Bab : 17

1.1K 120 15
                                    

"Huarghhh!"nguap Eden seluasnya sewaktu berdiri di rel besi dek cabin menghadap pemandangan laut. Baru terjaga dari lenanya yang panjang.

Anak rambutnya berterbangan ke merata arah dibuat tiupan angin yang menyapa wajahnya saat ini. Terang cahaya matahari tengah hari buatkan dia yang kenakan cermin mata hitam pun masih silau. Walaupun dah bertahun lama menjadi tentera laut, dia masih tak biasa dengan keadaan panas dan silau macam ni. Mujurla kulitnya ini mudah hangus mudah pulih semula. Kalau tidak mahunya rupa dia tak ubah seperti roti baru keluar dari pemanggang sepanjang masa.

"Hai handsome?Seorang je?"tak semena seorang wanita muncul di sisi Eden.

Eden tersentak, dia palingkan kepala untuk pandang orang di sebelahnya.

Seksi. Tidak mengenakan pakaian kecuali bra di badan dan selendang yang tak habis tutup bahagian bawah badan. Mendedahkan susuk tubuh berlekuk miliknya. Rambut mengurai yang beralun itu berterbangan ke belakang.

Tapi sekejap, dia keudian pandang ke depan semula."Sorry...not interested."ucap Eden acuh tak acuh.

"Alah...jangan la jual mahal...kita kenal-kenal je pun.."kata wanita itu lagi sambil melurutkan jari berkuku panjangnya ke lengan berotot Eden dan bertatu itu.

Eden tak terkutik, dia malah anjak ke tepi nak jarakkan diri. Dia belum mahu pergi dari situ kerana ingin mengambil angin. Minah rambut karat ni agaknya tak faham bahasa mungkin sebab tetap berdegil mahu berkenalan dengan dia. Jangan sampai dia humbam ke air laut ni kang!

Masih tidak mahu mengalah, wanita itu bersikap lebih berani lagi. Dia menyandarkan badannya ke Eden. "Mari la...saya boleh kenalkan awak pada kawan-kawan saya yang lain jugak...."ajaknya lagi.

Keluhan panjang lepas dari mulut Eden. Memang ada yang kena maki jugak akhirnya ni. Niatnya mahu meninggikan suara. Sekali tu ada yang meninggikan suara terlebih dahulu dari arah belakang.

"TIDAK!!!Arghh!Angin tak guna!Topi aku!"jerit suara tu.

Terkejut dengan suara yang tidak asing buat telinganya, kepala Eden cepat-cepat berpaling. Lantas ternampak akan Davina sudah pun melungkup atas lantai mahu mengejar topi putih yang berguling-guling di tiup angin.

Davina cepat-cepat bangun dari situ lalu tunduk bongkok mahu mengutip topi itu tapi tak sempat sehingga la ia berguling melepasi rel besi di situ sebelum mendarat atas air laut. "Arghh!Damn you stupid hat!"laungnya sewaktu tergantung di rel besi dengan tangan menghulur ke bawah seakan mahu mencapai topi yang sudah 'selamat' di laut Mediterranean itu.

Kening Eden terangkat sebelah melihatkan kerenah Davina.

"Crazy bitch..."getus wanita di sebelah Eden tak lama kemudian dengan nada sinis. Tapi dia senyum balik lepas fokusnya kembali semula ke Eden. "So?Awak nak join?"dia peluk lengan tu.

Eden pandang akan tangan yang memeluk lengannya. Senyuman plastik terukir di bibir sejurus akal bijaknya terlintas satu idea.. "Maaf...saya rasa isteri saya takkan suka kalau dia nampak kita macam ni.."beritahunya sambil menarik tangan lepas darinya. Lantak la situ. Dah perempuan ni degil sangat kan.

Kening wanita itu berkerut. "Isteri?"dia lirik akan Eden dari atas ke bawah. Tak mungkin la lelaki depan dia ni dah berkahwin. "Tipu..kalau betul mana isteri awak?"balahnya yang masih tak mahu lepaskan lelaki berkualiti seperti daging stik gred AAA premium ni.

Eden palingkan kepala lalu tunjuk ke arah dimana Davina sedang berdiri menghadap laut tidak jauh dari tempat mereka. "Itu,.."tunjuknya setelah itu.

Wanita di depan Eden berdengus tak percaya. "Oh really..kalau macam tu panggil dia.Buktikan dia adalah isteri awak. Kalau bukan awak kena ikut saya tak kira apa sekalipun sebabnya."desak wanita itu lagi.

30. Love Without FaithWhere stories live. Discover now