Sambil buat muka tak percaya. Davina pandang silih ganti akan kolam renang dan pelampung yang ada dekat tangan lelaki tidak berbaju di depannya yang buatkan ramai pengunjung wanita di situ melongo pandang akan penampilannya.
"What?"tanya Eden dengan kening berkerut sebab silau cahaya mata hari tengah hari di atasnya ketika ini.
"Is this what you mean by asking me to help you out?"tanya Davina dengan tangan mencekak pinggang. Kalau bukan sebab mengenangkan janji dia pada Eden untuk jadi kuli tak adanya dia berdiri di sini.
"Yalah...apa masalahnya?"Eden pandang sekeliling kawasan kolam renang yang ada orang ramai sedang berjemur dan main di dalam kolam renang di situ. Lalu dia lirik akan Davina yang bertoncang dan mengenakan cermin mata hitam di wajah. Buatkan dia sedikit jengkel sebab dia nak tengok mata tu!
Davina buat muka.
Ugh!Geramnya dia dengan Eden ni. Dah tahu dia tak pandai berenang masih di ajak main dalam kolam. Tak ke cari pasal namanya tu."Boleh aku tanya kau something sebelum tu?" soalnya Davina.
"Apa?Nak tanya kenapa aku handsome sangat atau nak tanya tip macam mana nak dapat body macam aku ni?"balas Eden sambil flex otot biceps di tangan kanan yang mempunyai pelampung tergantung pada bahunya.
Tersembur terus Davina dibuatnya. Oh my god!Tengok siapa yang bertanya ni. Perasan betul! "Jangan nak perasan."ujarnya dengan hujung bibir terangkat hendak ketawa. Orang nak serius pun tak boleh! "Benci sangat ke kau dekat aku sampai tak boleh nak maafkan aku terus dan seksa aku dengan pelbagai jenis tugas yang kau berikan dekat aku ni?"tanya dia.
"Bila masa aku cakap aku bencikan kau?Bukan ke kau yang cakap kau bencikan aku?"seloroh Eden yang masih lagi suka hendak menjengkelkan Davina. Bukannya dia benci. Sebab suka la dia buat macam ni. Serius beritahu, dia tak pandai jadi lelaki sweet atau romantic ni. Lagipun dia dengan Davina sudah biasa dengan situasi macam ni.
"Isy!Kau ni kan!"Davina angkat tangan hendak memukul Eden, tapi masa itu sekumpulan gadis berbikini jalan melewati mereka di tepi kolam itu.
"Hai handsome nak join?"pelawa mereka dengan lirikan manja pada Eden waktu itu.
Davina yang dengar buat muka tak percaya. Lalu dia pandang akan Eden yang tidak berbaju tu.
Eden yang dengar pandang ke mereka sebelum lirik ke Davina. Mentol idea muncul di dalam kepalanya serta merta. "Oh really?Tak apa ke?" balasnya.
"Sure...why not..mari la..lagi ramai lagi meriah." sambut gadis yang lain pula.
SLAP!
Satu tamparan hinggap dekat badan tak berbaju tu.
"Auw!"tersentak terus Eden apabila tapak tangan halus itu hinggap ke dadanya. Pedih bhai! "What the heck?" pandangnya ke Davina dengan kening berkerut tak percaya.
Davina menjeling tajam ke mereka bertiga sebelum pandang dengan jengkel ke Eden. Sengal betul perangai tu. "Apa bendanya yang kau nak aku buat sekarang ni?"tanya dia dengan nada menggerutu.
"Lah...tadi kata tak nak?"rajuk Eden.
"Cepat la!Jangan nak buang masa aku boleh tak. Menjengkelkan betullah." sungut Davina dengan muncung tak puas hatinya.
Eden tersenyum menang. Tahu pun sakit hati. "Belajar diving dengan aku jom.."ajaknya.
"No."jawab Davina serta merta. Terapung tak reti inikan lagi diving. Nak bunuh dia ke? "Aku tahu la kau bencikan aku, kalau ya tak payah la nak bunuh aku dengan ajak aku diving bagai." getusnya.
