Bab : 13

1.1K 112 4
                                    

20 minit kemudian.

Dung!

Dung!

Dung!

Terkejut dengan bunyi bising tersebut, Davina yang awalnya terlena dekat kerusi itu terus tersentak lalu angkat kepalanya yang berada di lengan kerusi. Bersama mata kuyu dan masih mamai dia pandang ke arah pintu ruangan tersebut.

BRAPK!

Tidak semena ia di serbu dari luar dan orang bersenjata dan bertopeng mulut masuk menyerbu ke dalam tempat itu. Bila mereka nampak Davina, cepat-cepat mereka acu senjata dan bergerak hendak menembak dia.

Secara instinct Davina angkat tangan surrender dan masih terduduk dekat kerusi tu. Mata dia bulat memandang orang yang di anggarkan sebagai penjenayah yang mahu merompak kapal cruise ini. Dia kerling setiap seorang di situ dengan renungan cemas.

Now what??

"Mana benda tu?"tanya lelaki bersenapang yang acu hujung senjata tu depan hidung Davina.

Benda apa?Davina ke belakangkan kepala dia. "Hah?"nganga dia.

"Cakap!"tak semena lelaki di depannya membentak kepadanya.

"Arghh!"jerit Davina serta merta sambil peluk kepala dia cari perlindungan. Dia tak tahu apa benda yang mereka mahukan...dia sendiri masih tak jelas apa yang dah berlaku sebenarnya.

"Apa yang kau orang buat dekat sini...bilik simpanan berlian tu dekat sebelah bukan sini.." ujar satu suara lain yang muncul dari arah pintu.

Davina yang dengar suara tu tersentak, dia turunkan tangannya yang memeluk ke bawah untuk pandang ke depan.

"Ohh..kita orang ingat sini sebab pintu biliknya ada dua nombor yang sama.."

"Cepat la lembab!Dia orang tengah dekat tu!"kata suara yang sama lagi.

Bila Davina pandang dengan helas akan siapa lelaki yang bercakap itu mulutnya ternganga taktala lihat akan sepasang masa yang terdedah dari penutup mulut yang dipakai oleh orang itu.

"Oh my god!"lafaz Davina tanpa sedar kerana dia kenal sangat suara tu walaupun muka tidak jelas.

Taktala penjahat-penjahat di situ gerak dan beransur hendak keluar dari situ, penjenhayah yang acukan senjata ke Davina tadi gerak mahu menembak kepala Davina. "Kita tak boleh tinggalkan saksi sebab dia dah nampak!"beritahu penjahat itu.

Perasaan terkejutnya terus berubah menjadi takut serta merta apabila hujung senjata itu di acu semula ke kepalanya. Davina dengan cemas memandang akan lelaki di depan dia. Lidahnya jadi kelu tak terkata sebab terlampau takut. Sh*t!Dah sampai ke masa dia untuk mati?

"Hei!Cukup!Kita cuma nak rompak!"

Tapi orang yang nak menembak Davina tak hiraukan kata-kata tu.

Davina pandang akan hujung pistol dan lelaki yang berdiri di belakang lelaki yang hendak menembaknya. Apa yang Spencer buat ni?Lelaki ni sebahagian dari penjahat ni ke? Tapi kenapa?

"Aku kata cukup!"

KLIK!

Davina terus pejam mata serta merta memikirkan dirinya bakal di tembak dekat kepala oleh orang jahat di depannya. Ibu ayah!Tunggu dia dekat sana!

BERDESUP!

Kedebuk!

Bunyi sesuatu berdesup kedengaran diikuti dengan bunyi sesuatu terjatuh.

Tapi Davina tak buka mata. Dia terlampau takut nak buka mata. Namun tak lama lepas tu bunyi deruan tembakan yang kuat dan suara orang terpekik-pekik mula kedengaran. Membuatkan Davina terpaksa jugak buka mata.

Diangkat saja matanya ke depan, dia bertentang muka dengan orang bertopeng tepat di depannya ketika ini. Orang itu sedang tunduk membongkok kepadanya. Dia tak cakap apa-apa tapi hanya menatap mata kelabu di depannya tanpa berkedip. Bila dia perasan dari ekor mata, satu jasad sudahpun terbaring di atas lantai berkarpet di sebelah kerusi dia duduk.

"Awak patut keluar dari sini sebelum mereka tiba.." arah Davina dengan nada perlahan.

"So sekarang baru kau nak ingat aku?"topeng muka itu diturunkan ke dagu semasa Spencer tunjukkan dirinya yang sebenar.

Davina dalam diam mengetap gigi sambil cengkam kuat kain dress di ribanya ketika membalas renungan tajam yang di berikan kepadanya. "Saya tak tahu kerja apa yang awak dah libatkan diri dengan...apa yang saya pasti awak akan mati kalau awak tak pergi dari sini.."

"Kenapa?Kau masih ambil berat terhadap aku?" sengih Spencer dengan sinis.

"Kita dah dapat berlian tu.."maklum suara dari ear piece yang dipakai.

Mata Spencer gerak dari memandang ke tepi telinga lalu ke Davina semula. Dia tarik sengih meleret.

"Well...sayangnya sesi reunion kita sampai sini dulu...tapi jangan risau. Aku akan cari kau semula."beritahu Spencer sebelum berdiri tegak dari situ dan bergerak keluar dari ruangan tersebut meninggalkan Davina bersama mayat lelaki yang mungkin di bunuh oleh Spencer di situ.

Taktala itu bunyi tembakan kedengaran dari luar bilik tu. Davina yang dengar hanya termenung memandang pintu yang tidak tertutup itu dengan muka tergamamnya. Cuba nak proses apa yang baru saja terjadi di situ.

Spencer orang jahat?Lelaki tu?Bekas teman lelaki dia?Seriously? Tapi kenapa?Banyak-banyak pekerjaan kenapa bidang ni jugak lelaki tu pilih.

"Davina!"panggil Dritan dengan cemas semasa masuk ke dalam bilik tu. Gogel merah yang terpasang di wajah di naikkan atas kepala apabila dia nampak Davina yang berwajah bingung dan seseorang terbaring di atas lantai tak sedarkan diri. "Awak tak apa-apa?"tanya dia semasa acu senjata ke lelaki tu. Bila dia sepak guna kaki akan tubuh itu, satu lubang tembakan ada di tengah dahi itu. Lalu dia bercakap melalui alat komunikasi yang ada di tepi kolar baju combatnya menyampaikan situasi yang berlaku kepada Declan.

Dalam keadaan terketar-ketar Davina pandang Dritan lalu ke jasad lelaki yang hendak menembaknya tadi. Tangannya di peluk ke sekeliling badan nak cari keselamatan. Macam mana semua ni boleh terjadi terhadap dia?

30. Love Without FaithWhere stories live. Discover now