Bab : 40

1K 94 10
                                    

KLIK!

Pintu wad tertutup mengejutkan Eden. Dia yang memikirkan Davina yang masuk terus berpaling. Namun begitu sangkaannya meleset selepas melihat anak buahnya sedang berdiri di situ dengan riak serius.

"Selamat tengah hari ketua."tabik Caleb kepadanya. "Maaf kerana baru sempat nak melawat. Saya baru dapat tahu ketua telah sedarkan diri."

Eden bergerak dari menghadap jendela bilik gerak mendekati orang kanannya itu. "Apa yang dah berlaku?"soalnya kerana terkejut dengan lawatan tiba-tiba dari Caleb.

"Raja turunkan titah dan Menteri pertahanan sampaikan surat perintah."beritahu Caleb sambil menyua satu fail rasmi dengan cop emas diraja di muka depan fail itu.

Tanpa berlengah Eden capai fail itu lantas gerak mengambil tempat di atas katil itu. Dia letakkan fail atas meja di kaki katilnya lantas di selak untuk di teliti. Di dalamnya ada dokumen penting dengan cop rasmi diraja dan satu lagi dengan tandatangan dari Menteri pertahanan sendiri.

"Ekoran kecederaan yang di alami oleh Putera Declan, raja minta ketua take over tempat dia sementara waktu sehingga Putera Declan sembuh sepenuhnya. Menteri Pertahanan arahkan kita untuk selesaikan tugas yang tergendala pada hari itu. Iaitu menjejak target Utama kita Spencer Lou semula. Sama ada hidup atau mati secepat mungkin."beritahu Caleb dengan nada formal dan serius.

Sambil dengar sambil tu Eden baca setiap butiran yang ada dalam dokumen di situ.

"Memandangkan keadaan ketua sendiri masih tidak mengizinkan, kami akan jalankan siasatan buat sementara waktu menjejak dimana keberadaan mereka. Apabila ketua sembuh sepenuhnya kita akan mulakan operasi itu secepat mungin."jelas Caleb lagi.

Eden angkat kepala. Dia pandang Caleb.

"Macam mana dengan ahli kumpulan Armada Diraja yang lain?"soalnya. "Apa yang dah berlaku semasa misi tu berlangsung?"soalnya yang masih belum jelas mengenai apa yang berlaku.

"Mereka telah di maklumkan lebih awal. Dibawah kelolaan Ketua Eden, mereka akan turut bekerjasama dengan pihak kita.."angguk Caleb sewaktu lirik akan wajah Eden. Betapa leganya dia dapat lihat semula ketuanya sedar dan bertahan. Rakan-rakan sepasukan yang lain pasti gembira kalau tengok Eden sekarang. "Apa yang berlaku di misi tempoh hari ialah selepas ketua cedera kami bawa ketua keluar dari situ serta merta untuk diberi rawatan kecemasan. Tapi putera Declan stay back untuk teruskan pertarungannya dengan kumpulan lanun dan mafia tu. Malangnya putera Declan cedera teruk selepas berjaya menumpaskan ketua mafia di situ iaitu Lou Dimitri. Namun anaknya terlepas."

Rahang Eden berketik. Ayah lelaki tu mati?Itu bermakna-

"Okay..."angguk Eden tidak lama kemudian. Dia tutup fail itu lalu diserahkan semula kepada Caleb. "Kalau macam tu tunggu sampai aku kembali. Sementara pastikan semua orang dalam keadaan bersiap sedia."pesannya sambil tu.

"Baik!"sambut Caleb sebelum sambut fail itu. Lantas dia kocek poket jaket kulit yang di pakai lalu keluarkan sebuah telefon skrin sentuh warna hitam darinya. "Phone ketua...saya bawa dari pangkalan. Mungkin ketua perlukannya nanti."

Terangkat kening Eden lepas tu. Lupa pulak dia hah! "Terima kasih.."ucapnya sewaktu capai telefon tu.

"Kalau begitu saya minta diri dulu. Selamat beristirahat."tabik Caleb sebelum berpaling ke arah pintu dan keluar dari situ.

Sebaik diriya di tinggalkan, Eden tunduk memandang skrin telefonnya. Dia sentuh itu dan ini di skrin membelek apa yang sudah lama di tertinggal sepanjang waktu dia tidak sedarkan diri. Ikon contact di sentuh lalu nama Davina di cari. Lepas dapat, dia sentuh nombor itu. Dia tenung sekejap nombor phone tu. Tergerak hendak hantar nombor tersebut supaya Davina peroleh nombor phonenya. Namun baru saja dia hendak taip sesuatu di skrin, pintu biliknya terbuka.

Bersama wajah sugul, Davina masuk ke dalam ruangan itu bersama peralatan mengganti balutan luka di tangan.

Eden angkat kepalanya. Memandang Davina. "Settle dah?"tanya dia dengan kening terangkat tinggi ingin tahu. "Kau orang tak apa-apakan?"

Davina dekati katil itu sehingga la dia berdiri di depan Eden yang sedang duduk di atas katil itu. Dulang berisi peralatan rawatannya di letakkan atas meja di katil itu. "Aku lepaskan dia."beritahunya setelah berdiri tegak di situ dan tangan gerak hendak menyentuh balutan yang ada di leher itu.

Eden terpempan. Dia dongak memandang Davina buat seketika tanpa berkedip. "Kau sure?"

Menahan diri dari menangis di situ, Davina ketap bibir dan telan air liur sewaktu mengangguk kepala. "It hard but I have to.."luahnya dengan mata panas mahu menangis semula.

"Kau tahu...aku okay je."beritahu Eden dengan ikhlas. Dia dah terbiasa dengan perasaan kecewa dan terkilan ni. Kalau Davina pilih Declan sekalipun dia dah ikhlaskannya. "Jadi kau tak payah fikir tentang aku kalau kau buat keputusan ni sebab nak jaga perasaan aku.."

Sebak mendengarnya, Davina tunduk memandang Eden sewaktu air matanya mula berkumpul di kelopak matanya. Kenapa la Eden ni selalu jaga hati dia tapi lelaki ni sekalipun tak pernah cuba untuk jaga hati sendiri?Tak sakit ke tanggung semua ni sendiri?

"Aku tahu...still aku nak buat keputusan ni."lafaz Davina. "Cepat aku decide, cepat aku move on."bekas tampalan itu di buka dengan berhati-hati sebelum dia capai krim antiseptic lalu di kesat sekeliling luka jahitan tu.

Eden perhatikan Davina."Davina.."pandangnya sewaktu perasan akan mata itu berkaca.

"Hm."jeda Davina tanpa alihkan mata dari luka jahitan Eden.

Tangan Davina yang berada hampir dengan lehernya itu di pegang Eden.

Davina kemudiannya gerakkan mata memandang Eden. Jelas direnungannya itu perasaann sedih.

Eden menarik senyuman nipis kepada Davina sebelumberkata. " Sebelum Declan pergi jauh better kau kejar dia semula."ajunya dengan perasaan yang lirih. Patutnya dia happy, tapi macam mana dia nak happy kalau Davina tak happy?

30. Love Without FaithWhere stories live. Discover now