Selepas selesai jalankan pembedahan, lelaki itu ambil keputusan nak lapangkan fikiran di situ.

Tapi tidak disangkakan, kedatangannya ke situ hanya di sambut oleh seorang pesakit lelaki dengan tiang IV drip di sebelah bangku dan leher berbalut duduk atas bangku menghadap sebuah pokok besar di situ.

"Surprise...surprise...tengok siapa dekat sini.."tegur Kaden sambil mendekati bangku dimana Eden sedang duduk.

Tersentak mendengar teguran itu, Eden yang sedang termenung memandang ke satu arah palingkan kepalanya ke kanan lantas ternampak Kaden sedang berdiri memandangnya.

"Bangun jugak kau kan."sapa Kaden sambil dekati bangku itu dan berdiri di situ dengan tangan berada dalam poket jubah putihnya itu. "Macam mana?Kau okay?"tanya dia dengan senyuman nipis di bibir.

Eden dongak, dia kerutkan sikit kening semasa tilik penampilan Kaden. "Kau kerja sini jugak ke?"tanya dia.

"Ha'ah...sama dengan Davina..."angguk Kaden. Lalu dia lirik akan tampalan di leher dan tepi kepala Eden, kesan pembedahan untuk buang cecair dari dalam otak tu yang mana di bedah oleh Davina sendiri. Serius beritahu, sewaktu Eden tidak sedarkan diri, pertama kali dia Nampak Davina begitu devastated sekali.

"Thanks ada dengan dia sepanjang masa."ucap Eden sebelum tundukkan pandangan ke lantai. Hujung jari jemarinya di kutil tanpa sebab. Dalam diam dia mengetap gigi.

Kaden melepaskan keluhan Panjang. Dia keluarkan tangan dari poket hanya untuk menyilangkan tangan ke dada.

"Jangan nak berterima kasih dekat aku. Kau tu...kalau kau pedulikan Davina. Berhenti je dari bekerja dalam bidang ni.kau tahu masa kau tak sedarkan diri, Davina menangis tak berhenti..semuanya sebab risaukan kau...tengok sekarang apa yang kau dah buat. Susah payah aku buatkan dia hendak tersenyum dan ubah dirinya kembali ceria, sebaliknya dia kembali ke dirinya yang lama..."luah Kaden dengan nada kesalnya.

Eden mengangkat kepala, memandang Kaden dengan kening mencerlung tak faham.

"Apa maksud kau?"tanya Eden.

"Davina...dia dah balik semula ke diri lama dia..Puteri Ais tu."cebik Kaden yang teringat layanan dingin yang diberikan oleh Davina kepadanya. Cakap mendatar, emosi dalam nada suara pun tak ada. Di tanya satu, jawabnya satu. Geram je.

Eden terdiam. Dia pandang Kaden. Agak terkejut mendengar kenyataan itu. Rasa serba salah menerpa hatinya.

"Aku cakap macam ni sebab aku dah lama kenal kau orang berdua. Aku kenal Davina..aku kenal kau...so kalau kau betul-betul sayangkan dia..lepaskan kerja ni. Kau boleh kerja dekat bidang yang sama tapi bukan dalam sector berisiko ni...Davina...dia tak kuat nak tanggung semua ni sendiri. Kalau kau tak boleh nak bertanggungjawab..serahkan dia dekat aku. Biar aku yang jaga dia."pesan Kaden dengan serius. Dia pandang Eden dengan renungan penuh maksud. Dia serius ni. Tak ada nak main-main lagi.

Tangan yang berada di lutut itu tiba-tiba mengepal penumbuk taktala Eden dengar kata-kata Kaden. Dia dalam dilemma. "Aku memang nak berhenti...tapi misi aku belum selesai. Bila semua tu dah settle. Baru aku akan settle down pasal ni.."jawabn Eden dengan nada mengalah.

"Well lakukannya secepat mungkin kalau macam tu.."ujar Eden tepat pada masa Davina muncul di situ dengan tangan memegang dua cawan kopi yang dibeli dari kantin hospital sebentar tadi.

30. Love Without FaithWhere stories live. Discover now