**6 bulan kemudian**Krincing!
Laci mesin duit melompat keluar sebelum tangan itu cekap mengambil duit baki dan menarik resit sebelum disua kepada pelanggannya semula. "Terima kasih. Selamat menjamu selera dan datang lagi ya," ucapnya kepada pelanggan lelaki tampan di depannya dengan ceria.
Lelaki itu menerima resit dan duit baki dengan anggukan kecil. Setelah itu, dia memegang beg kertas berisi kotak kek strawberi yang diturunkan dari kaunter dan bergerak keluar dari kafe tersebut ke laluan pejalan kaki. Dengan langkah ringan, dia merentasi laluan itu bersama dengan pejalan kaki lain.
Cahaya matahari dari musim panas itu sungguh cerah, namun tidak terlalu panas hingga membakar kulit. Cukup untuk memberikan suasana yang selesa dan terang. Kawasan bandar pula sibuk seperti biasa; kenderaan lalu-lalang di jalan raya mengikut rentak lampu isyarat. Pejalan kaki dan orang berbasikal dapat dilihat dari jabatan lalu lintas dan tepi jalan menunggu giliran untuk menyeberang. Remaja berskateboard juga kelihatan dengan riang meluncur sambil berborak dengan rakannya yang menunggang skuter.
Apabila lelaki berkemeja lengan panjang dan t-shirt round neck di dalamnya tiba di depan laluan zebra, dia berhenti di lampu merah. Sambil menunggu, dia menyanyi perlahan sebuah lagu untuk menghilangkan rasa bosan.
BIP!
BIP!
Bunyi amaran dari lampu isyarat kedengaran tidak lama kemudian, membuatkan dia tersentak dan memandang ke arah lampu isyarat yang menunjukkan dia boleh melintas. Jadi, dia memandang kanan dan kiri sebelum melintas. Yakin tiada kenderaan lain, dia melangkah dengan langkah yang luas tetapi bersahaja.
Namun begitu, baru sahaja tiga langkah di laluan zebra tersebut, seorang datuk yang berjalan dari seberang jalan tiba-tiba jatuh rebah di atas jalan sambil memegang dada seperti dalam kesakitan.
Kebetulan, dia yang berada hampir dengan datuk tersebut terus berlari ke situ dan melutut di sebelah badan datuk itu.
"Encik!" panggilnya sambil tunduk memeriksa nadi di tepi leher.
"Ugh..." rintih datuk itu dengan mata terpejam dan kening berkerut, sambil tangannya mencengkam kuat kain baju di dadanya.
Tanpa menghiraukan keknya, dia mengangkat lengan datuk itu dan mendukungnya seperti pengantin untuk meletakkannya di tempat yang lebih selamat, iaitu di tepi jalan.
Para pejalan kaki yang ada di tempat kejadian ada yang sibuk menghubungi pihak kecemasan, ada yang merakam, dan ada juga yang memerhatikan dari jarak jauh sewaktu seorang lelaki sedang tunduk memeriksa nafas orang tua itu.
"Encik... siapa nama?" tanya dia sambil mengeluarkan pen dari poket kemeja yang dipakainya.
"Ar..." sebut datuk itu dengan lemah.
"Ya?" Oleh kerana tidak jelas, dia mendekatkan telinga ke mulut datuk itu.
"Eric..." sebut datuk itu dengan susah payah, sambil nafasnya naik turun tersekat-sekat.
"Okay Encik Eric... stay with me okay? Jangan terlena... ambulans dalam perjalanan," beritahunya sebelum menggigit penutup pen dengan cepat lalu mencatat nama itu di atas lengan datuk tersebut. "Boleh saya tahu... Encik ada ambil sebarang ubat-ubatan tak?" tanya dia sambil menulis 'name - Eric, age - 50-60, symptom - light heart attack'.
Datuk itu menggerakkan tangan hendak menyentuh poket seluarnya.
Menyedari gerakannya, dia terus menyeluk tangan ke dalam poket tersebut untuk mendapatkan apa saja yang tersimpan di situ. Namun, yang keluar hanyalah sekeping gambar lama sebuah keluarga yang membuatkan dia melepaskan nafas tidak percaya. Dia meletakkan semula gambar itu ke dalam poket dan tunduk memegang bahu datuk itu sambil menggoyangkannya sedikit.
"Encik Eric... kalau encik hendak bertemu semula dengan keluarga encik, teruskan bertahan... jangan pengsan," pesannya dengan bersungguh-sungguh.
Seperti yang dijangka, 10 minit kemudian, sebuah ambulans tiba di tepi jalan dan mengangkat datuk itu ke dalam kenderaan sambil diberi penerangan olehnya yang menemani datuk itu sepanjang masa di situ.
"Encik keluarga pesakit?" tanya petugas ambulans kepadanya.
"Tidak... saya hanya orang awam."
"Terima kasih." Petugas itu mengangguk sebelum menutup pintu van, dan ambulans itu kemudian meluncur laju ke arah jalan raya.
Melihat kenderaan itu menjauh, dia melepaskan nafas lega. Mujurlah sempat.
Brit!
Brit!
Getaran di telefon dalam poket membuatkan dia tersentak. Tangannya segera mencapai telefon di poket seluar jeansnya. Bila dia melihat skrin telefon, keningnya berkerut serius.
"Hello, Eden bercakap?" sapanya setelah menekap telefon itu ke telinganya.
"Panggilan masuk. Laporkan diri secepat mungkin," maklum suara tegas ke telinganya.
"Tapi saya sudah tarik diri dari Armada Laut Diraja, tuan," ujar Eden dengan nada mendatar.
"Putera Declan sendiri yang memberi arahan untuk bawa kamu masuk ke Armada semula. Ianya juga telah dititahkan oleh raja sendiri."
Eden mengeratkan cengkaman pada telefonnya selepas mendengar. Pandangannya mencerun ke satu arah sebaik mendengar nama itu. "Baik, tuan. Arahan diterima," lafaznya dengan tertib.
![](https://img.wattpad.com/cover/251107456-288-k962558.jpg)
YOU ARE READING
30. Love Without Faith
RomantizmSequel UNKNOWN Rasanya dapat tak cinta yang telah terputus di sambungkan kembali? Atau perasaan suka tu bertukar ke arah yang lain seperti angin lalu? Atau teruskan saja tanpa menerima orang baru dalam hidupnya. Davina Serephina. Selepas Berjaya sel...