"Bila masanya...aku suruh kau diving supaya kau boleh belajar tahan nafas dalam air.."
"No!Aku tak kisah pasal aku boleh tahan nafas atau tidak dalam air tu. Untuk apa?"tanya Davina dengan jengkel.
"For your own safety..what else." Eden gerak mendekati Davina lalu merangkul bahu itu untuk dihadapkan Davina ke kolam renang di depan mereka.
Davina jeling ke Eden yang berada rapat dengannya ketika itu. Cuba mengagak apa aje la si kepala kartun ni nak buat pada dia. Membuli saja la kerjanya.
"Just imagine..okay?One day..you going somewhere that has water that very-very deep...and suddenly you drawning...what to do..? BAM!" tak semena masa tu dia tepuk tangan depan muka Davina dengan kuat sampai buatkan Davina tersentak. "You done!"ceritanya dengan nada penuh dramatic.
Hak alah mamat ni. Davina buat muka semasa jeling ke Eden.
"Ha-ha..so funny!The one who gonna done is you!"ujar Davina yang terus gerak mahu menolak Eden jatuh ke dalam kolam renang tu.
Eden cuba mengelak, tapi dia terlalu dekat dengan tebing kolam renang tu, jadi kaki dia tergelincir keluar dari lantai tersebut lalu gerak hendak masuk ke dalam air. Namun dia tak biarkan dirinya saja yang basah, pinggang Davina dia pegang lalu tarik Bersama dengan dia terjun ke dalam kolam tersebut.
"Arghh!"jerit Davina serta merta sebelum seluruh badannya di sapa dengan air sejuk lagikan dingin tu. "Eden!!!!"raungnya yang cuba hendak apungkan diri. Takutnya jangan cakap!
Dari dalam air tu, Eden berenang lalu dapatkan Davina yang terkapai-kapai hampir hendak tenggelam dengan selamat. "Hey..I got you calm down you chicken.."selorohnya sewaktu biarkan Davina peluk sekeliling lehernya sementara dia apungkan mereka berdua di atas permukaan air tu.
"Oh my god!Kau dah betul-betul hilang akal ke!"marah Davina sambil meraup wajahnya yang basah. "Macam mana kalau aku lemas tadi!"
"It okay...I'm right here right..." beritahu Eden.
Lepas sober dari terkejutnya, Davina kemudiannya perasan yang Eden sejak tadi memandang dia dan kedudukan mereka yang rapat itu. Damn!This is so dangerous!"Bawak aku naik atas sekarang."minta dia dengan gemuruh,
"Atas mana?"tanya Eden di depan muka Davina. "Bilik?"
SPLASH!
Davina tampar permukaan air dengan marah.
Terkena percikan air di wajahnya. "Hahaha...fine..fine. Aku gurau je."ketawa Eden sambil memejam sebelah matanya dek percikan tadi.
Davina pandang dengan kening mencerlung.
"Seriously Eden?"tanya Davina dengan muka tak percaya. "Boleh tak serius dalam satu masa tu? Jangan nak bergurau je?"
Eden tersengih.
"Kau marah aku lagi...aku lepaskan kau eh.."ugut Eden yang cuba menolak Davina jauh darinya.
"Ahh!!!Janganla!"Davina bergelut hendak mengeratkan pelukannya pada leher tu.
"Hah. Tahupun takut!"agah Eden lagi.
Tak guna punya perangai."Aku bencikan kau Eden.." lafaz Davina dengan geram.
"Jangan benci sangat...nanti jadi suka..susah kau nanti."pesan Eden.
"Arghh!Bawak aku naik sekarang!"
"Senyap la!Tak matinya kau dekat sini!Pekak aku lama-lama macam ni!"
YOU ARE READING
30. Love Without Faith
RomanceSequel UNKNOWN Rasanya dapat tak cinta yang telah terputus di sambungkan kembali? Atau perasaan suka tu bertukar ke arah yang lain seperti angin lalu? Atau teruskan saja tanpa menerima orang baru dalam hidupnya. Davina Serephina. Selepas Berjaya sel...