Bab : 36

1K 100 7
                                    

Masih tak percaya dengan apa yang didengarnya, Eden pandang ke Davina seperti gadis itu di tumbuhi tanduk dekat kepala. Davina?Orang yang selama ini tergila-gilakan Declan buat pertama kalinya tidak pedulikan akan lelaki itu malahan dia yang di utamakan?Memangnya dia masih bermimpi lagi dan koma ke?

"Kenapa?"tanya Eden yang agak tercengang dengan situasi ini.

"Apa yang kenapa?"tanya Davina sambil menjungkit kening tak faham.

Oleh kerana sudah lama tidak sedarkan diri, otak dia jammed tak berfungsi dengan baik. Dia nak atur kata pun terpeliat-peliat lidah nak menyebut. Terutamanya, bukak mata je orang pertama yang dia Nampak adalah Davina. Lagi la kacau bilau dibuatnya!"Aku?"tanya dia akhirnya lepas itu saja perkataan yang terlintas di fikirannya.

Davina kemudiannya keluarkan pen berlampunya dari poket jubah kot doktornya lalu dinyalakan. "Why not...Declan ada orang lain yang jaga...kau siapa yang akan jaga?"tanya dia semasa tunduk untuk memeriksa pergerakkan anak mata Eden. Nak pastikan otak Eden tak apa-apa.

Eden tak bergerak masa mata dia terarah pada Davina yang sedang tunduk mendekatkan wajah di depannya. Terkejut dia!Sampai jantung dia berdegup kencang tak semena sebab jarak dan sentuhan yang diberikan oleh Davina kepadanya. Penuh lemah lembut dan buatkan perut dia memulas sendiri.

Selesai check kedua-dua mata, Davina angkat tangan lalu di tekap ke dahi Eden pula.

Terkejut Eden dibuat tapak tangan Davina yang sejuk tu bila ia menyentuh dahinya tiba-tiba. Matanya terbutang sedikit. Well..dia tak mengeluh dengan layanan yang diberikan oleh Davina kepadanya. Cuma ianya agak mengejutkan sebab yalah..selama ni Davina buat tak acuh dengan dia. Dan sekarang, Davina layan dia macam dia ni apa pulak. Jangan bagi dia harapan boleh tak?

"Kau tahu...kau tak perlu susahkan diri kau untuk jaga aku.."tanya Eden yang suarakan rasa serba salahnya sebab buatkan Davina yang rawat dia. Mesti Davina penat sebab kena kerja pada masa yang sama menjaga dia. Harap-harap dia tak buat Davina menangis masa tak sedarkan hari tu.

Perlahan-lahan Davina turunkan tangannya dari dahi tu. Matanya melihat sepasang mata yang telah terpejam lama selama seminggu ni buat seketika. Masih tunduk di depan muka itu, dalam diam dia berkata dalam hati. "Terima kasih sebab bertahan Eden."

"Jangan risau. Kau tak susahkan aku apa-apapun. Aku buat semua ni sebab aku memang nak. So jangan fikir sangat pasal tu."beritahunya di depan muka tu. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya dia sekarang.

Eden terkedu. Dia bertentang mata dengan Davina tanpa berkata apa-apa sebab terpana lagi. Sekarang dia betul-betul yakin! Dia dalam masalah besar!Rasanya kali ni dia mesti takkan dapat lupakan Davina begitu saja!

"Leher kau sakit lagi?"tanya Davina sambil kerling ke tampalan yang ada di leher kiri Eden. Dia gerakkan tangan untuk mengusap perlahan tampalan tu.

"Kenapa dengan leher aku?"tanya Eden yang tak tahu dia cedera apa. Soalnya pada masa yang sama mengangkat tangan untuk menyentuh leher hingga bersentuhan dengan tangan Davina tanpa disengajakan.

"Kau kena tembak dekat dengan leher sewaktu tepis Declan...."beritahu Davina memandang tak faham ke Eden.Lelaki ni lupa ke apa dah jadi?

Masa itu la reality menyentak Eden. Tidak semena dia bangunkan dirinya dari situ laju-laju.

"Hei!Apa kau ni...mana boleh bangun macam tu je. Baring sekarang."Davina pegang bahu Eden hendak baringkannya semula.

Eden pandang terkejut ke Davina. "Misi tu...kita orang Berjaya ke?Musuh dapat di tangkap?Spencer dengan ayahnya?"tanya dia yang teringat akan serangan hari tu.

Kening Davina berkerut sebaik dengar nama Spencer di sebut. Ya!Lelaki tu!Lelaki tu yang dah buatkan Eden terluka macam ni. "Aku tak tahu..Garvien cakap dia orang terpaksa Tarik diri awal sebab kau dan Declan cedera. Selain tu aku tak sure...sekarang baring."

Eden alihkan tangan Davina yang cuba menolak badannya baring semula. "Tarik diri awal?Itu bermakna kita orang tak tangkap Spencer?Lelaki tu masih bebas di luar sana?"soalnya sambil pandang ke Davina dengan risau.

Kening Davina mencerlung. "Eden...sekarang bukan masa untuk kau fikir pasal semua tu..kau perlukan rehat untuk kesembuhan kau..."

Eden menggeleng kepala.

"Tak...Davina..kau tak tahu..Spencer tu bukan sebarangan orang..kalau dia tak mati atau ditangkap...kita yang akan mati atau ditangkap dengan dia.."beritahu Eden dengan serius. Mati ke Spencer tu??Ke orang tua Spencer?Ahh!Kacau betul la!

Mata Davina gerak menilik wajah pucat tidak bermaya Eden Bersama kening mencerlung risau. Spencer akan buru mereka?Eden dan Declan?Takut pulak dia! "Okay...aku faham. Semua tu boleh tunggu. Dalam keadaan kau macam ni, tak sampai tiga langkah kau berjalan, kau yang tersungkur dulu bukan si Spencer tu."pujuk Davina yang memegang depan bahu Eden lalu dorong lelaki itu baring semula.

Mahu tak mahu Eden terpaksa menurut. Dia sendiri masih sakit kepala bertambah pening setelah memikirkan semua tu. Apa-apahal dia kena sembuh cepat dan kuat semula. "Make sure kau sembuhkan aku betul-betul ya.."pesannya.

Davina betulkan selimut di badan Eden. "Ya...."ujarnya dengan tegas.

30. Love Without FaithWhere stories live. Discover now