Bab : 8

1.1K 116 5
                                    

Terjaga lepas lelap tiga jamnya, Davina bersiap untuk turun ke restoran untuk nikmati makan brunch. Sarapan pagi dan makan tengah hari yang dia terlepas sebab terlajak tidur. Serius beritahu, kapal cruise ini seperti syurga dunia. Ianya sangat besar dan tersergam indah. Sampai mata nak tengok pun tak cukup untuk tilik semua yang ada di sekelilingnya.

"Selamat siang cik..boleh saya ambil pesanan?"tegur waiter yang muncul di sebelah mejanya dengan tiba-tiba.

Davina yang sedang asyik melihat sekeliling itu pun tersentak. Dia dengan pantas dongakkan kepala dengan kening terangkat tinggi ke waiter tersebut. "ya...apa yang istimewa pada hari ni?"tanyanya.

"Cik prefer hidangan yang bagaimana?Western?Eastern?Southern?Asian?"ujar waiter itu pula.

Davina telan air liur. Entah la..tak terfikir pulak citarasa dia selama ni apa. "Berikan saya mana yang awak prefer."katanya.

"Baik la...sila tunggu sebentar.."angguk waiter itu sebelum beredar dari situ.

Setelah Davina di tinggalkan sendirian, dia sibukkan diri dengan bacaannya pada brochure yang di tinggalkan atas meja tu. Ianya mengenai kapal cruise tersebut. Oleh kerana minat dan ingin tahu apa yang ada di situ, dia tenggelam dalam bacaannya.

Ketika itu munculnya Spencer dari pintu restoran dan gerak ke penyambut pelanggan. Lelaki itu berborak sekejap dengan penyambut pelanggan tersebut sebelum dia diiringi ke sebuah meja yang berada tidak jauh dari meja Davina berada.

Apabila Spencer siap duduk di kerusi membelakangkan Davina, sesaat itu juga Davina angkat kepala untuk lihat sekelilingnya dengan minat. Matanya mengerling ke tempat Spencer sedang duduk, tapi tak perasan kerana lelaki tu membelakangkan dia.

Tidak lama kemudian hidangan yang dipesan Davina pun tiba. Dia dengan berselera nikmati setiap makanan yang dihidangkan kepadanya dari appetizer sehingga la ke dessert. Dekat 30 minit berada di restoran itu, Davina atur langkah keluar dari restoran untuk naik ke tingkat atas mengambil angin pula.

Dekat 10 minit perjalanan untuk ke situ, akhirnya Davina tiba juga di dek paling atas di kapal cruise itu. Dimana sebuah padang golf, dua buah kolam renang saiz arena yang di bahagi dua kanan dan kiri terletak.

Deru angin sangat kuat ketika itu kerana kapal tersebut sedang berlayar, hampir saja hendak menerbangkan topi pantai di kepalanya ketika itu. Davina ambil tempat di bangku pantai tepi kolam renang di situ dan duduk berjemur sekejap sambil nikmati pemandangan petang di situ. Langit cerah warna biru, awan sekelompok-kelompok seperti gula-gula kapas. Panas pula yang menyelesakan. Tertarik nak berehat dekat situ sekejap, cermin mata hitamnya di keluarkan dari handbag lalu di pakaikan ke wajah lantas dia berbaring di kerusi tersebut dengan mata terpejam.

"Wah!kalau hari-hari kerja kita melibatkan tempat macam ni...memang aku suka.."

"Fokus!Kita ke sini sebab kerja..bukan bercuti okay?"

"Asal?Salah ke aku ekspresikan perasaan aku yang gembira ibarat berada di langit ke tujuh?"

SLAP!

"Auw!Sakit la!Asal kau pukul kepala aku!"

"Ahahah...sorry..aku rasa aku Nampak nyamuk tadi.."

"Kepala kau nyamuk!Kau ingat aku ni apa!"

"Ahahahah!"

Suara perbualan orang itu buatkan Davina buka mata dia sekejap. Entah kenapa dia rasa macam pernah dengar suara ni?Ke dia bermimpi?Tak mungkin la kan?Hairan dan ingin tahu, dia ngiring sedikit dari perbaringan dan angkat kepala untuk lihat sekeliling.

Cermin mata hitam di turunkan ke batang hidungnya dengan jari lalu di intai dari atas cermin mata tu. Dia kerling sekelilingnya sehingga la matanya terhenti di belakang tiga orang lelaki lampai yang sedang berdiri di kolam renang satu lagi tapi membelakangkan dia. Seorang mengenakan t-shirt putih dan berseluar pendek paras lutut corak bunga. Seorang berkemeja lepas warna hitam bersinglet di bahagian dalam dan berseluar pendek warna hitam dipadankan dengan Kasut adidas warna putih. Seorang lagi hanya mengenakan set baju Apollo yang orang kaya selalu pakai kalau nak main tenis atau berkuda.

"Huh?"kening Davina terangkat sebelah. Kenapa macam kenal je?Matanya dia kedip-kedip beberapa kali. Hish!Takkan la sampai ke sini dia teringatkan mereka?

"Besar gila kapal ni wei..mana kita nak cari penyangak tu dekat sini?"

"Wei kalau cakap tu tak boleh kuat lagi eh?"

"Dah la..kau orang berdua ni kan..bergaduh je kenapa?Aku humban masuk kolam ni baru tahu."

Bila seorang dari mereka palingkan muka sedikit sewaktu mahu tolak rakannya ke kolam, masa itu la Davina dapat kenalpasti dengan jelas siapakah tiga orang tersebut.

Bagai mahu tercopot jantung dari tangkainya, Davina menahan nafas terkejut sambil tekup mulut nak elak diri dari menjerit.

WHAT

THE

FUDGE!

Kenapa Garvien, Dritan dengan Connall boleh ada dekat kapal ni?

Tak ke itu bermakna Declan pun ada sekali?

"Sh*t!Sh*t!!"sebut Davina dengan cemas semasa kenakan cermin mata ke wajahnya semula dan pakai topi pantai ke atas kepala dia. Sebelum dia orang tahu dia dekat sini, better dia pergi dari situ sekarang jugak!Haish!Spoilt betul la!

Terkocoh-kocoh macam nak apa, Davina jalan terjengket-jengket lepas turun dari kerusi pantai tu. Mujurla mereka bertiga hadap membelakangkan tempat dia berada. Jadi dapatla dia pergi dari situ tanpa di kesan. Gara-gara tak nak di lihat, Davina guna jalan pintas dimana deretan tumbuhan renek yang memagari kawasan kolam yang terus ke arah tangga kecil menuju pintu masuk kapal. Jadi dia pergi la ke arah itu.

Entah macam mana, flip flop yang dipakainya itu terpijak lopak air berdekatan dengan bibir kolam renang tu. Nak cepat punya pasal dia jalan dengan lekas sampai kaki tu tergelincir akan lopak tersebut.

"Arghh!"teriak  Davina yang hendak terjatuh setelah kakinya terpeleset ke tepi dan gerak ke arah kolam renang berair biru jernih itu.

KEDEBUSH!!!!

30. Love Without FaithWhere stories live. Discover now