"Berlian ni palsu!"
"Apa ni semua ni?Kau orang buat kerja macam mana?"
"Kita orang buat kerja dengan betul la. Nak buat macam mana lagi!Kau cuba la buat sendiri!Kita orang hampir terbunuh dekat situ apa kau tahu?"
"Sudah la tu!"
"tak ada la..dia orang tahunya nak complaint. Yang buatnya kerjanya kita bukan dia orang.."
"Habis tu apa kita nak jawab dengan bos kita nanti?"
"Jawab apa lagi...cakap je la hal sebenar. Berlian tak dapat orang ramai yang mati.."
Sekumpulan lelaki yang sedang berada di seat belakang van itu bertekak sesame mereka.
Sementara Spencer yang sedang memandu focus memandang ke depan termenung memikirkan sesuatu. Dia tertanya-tanya sejak dia tiba di darat selepas naik kapal selam yang membawa mereka lari dari kawasan serangan mereka.
Dia tertanya-tanya kenapa Davina boleh ada di dalam bilik tu?Lelaki yang Tarik Davina keluar dari dewan ballroom tu siapa?Davina dah Nampak muka dia. Agak-agaknya identity dia akan didedahkan oleh Davina. Lagi satu dah kenapa la dia bukak topeng muka dia depan Davina dan tembak rakannya sendiri. Patutnya dia biarkan semua tu terjadi.
Kacau la semua ni!
"Spencer...asal kau diam?Kau yang sepatutnya bertanggungjawab memeriksa semua berlian ni kan?"
"Wei!Kau dengar tak ni?"
Berasa bengang dengan semua itu, Spencer tekan brek van dengan mengejut sebelum Tarik handbrake. Memandangkan mereka masih berada di atas jalan raya di sebuah Lorong sempit tengah hutan, rasanya tiada masalah untuk dia hapuskan semua cencorot yang kuat memekak ni. .Pergi lantak dengan berlian atau misi ni. Dia boleh handle bosnya. Tapi bukan mereka.
Beg yang ada seat sebelah di capai lalu sebuah bom tangan di ambil.
"Woi!Kau nak bunuh kita orang ke!Drive tu elok-elok la sikit!"
"Siap kau lepas kita sampai nanti!"
Sedang orang di belakang van itu bising-bising, Spencer sudahpun buka seatbeltnya, lalu Tarik picu bom tangan sebelum di campak ke seat belakang van tersebut. Seusai dia campak, kunci van di capai, dia lompat turun dari situ dengan beg sandangnya dan tekan lock pada kunci van tersebut dan lari menjauhkan diri dari kenderaan tersebut dalam masa yang singkat.
BOOOM!
Bunyi letupan kedengaran tak lama kemudian dari arah belakang hingga buatkan Spencer tercampak beberapa meter ke depan akibat ledakan kuat itu. Mujurla dia tak apa-apa. Hanya sakit sebu dekat dada saja.
Dan bila dia sober dari terkejutnya itu, Spencer toleh ke belakang. Memandang keadaan van yang sudah pun terbakar dan hancur.
Pada masa yang sama, van yang ikut konvoi dari belakang muncul dari van yang terbakar lalu berhenti tepat di dimana Spencer berdiri. Dia tak tunggu lama, Spencer lompat masuk ke seat depan van tersebut.
"Asal tu?"tanya orang yang duduk di seat pemandu. Membawa rakan sepasukan yang lain dan sisa rompakan mereka yang lain.
"Memekak."jawab Spencer dengan muka bercemberut tak puas hatinya.
"Hahahah...memekak je kau letupkan semua orang dalam tu?"gelak mereka yang duduk di seat belakang sebaik dengar.
Sambil mengetap gigi menahan sabra, Spencer palingkan kepala. Memandang mereka dengan kening mencerlung bengang. "Kalau kau orang tak nak berakhir dengan nasib yang sama, better kau orang senyap."pesan dia sebelum pandang ke depan semula.
Terus terdiam semua orang dekat seat belakang van tu. Masing-masing mengetap bibir sebab tahu yang Spencer ni kalau cakap lelaki tu akan buat.
Dring!
Dring!
Telefonnya berbunyi tidak lama kemudian. Dengan kasar, Spencer pun mengocek telefon yang ada dalam poket seluar combatnya. Dan bila dia lihat ke skrin, dia Nampak nama bosnya di situ. Sambil buat muka kesal, dia nak tak nak terpaksa jugak jawab panggilan tu.
"Ya ayah.."sambut Spencer.
"Macam mana dengan rompakan kamu?Berhasil?"tanya bosnya di dalam panggilan dengan tegas.
Spencer lemparkan pandangannya keluar tingkap. Dia kena cari tahu identity Davina yang sebenarnya dan cari tahu sama ada Davina ada kaitan dengan mereka yang berpakaian hitam dan bergogel merah itu atau tidak. Dan jugak sesiapa saja yang berkaitan dalam hidup Davina sepanjang tahun ni. Dia kena cari tahu!
"Tak..berlian tu palsu. Kita kena perangkap. Mereka hanya sebarkan berita mengenai berlian tu untuk pancing kita ke situ supaya dapat menangkap kita.."kata Spencer dengan nada menggerutu. "Aku dah cakap awal-awal batalkan misi ni still nak buat jugak.Sekarang tengok apa yang dah berlaku. Hasil tak dapat anak buah ramai terkorban..."
"Tak mengapa. Kamu pulang saja dahulu. Hal lain kita bincang kemudian.."
Tanpa tunggu, Spencer putuskan panggilan tu dan sandar dengan marah ke kerusi, Pandangannya mencerlung marah ke luar jalan.
YOU ARE READING
30. Love Without Faith
RomanceSequel UNKNOWN Rasanya dapat tak cinta yang telah terputus di sambungkan kembali? Atau perasaan suka tu bertukar ke arah yang lain seperti angin lalu? Atau teruskan saja tanpa menerima orang baru dalam hidupnya. Davina Serephina. Selepas Berjaya sel...