Beberapa tingkat di dalam kabin penginapan
Lelaki bertopi putih dengan pakaian berkemeja pandang kanan dan kirinya dengan awas sebelum gerak masuk ke dalam bilik. Masuk saja ke dalam ruang itu, matanya meliar ke setiap penjuru yang ada. Ingin pastikan tiada sebarang CCTV dipasang. Setelah yakin barula dia kunci pintu, Campak beg yang di bawa tadi ke atas katil sebelum gerak ke jendela untuk tutup langsir.
Lantas dia seluk tangan ke dalam poket seluar untuk keluarkan alat komunikasi jarak jauhnya. Alat itu kemudiannya di masukkan ke dalam telinga sebelum cahaya merah keluar dari tepi alat tersebut. Setelah dia selesai pakai alat di telinga, jam di tangan kiri di kerling sebelum butang pada sekeliling jam di tekan. Cahaya lampu keluar Bersama digit timbul pada skrin jam tersebut. Ianya bukan tunjuk waktu, tapi jam detik yang memberitahu berapa banyak waktu yang dia ada untuk buat persiapan.
Masih ada baki satu jam empat puluh minit lagi, beg yang ada di situ di buka dan isi dalamnya di keluarkan dari situ. Dibiarkan bersepah atas katil untuk di susun atur.
"Team B dah masuk.."ujar suara dari ear-in itu.
"Macam mana dengan stand back up?Pasukan hacker dah standby belum?"sambung suara lain.
Dia yang dengar hanya sibukan diri dengan kerjanya untuk memasang senjata dan juga alat untuk misinya sebentar lagi.
"Hacker dah standby. Sympony of the sea bakal berlayar lima minit dari sekarang. Penyelam Utama dah ada dekat tengah laut. Sedia nak hantar pasukan."
"Spencer?Kau dah online?"bila nama dia di sebut dengusan kecil lepas dari hidungnya.
"Boleh tak jangan tunjuk besar kepala kau?Aku tahu kau yang ketua rompakan kita...still..kalau bukan arahan tuan, kita orang takkan follow kau. So bagi kerjasama sikit."tambah suara lain.
Malas nak beri sebarang komen, computer yang akan di gunakan untuk hack system dalam kapal cruise ini di buka. Dalam keadaan duduk di atas katil dengan laptop di atas riba, jari jemarinya mula mengetik laju akan papan kekunci di situ.
Skrin laptop mula mengeluarkan tulisan dan butiran dalam Bahasa computer yang complicated dan beribu-ribu. Tapi disebabkan dia sudah terbiasa dengan kerjanya ini, hal seperti ini perkara kecil saja untuk di handle.
"Spencer!Kita orang perlukan lokasi sekarang!Jangan nak diam boleh tak!"marah suara dalam panggilan tu lagi.
Tak lama jarinya mengetik papan kekunci laptop, dia berhenti sekejap dari menaip sewaktu termenung memandang ke skrin tv yang ada di depannya ketika itu.
"Spencer!Apa semua ni!"
Tangannya yang berada di pinggang Leena di turunkan ke sisi sebelum berpaling memandang akan kekasihnya yang sudah merah padam wajahnya di situ.
"Sampai hati awak lakukan hal ni di belakang saya...bersama dengan kawan baik saya sendiri!!!!"
Dia tak cakap apa-apa. Sebab dia tak boleh nak teruskan hubungan ni lagi. Kalau kekasih dia masih bersama dengan dia, penyamaran dia akan terdedah. Dan dia takkan dapat perangkap Leena, anak kepada ketua kongsi gelap yang dia perlu hapuskan.
"Hei...jangan nak meroyan lebih boleh tak...teman lelaki kau sekarang bukan teman lelaki kau lagi. Accept it.'ujar Leena dengan sinis.
Dia yang dengar dalam diam mengetap gigi. Berharap yang dia boleh jelaskan bahawa semua yang hanya la sebuah penyamaran saja. Tapi perasaan suka dia adalah benar, walaupun identity dan semuanya adalah lokanan semata.
"Awak jawab saya...beritahu saya...betul ke semua ni?Awak curangi saya kerana perempuan ni?"tanya Serephina dengan sedih kepadanya.
Dia yang dengar sendiri lirih. Dia tahu dia tak patut kecewakan Serephina memandangkan dia dah tahu kisah silam malang yang di alami oleh Serephina selama ni. "Ya...aku tak cintakan kau...semua tu hanya mainan je. So memandangkan kau dah Nampak...aku rasa tak payah cakap banyak lagi mengenainya."ujarnya dengan susah payah tapi kedengaran sekejam yang boleh.
"Tapi kenapa?Awak kata awak cintakan saya seorang...nak Bersama dengan saya sampai bila-bila. Tapi kenapa dengan Leena..."air mata turun dari pipi tu. Buatkan dia yang pandang terpaksa tahan diri untuk tidak lari mendapatkan Serephina.
Sungguh dia menyesal lakukan semua ni.
"Kita putus Davina Serephina. Kau dengan aku tiada apa-apa lagi."lafaznya dengan nekad. Maafkanla diri ini. Dia hanya seorang penjenayah yang seludup masuk ke univerisiti untuk perdayakan anak kepada musuh organisasinya saja. Tak terlintas untuk bercinta atau sakiti orang lain.
"I hate you...I hate you!!!!"
"Sistem dah masuk.."maklum Spencer sambil tekan butang pada ear-in di dalam telinganya. Butang 'ENTER' di tekan sebelum laptop itu di letakkan atas katil dan dia baring telentang di situ dengan tangan di atas perut. Matanya terarah pada siling biliknya.
"Good...sertakan lokasi. Dan standby. Pasukan A dengan C dalam perjalanan untuk menghendap."beritahu suara dalam alat komunikasi tu lagi.
"Roger."sambut Spencer dengan nada malas sebelum tanggalkan ear-in itu dari telingannya dan pejam mata untuk berehat. Perancangan untuk merompak kapal cruise termewah ini bukan hal yang senang. Dua hari dua malam dia buat preparation yang teliti untuk jayakan misinya ini.
Tanpa pengetahuan Spencer, tingkat atas biliknya itu merupakan bilik yang sama dimana Davina menginap.
YOU ARE READING
30. Love Without Faith
RomanceSequel UNKNOWN Rasanya dapat tak cinta yang telah terputus di sambungkan kembali? Atau perasaan suka tu bertukar ke arah yang lain seperti angin lalu? Atau teruskan saja tanpa menerima orang baru dalam hidupnya. Davina Serephina. Selepas Berjaya sel...