Bab : 4

1.2K 124 6
                                    

Derap kaki empat pasang kaki yang mengenakan kasut combat berarak merentasi koridor dengan seragam. Bunyi derapan tapak kasut yang seragam membuatkan suasana semakin tegang.

Putera Declan yang berada paling hadapan itu memasang wajah seriusnya sambil menggenggam erat fail di tangannya.

Sampai saja dekat pintu masuk, dia belok masuk sebelum tiba di ruangan di mana beberapa orang atasan dalam ketenteraan sedang berkumpul.

Setibanya Declan dan rakan-rakan sekumpulan, mereka berempat memberi tabik hormat.

"Tuan!" ucap mereka dengan tertib.

Tiga pegawai tinggi dan Menteri Pertahanan memandang ke arah Declan dengan anggukan bangga.

"Susahkan kamu kerana minta dari jauh untuk turun ke sini," beritahu Menteri Pertahanan.

Mata Declan kekal di lantai semasa mendengarnya.

"Kamu dah dapat kertas laporannya?"

"Kami dapat tahu kumpulan lanun ini semakin menjadi-jadi. Dua kapal kargo telah dirompak," jawab Declan.

"Sudah tuan," sambungnya.

"Kamu berempat saja?" tanya Menteri Pertahanan dengan hairan. Setahu dia, kumpulan ini terkenal dengan lima orang ahli. Mana lagi seorang?

Garvien, Dritan, dan Connall serentak menjeling ke belakang kepala Declan. Mereka ingin tahu jawapan ketua mereka memandangkan Juliet telah disingkirkan dari pasukan mereka beberapa bulan lepas. Buat pertama kali dalam lima tahun, Declan kelihatan marah hingga hampir membunuh orang. Mereka tidak tahu kenapa Declan mengamuk sehingga menangis. Tiba-tiba, Juliet dibuang dari Pangkalan Ketenteraan Diraja. Sejak kejadian itu, mereka tidak pernah melihat Declan ceria atau mesra seperti biasa.

Serius memanjang.

Kalau jelingan Declan boleh membunuh, sudah beribu orang mati dek renungan lelaki ini.

"Tidak, tuan. Kami berlima. Ada rekrut baru menyertai kami," beritahu Declan dengan nada serius dan formal.

"Baguslah kalau begitu. Kamu boleh teruskan misi ini," beritahu Menteri Ketenteraan.

"Baik, tuan!" jawab Declan sambil memberi tabik hormat lagi.

Setelah sesi taklimat selama beberapa minit, mereka berempat keluar dari situ dan berjalan berarak ke destinasi seterusnya.

Sambil berjalan, Declan memandang skrin telefon untuk menghubungi pangkalan dan mengetahui sama ada Eden sudah tiba untuk melaporkan diri atau belum.

"Kapten, boleh saya tahu kenapa Kapten merekrut Eden sebagai pengganti Juliet?" tanya Dritan di sebelah kanannya.

Masa itu, Declan membawa telefon ke telinga. Dia memandang ke depan dengan kening mencerut. "Sebab dia hutang saya sesuatu. Dan saya nak dia langsaikannya," jawabnya dengan ketapan gigi.

Connall berkerut kening, tidak faham. "Hutang?" tanya dia.

Bunyi nada dering panggilan masuk kedengaran beberapa kali sewaktu Declan menunggu panggilan diangkat. "Ya, hutang," jawabnya sambil menunggu. Dia tidak sempat bertanya kepada Eden mengenai kehadiran Davina di pangkalan beberapa bulan yang lalu. Sampai sekarang, dia tidak dapat berhenti memikirkan kenapa Davina ada di situ dan berada di luar pejabatnya hingga boleh mendengar perbualannya dengan Juliet!

Sekarang, Davina tidak mahu bertemu dengannya. Dia ingin memberitahu apa yang berlaku antara dia dan Juliet sebelum dia menemui Davina. Dia berani bersumpah dengan nyawanya sendiri bahawa dia tidak pernah mengkhianati Davina atau curang padanya.

Namun, Declan tidak sempat berbuat demikian kerana Eden tiba-tiba berhenti dan keluar dari pangkalan untuk ke kem akademi tentera yang lain sebagai pelatih. Jadi, dia tidak dapat bertanya sama ada Eden yang memberitahu Davina kisah lamanya bersama Juliet atau jika semua ini hanyalah kebetulan.

"Hello?" sapa suara dalam panggilan tidak lama kemudian.

"Declan bercakap," ujarnya dengan tegas semasa tiba di luar bangunan.

"Ya, tuan."

"Leftenan Eden sudah laporkan diri belum?" tanya Declan sebelum berdiri dekat pintu laluan masuk untuk menunggu pengangkutannya datang menjemput.

"Sudah, tuan. Dia kini berada di ruang menunggu."

"Kalau macam tu, beritahu dia saya akan tiba beberapa minit lagi." Sebuah Hilux tentera berhenti di depan mereka berempat tidak lama kemudian.

"Baik, tuan," jawab pemanggil di hujung talian dengan tertib.

Tiga dari mereka mengambil tempat di kerusi belakang, sementara Declan duduk di kerusi depan. Setelah mereka naik, kenderaan itu pun mula meluncur keluar dari kawasan bangunan pusat pangkalan ketenteraan itu.

30. Love Without FaithWhere stories live. Discover now