Bab : 57

2.5K 153 25
                                        

Love is all about sacrifices and considerations. Without both of it there is no love but hate.

Semua orang ada pilihan tersendiri. Dan semua orang ada citarasa masing-masing.

Maybe ada sesetengah lebih suka selfish demi menjaga kepentingan diri.

Maybe ada yang lebih ke arah ingin lihat orang lain bahagia dan gembira.

Tidak semua yang terjadi ikut seperti yang kita inginkan sebab takdir sudah tertulis. Tidak kira sekuat mana kita menafikan kenyataan tu, ianya tetap akan terjadi.

10 tahun kemudian....

Semuanya berakhir dengan happy.

Kaden dapat kenaikan pangkat menjadi direktor utama di hospital ayahnya.

Sarah telah mendirikan rumah tangga dengan suami pilihan hatinya dan di kurniakan dua orang anak lelaki dan perempuan.

Pasangan Bernard kini gembira luangkan masa bersama cucu dan menantu pilihan hati anak mereka.

Declan kini menjadi raja dan seorang pemimpin serta ayah kepada dua orang putera kesayangan hasil perkahwinan dengan anak seorang raja dari negeri seberang.

Semuanya kembali kepada sedia kala.

But not mostly....


Krinching!

Pintu kafe terbuka luas sebelum dua orang kanak-kanak berlari masuk ke dalam dengan riang.

"Ayah....! "panggil mereka dengan gembira.

Tersentak lelaki yang sedang berdiri di tepi sebuah meja sewaktu hidangkan menu buat pelanggan di situ.

"Hei pumpkins!" pandang Eden akan anak lelaki dan perempuan yang berusia 7 dan 5 tahun yang sedang berlari ke arahnya.

Dua orang anak itu depakan tangan mahu di peluk. 

Eden tanpa berlengah ikut tunduk bercangkung lantas menyambut dua orang itu ke dalam pelukannya. Tersenyum senang dia setiap kali melihat dua beradik ini.

"Kami lapar.... Menu apa hari ni? " tanya si sulung.

Eden lepaskan pelukan. Dia tatap dua wajah di depannya dengan hati berbunga.

"Roast tofu with cheese." jawab Eden sambil usap pipi si bongsu.

"Yummy.... Nak makan. Kita lapar." sorak si bongsu dengan girang.

Senang melihat reaksi mereka,  Eden capai kedua-dua tangan itu lalu di pimpin ke sebuah meja. Di situ dia dudukkan si bongsu sementara yang sulung uruskan diri sendiri.

"Tunggu sini. Ayah siapkan hidangan untuk kamu. " pesan Eden sewaktu pandang ke anak sulungnya sambil usap kepala si bongsu.

" Okay! " sahut mereka dengan serentak.

Bersama senyuman senang di bibir,  Eden gerak ke pintu belakang yang membawa dia untuk ke dapur. Lantas dia beri arahan pada tukang masak untuk sediakannya.

Seusai itu, Eden kembali keluar dari dapur untuk menyambut pelanggan lain yang mulai beratur di depan kaunter hendak buat pembayaran.

"Terima kasih. Sila datang lagi! " ucap Eden sambil serahkan resit kepada pelanggan terakhir yang membuat bayaran.

Baru dia hendak tunduk memandang mesin duit,  matanya terarah pada bingkai gambar di tepi mesin pesannya. Gambar lama dia bersama dengan wanita yang amat dia cintai dalam dunia ni.

30. Love Without FaithTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang