Bab : 9

1.1K 113 13
                                    

Dia tiba awal di pelabuhan Sharing-La, awal sedikit dari masa yang ditetapkan. Semua ni lanun laut punya pasal, kalau bukan disebabkan laporan mengatakan bahawa mereka akan merompak barang berharga yang ada di kapal Cruise Symphony On The Sea ni tak adanya mereka bangun seawall 3 pagi hanya untuk berkumpul dan temui semua crew yang ada di kapal ini briefing dan soal selidik latar belakang setiap orang.

Tup-tup dia terlena. Entah bila dan berapa la, dia tak sedar. Apa dia tahu masa bangun rakan-rakan sekumpulannya sudah tiada lagi di dalam cabin atau dimana-mana. letih duduk terperap dalam cabin dia gerak untuk naik ke tingkat atas dek kapal untuk ambil angin. Katanya ada kolam renang dan padang golf di situ.

Keluar saja dia ke ruangan yang ada kolam renang tu mata dia terarah pada tiga orang lelaki yang sedang berborak di tepi kolam renang. Dekat sini rupanya tiga orang ni?

"Huargh!!"nguap Eden sambil angkat tangan menggeliat renggangkan badan yang lenguh sebab letih. Dia pejam mata menikmati angin petang itu. Ugh!Sedapnya menggeliat.

"Argh!!"suara teriakan seseorang dan bunyi deburan air kedengaran tak jauh dari tempat Eden berdiri.

Terkejut dengan suara itu, cepat-cepat dia buka mata dan bergegas ke tempat kejadian. Dah apahal tu.

Splash!

Splash!

Tangan tu terkapai-kapai dekat permukaan air.

Eden tiba terlebih dahulu sebelum tiga orang rakannya di tepi kolam tu. tanpa berlengah dia lompat masuk ke dalam kolam tersebut dan selamatkan orang yang hampir tenggelam itu.

"Apahal tu?"tanya Dritan yang mengenakan pakaian t-shirt round neck biasa dan seluar pendek bunga Hawaii.

Garvien yang mengenakana baju kemeja lepas dan singlet di bahagian dalam muncul dekat tepi kolam sewaktu Nampak Eden tolong seorang wanita keluar dari dalam air.

Connall berdiri di sebelah Dritan. "Dia tak apa-apa ke?"soalnya lepas mereka bertiga sama-sama berdiri di tepi kolam menyaksikan kejadian menyelamat mangsa hampir lemas itu.

Eden tiba di tepi kolam itu, dia angkat wanita yang berada dalam pelukannya itu tanpa memandang wajah terlebih dahulu sebab rambut Panjang yang telah basah milik wanita tersebut menutupi wajahnya.

Dritan dan Garvien hulur tangan nak Tarik wanita itu naik ke atas lalu di baringkan dekat situ.

Panjat saja Eden keluar dari kolam renang di situ, lelaki tu terus terduduk lepas Nampak muka sebenar orang yang dia selamatkan sebentar.

"Damn!"sebut Connall dengan tergamam. "Davina?Serius?Dia ke ni?"

"Oh sh*t!"dengan serentak Garvien dan Dritan melafaz. Mata mereka lirik pada masa yang sama ke Eden.

"Uhuk!Uhuk!"batuk Davina yang tersedak minum air kolam tu masa tenggelam. Sampai ke sudah dia masih tak reti nak berenang. Dan paling parahnya sekarang dia berdepan dengan orang yang terakhir yang dia nak temui walaupun dunia nak kiamat.

Eden bantu Davina duduk tegak lalu tepuk belakang badan tu walaupun dia dalam keadana terkejut yang amat.

Pergh!Pedihnya otak! "Uhuk!Uhuk!"batuk Davina sebelum raup wajah dengan tangan untuk buang sisa air dari membasahi wajahnya. Lepas pandangannya jelas baru la dia Nampak wajah orang yang sedang menepuk belakang badannya.

Sekali bila Eden bertentang mata dengan mata yang itu, dia kaku sendiri. Keciknya dunia ni?

"Oh my god!Eden?"sebut Davina dengan tak percaya sewaktu kedipkan mata beberapa kali. Sakit sebu yang dirasai pada otak tidak di hiraukan. Apa yang Eden buat dekat sini sekali? "Kau ke ni?"tanya dia lagi.

30. Love Without FaithWhere stories live. Discover now