Bab : 35

1K 101 6
                                    

Seminggu kemudian..

Demi memudahkan urusannya, Davina telah memindahkan Eden ke hospital sama tempat dia bekerja. Maka siang malam la Davina sibuk di hospital itu menguruskan para pesakit dan pada masa yang sama memantau keadaan lelaki tersebut.

Pada awalnya semuanya berjalan lancar dan tiada apa-apa yang berlaku. Namun begitu selepas beberapa hari penempatan Eden di situ, Eden mengalami konkusi serius yang buatkan lelaki itu di serang sawan beberapa kaliselama beberapa hari berturut-turut kerana infeksi pada luka jahitannya yang terjejas hingga ke otak. Selepas struggle bagai nak apa, menggunakan kepakarannya. akhirnya keadaan Eden Berjaya di stabilkan. Dan setelah itu segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Tidak peluang ke rumah dan banyak habiskan masa di hospital, Davina lakukan rutin yang sama sewaktu dia merawat ibu angkatnya dulu. Namun kini giliran Eden pula. Dan sejak itu sikap Davina kembali kepada keadaan asal. Dia tak banyak lagi bercakap atau tunjukkan ekpresi kerana takut sesuatu tak baik bakal terjadi.

Sebelah tangan memegang buah epal, Davina duduk bersilang kaki membaca laporan perubatan yang berada di atas ribanya ketika dia berada atas kerusi sebelah katil tempat perbaringan Eden yang masih tidak sedarkan diri.

Krak!

Buah epal itu di gigit oleh Davina lalu di kunyah memandang butiran dalam fail itu tanpa berkedip.

Kruk!

Tiada mood nak makan benda lain,epal saja la yang boleh perut dia hadamkan beberapa hari ni. Kaden bising jugak sebab Nampak dia sibuk tapi tak pernah Nampak dia luangkan masa untuk berehat atau makan.

Setelah itu, Davina gerak hendak menggigit buah epalnya setelah yang ada di dalam mulutnya habis di telan. Dia buka mulutnya lalu giginya bertemu dengan badan epal merah sebesar penumbuk lelaki itu.

"Please...kalau nak makan tak boleh ke tempat lain?"tegur suara serak tu tiba-tiba.

Kaku dengan kedudukan nganganya, Davina gerakkan mata dia ke arah Eden di depannya ketika itu. Tepi wajah itu terlebih dahulu dia pandang. Tak cakap apa-apa, Davina diam menunggu suara itu kembali. Nak pastikan dia tak salah dengar atau berilusi.

"Eden?"panggil Davina dengan perlahan.

"Hm."jeda suara itu dengan pendek.

Bagai mahu menjerit penuh kegembiraan di situ, kelam kelibut Davina alihkan fail dan epal lalu di letakkan atas kerusi sebelum gerak mendekati tepi katil itu. Berdiri saja dia di situ, dia Nampak sepasang masa terbuka dan sedang memandangnya.

Thank god!

"Sakit dekat mana-mana ke?"tanya Davina dengan nada hampir hendak kedengaran teruja. Takut kalau suara dia menganggu Eden, terpaksa dikawal sedaya upayanya. Kalau bukan mengenangkan Eden dah sedar, ikutkan hati lama dah dia peluk lelaki ni erat-erat sebab terlalu gembira dengan hal ini.

Eden berkerut-kerut kening cuba proses apa yang dah berlaku. Tapi dia tak ingat sebab semuanya masih kabur. "Apa yang dah berlaku?Kenapa kau dekat sini?"tanya dia dengan susah payah akibat tekaknya yang kering dan sakit. Rasa macam kertas pasir di gosok-gosok pada kerongkongnya.

"Kau tak sedarkan diri selama seminggu lepas kejadian kau tertembak sewaktu cuba selamatkan Declan.."beritahu Davina semasa tunduk memandang Eden. Bagusla Eden dah sedar. Boleh la dia tidur lena malam ni tanpa risau akan lelaki ni."Aku bawak kau ke hospital tempat aku berkerja supaya aku dapat jaga kau sendiri.."

Eden buat muka. Dia pandang ke Davina Bersama perasaan terkejut dan senangnya pada masa yang sama. Dia salah dengar ke?Davina jaga dia?Bukan ke sepatutnya Declan yang Davina risaukan sekarang ni?Oh ya tak ya! "Declan macam mana?Dia tak apa-apa kan?"

"Dia tak apa-apa. Dia ada pasukan perubatan khas yang merawat dia.."jawab Davina sewaktu capai gelas berisi air kosong dengan straw yang ada di atas almari sebelah katil itu. "Kau nak minum?"

Mata Eden terarah pada gelas itu lalu mengangguk kepala. "Dia tak apa-apa?Kau dah lawat dia ke?"tanya dia lagi yang berasa tak puas hati mengenangkan anak raja yang seorang tu.

Berhati-hati tidak menyakiti Eden, Davina pegang belakang kepala itu lalu di angkat sedikit untuk mudahkan Eden sedut minuman melalui straw itu. "Patah tulang..selebihnya semuanya baik-baik saja. Kau jangan risau. Kau dah lakukan tugas kau dengan baik sebab bawak dia kembali hidup-hidup.." jawabnya.

Terasa berat pada tangannya, Eden gerak mencapai straw itu lalu didekatkan ke bibirnya lalu menyedut cecair itu dengan rakus. Dahaganya. Rasa macam dah berhari-hari lamanya dia dekat Gurun Sahara. "Declan ada dekat sini sekali ke?"tanya dia setelah itu.

Davina pandang wajah risau Eden dengan perasaan tersentuh. Hampir hendak tersenyum di situ. Masih sakit macam ni pun fikirkan tentang Declan. Anak raja tu tak apa-apa. Tanpa dia di sisi, ada orang lain yang akan rawat Declan dengan baik. Davina letakkan semula kepala Eden ke atas bantal itu. "Tak. Kau je yang aku bawak ke sini."jawabnya sambil meletakkan kembali gelas tadi atas almari.

30. Love Without FaithWhere stories live. Discover now